Social Icons

Thursday, 9 April 2015

Yeayyy!!! Berat Naikk!!!


Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Dalam entri kali ni, saya kongsikan pengalaman sebenar saya dengan anda... :)

Dulu-dulu zaman sekolah- rendah dan menengah, saya tergolong dalam pelajar yang agak 'sihat'. Tak tahulah dari mana puncanya boleh jadi begitu, mungkin disebabkan oleh pemakanan.  Setiap pagi sewaktu sarapan, sebelum ke sekolah, arwah mak saya akan sediakan telur setengah masak dan susu. Untuk membina badan katanya. haha... betul2 'bina badan' jadinya..:)

Bila masuk ke matrikulasi, berat badan turun sket tapi masih boleh maintain. Bukan sebab jaga body, tapi sebab masa tu baru belajar nak mengurus sendiri duit.... so banyak bahagian yang dicatu termasuklah bab makan :). Walaupun mencatu2,  hati tetap senang sebab setiap hujung minggu kakak Long saya akan datang menziarahi, dan tentunya bawak 'bekal makanan' untuk saya. Kira2nya hujung minggu adalah 'hari untuk melantok'... hihihi


Sejarah Ku Jadi Kurus...

Selepas satu tahun setengah di matrikulasi, saya diterima ke UKM. Huhu.. Kali ni lagi mencabar.  kalo dulu masa di matrikulasi, boleh ikat perut 5 hari dan melantok hujung minggu, tapi di UKM saya kene berkira2 bila berbelanja. Salah satu perancangan yang saya buat ialah berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Alhamdulillah perancangan ini sangat2 membantu saya menguruskan ekonomi.

Ditakdirkan Allah, permohonan untuk saya memakai braises diterima ketika saya di UKM. Rawatan akan dijalankan di Klinik Pergigian Keramat. Bermulalah rutin saya berulang-alik ke Keramat setiap hari Sabtu, 2 kali dalam sebulan.

Ha... disinilah segalanya bermula. Selepas braises dipasang di gigi saya, aduhai.... sungguh rasa tak selesa. Aktiviti makan turut terganggu. Minggu pertama saya dengan braises digigi, berat badan saya turun 10kg....
huwaaa... mahu menangis rasanya... saat itu, saya hanya boleh makan bubur nasi. Alhamdulillah ada seorang pak cik kafeteria yang baik hati sudi masakkan bubur nasi untuk saya setiap hari. Pada masa tersebut rata2 kafeteria di UKM tidak menawarkan menu bubur nasi untuk pelajar.

Pemakaian Braises, salah satu cara untuk merawat struktur gigi


Selepas memakai braises berat badan saya tak pernah naik tapi turun banyak kali. Selalunya berat badan di sekitar 42kg ke 43kg. Pernah juga menjadi 40kg huhu.. sungguh kurus.....

Selepas berumah tangga berat badan naik sekitar 44kg  dan 45kg. Ok lah ada peningkatan. Pakcik dan mak cik di kampung selalu menegur,

 "Ko ni, kalo beso pun kedepan jer. Bila nak berisi badan nyer nih"... 

hihi biasanya saya tak jawab pun. Saya sengih jer....

Pelbagai cara dah dibuat, ada orang kata makan minyak ikan, ada yang kata makan jer banyak2, petua2 pun banyak dah diikuti... tapi semua tak jalan dengan saya. Sehinggalah saya mencuba 'set naik berat badan shaklee'

Serius... selepas saya ambil set naik berat badan shaklee ni, tak rasa apa-apa perubahan pun. tabiat makan still sama, kuantiti saya makan pun masih sama, cumanya badan rasa lebih ringan dan bertenaga. Maklumlah untuk mengurus rumah dan segala isinya, berserta 5 orang anak  ditambah  sorang lagi anak susuan, saya boleh rasa perbezaannya sebelum dan selepas mengambil shaklee.

Tapi.. bila timbang..... wahhhh.. berat badan naikkk :). Suke yang amat ...wink...wink... :)  hihihi

 



Vitamin apa yang saya makan???

1). Vita Lea
2). Mealshake
3). B Compleks

Dalam masa yang sama saya turut consume ESP :).


Vita Lea dan B Compleks tahan sehingga 4 bulan, Manakala mealshake tahan dalam sebulan sebab saya share dengan 5 orang bijak saya hihi...

Yang paling penting dan utama, vitamin-vitamin ni membantu penyerapan khasiat dalam setiap hidangan saya dan anak- anak.

And the result.......

Ni gambar saya sebelum mendapat bmi yg ideal


Ini pula gambar selepas mendapat bmi yang ideal + badan yang lebih fit :) 


Kulit pun tambah berseri ---> kata inchik suami Hihihi
Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah :).

This is my real testimony :)

Untuk pembaca blog saya yang masih berusaha nak tambah berat badan... 
go..go..go... u can do it guys :). 

Shaklee is recomended :).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat :).
Thank you for reading :)








Monday, 16 March 2015

For Sale - Meja Jati Antik Laci Serong

Bismillah hirrahman nirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda.


Hari ni saya kongsikan satu lagi hasil restorasi Anjung Karat eh :).

MEJA JATI ANTIK LACI SERONG.

Condition memang tip-top. Maklum le kayu jatikan. Memang terbukti ketahanannya. Ditambah dengan lapisan formica retro hijau yang sememangnya menambah seri pada meja :).


Gambar sebelum restorasi.





Gambar selepas restorasi dan di hias.






 Gambar siap ada model lagi.... hihihihi.


This is the Anjung Karat : 
  Call 012 7820701
  Whatsapp : 018 2888 396



Semoga perkongsian memberi manfaat :).
Thanks for reading :).


Saturday, 7 March 2015

Very simple +very yummy!!!

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan para ahli keluarga Baginda.

Assalamualaikum. 

Semoga kita semua dalam keadaan sihat walafiat hari ni :).

Alhamdulillah... syukur.. syukur.... pokok pisang belakang rumah kami berbuah lagi.
Ini dah hasil kali ke berapa pun tak ingat... hihihi

Alhamdulillah syukur yang amat :).

Bila dah sampai masa yang sesuai encik suami pun tebang pokok pisang tersebut dan ini hasilnya :).....


Alhamdulillah, masa tebang off course la buah pisang blom masakkan. Kene di peram dulu :).Satu jangka masa yang sangat menggugat keimanan 5 askar pengintip kat rumah ni. Semua sukarela nak jadi pelapor kalo buah pisang dah masak... Hihihihi  

Dari pemerhatian ummi, buah pisangnya dijengah selalu, tapi laporannye tak sampai-sampai. 

Tup- tup bila ummi yang menjengah..... hah!.... dah habis 2 sisir... huhuhu.... 



Anak-anak bijak saya memang tak boleh tengok pisang masak. Favourite deranglah tu, kalo ke pasar tani, maunyer diborong sorang sesisir....hihihi. 

Kalo dah dapat pisang masak apalagi.... mengorder je la... hahaha. 

Antara menu olahan pisang masak yang menjadi kegemaran anak-anak bijak saya :)

 kek pisang ( sila klik untuk resepi) :).


Pisang goreng cheese 


Cekodok pisang ( maaf tiada gambo :)).

Ataupun....  

Makan cam gitu je..... natural taste gitu hihihi ( sebenarnya ni  bila kes ummi malas hihihi)

Tetiba je, encik suami bersuara 

"Cer try buat banana ice blended"... 

huhuhuhu..... first time ambe mendengonyer....
So buat-buat cam muka kering idea ;)?.. hahahaha

Setelah dipikior-pikiorkan oleh encik suami taste dan texture yang dibayangkan, kitorang pun test and try.... 

Hasilnye..... 

Jeng....Jeng...Jeng.....



Tak sangka..... memang sedap... very yummy... delicious.. marvellous....

korang mesti cube....... dah macam makan banana ice cream!!! :).

kat sini, saya tepek resepinya eh.... very simple + very yummy !!! :)

Bahan-bahannya : 
  1. Kasih sayang sebanyak-banyaknya :).
  2. 6 1/2 biji pisang (stgh lagi dah kene cukai... hihi ). Jenis pisang macam kat gambar eh, harap maaf le, nama pisang memang i kantoi uhukss.
  3. 3 sudu makan susu pekat ( kadar biasa sesudu).
  4. 12 ketul ice cube
  5. 2 cawan air sejuk
Cara-cara membuatnye : 

Campur semua dalam blender dan putarkan dalam 4 minit.
Sedia untuk di hidang :)

Cadangan hiasan :

susunkan hirisan pisang di atas banana shake tadi :).

**Tekstur yang lembut, ala2 aiskrim gitu :)

 Sila tahan air liur anda :). 

selamat mencuba! :)

Sekian terima kasih :).

semoga perkongsian memberi manfaat :)



Tuesday, 2 December 2014

Pimp My Furniture!!!


Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

INI KISAH SUAMIKU ;)

Alhamdulillah.. bersyukur dengan limpah dan rahmat dariNya. Sekarang suami saya dah full time bisnes dari rumah.
Gelaran glamernyer Working-At-Home-Dad :).
Bukan saya je happy. Anak-anak double-tripple happy hehehe. Seronok bukan kepalang.

Double Alhamdulillah :).

Urusan rumahtangga pun bertambah mudah.
Kebebasan dalam menguruskan sendiri masa yang Allah peruntukkan pun dapat.
Dan yang paling penting, suami saya dapat memberikan peruntukkan masa yang cukup tenang untuk bersolat. Tiada lagi unsur tergesa-gesa untuk mengerjakan perintah Allah yang paling utama itu :).

Ianya turut menjadi motivasi kepada anak-anak. Mereka dapat melihat sendiri, bagaimana gigihnya bapak mereka berusaha bagi mencari rezeki untuk menyara keluarga :).

Apa bisnes suami saya?...

 Hihihi ni yang nak citer ni :).

Suami saya buat bisnes, MENJUAL DAN MERESTORASI PERABOT LAMA.

Contohnya macam kat gambar bawah ni :   
     
                                                           Sebelum restorasi


                                                             Selepas proses restorasi


Banyak lagi perabot-perabot hasil restorasi suami saya.
Anda semua di jemput ke page bisnes suami saya AnjungKarat

Hehehe promosi.. promosi... :).

Untuk anda yang masih ada perabot-perabot lama tinggalan ibu-ayah, datuk-nenek, moyang... yang dah bergenerasi lamanya,jangan sia-siakan perabot tersebut yang telah lama menabur bakti dan jasa kepada keluarga kita.

Barang lama.... off course lusuh nampaknya :). Tapi sangat sayang untuk ditinggalkan..

Apalagi... contact-contactlah kami di wassap 018 2888 396 atau call 012 7820 701.

InsyaAllah.. kami bersedia membantu anda :).


Semoga perkongsian memberikan manfaat :).
Thank you for reading :).













For Sale - Kabinet Jati Antik

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan Pentadbir sekelian alam.
Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad dan para ahli keluarga Baginda.

Pagi ini, saya share dengan anda produk hasil restorasi AnjungKarat :)

Kabinet Jati Antik :

1. Dengan lapisan fomica asal.
2.Rak bertingkat semi bulatan untuk dijadikan display.
3.Rak tingkat kaca.
4.Laci bentuk V untuk dijadikan tempat simpan barang.
                                                                       
                                               

Gambar sebelum proses restorasi


Gambar-gambar dibawah adalah selepas proses restorasi dijalankan :






Berminat :)

  Whats up : 018 2888 396 
Call 012 7820 701
WAK Anjung Karat

Semoga perkongsian memberi manfaat :).
Thanks for reading :).



Wednesday, 5 March 2014

Yummy!!! -- Variasi Hidangan ESP

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Lagi cerita tentang ESP !!

Mari saya share dengan anda beberapa cadangan minuman yang boleh digayakan dengan ESP...
Bagi yang rasa tak boleh nak telan ESP sebab rasa soya katanya.. bleh la cuba yer :).

Anda mesti cuba... sebab ESP 100% soya tulen NON-GMO tau.


NON-GMO??? Apa tu???

 
NON-GMO (Non-Genetically Modified Organism) ialah soya yang digunakan tidak diubah suai secara genetic. Dari benih sampailah ke penyimpanan Shaklee hanya menggunakan ramuan yang berkualiti dan semulajadi.


Kalau SOYA GMO? Camaner pulak???

Soya GMO ialah produk yang dah diubahsuai sifat genetiknya supaya produk menjadi lebih besar.  Dah tak natural jadinya kerana tercemar dengan bahan-bahan yang tidak sepatutnya.... 

So... Lepas ni beralihlah ke produk-produk makanan yang lebih menyihatkan okey :)
Salah satunya... ESP Shaklee...

Ok Jom2 tengok resepi cadangan minuman ESP.... taraaa....




Thanks for reading :)
Semoga Perkongsian memberi manfaat :)









Promotion March 2014----->> Energizing Soy Protein (ESP)

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Salam ceria buat semua... :).

Hohoho.... ESP promo bulan nih... best2. Rugi kalau sesiapa tak ambil peluang untuk dapatkan ESP.


Kenapa???

Sebab ESP ni tersangatlah BEST!. Bukan sekadar omongan saja ya ibu-ibu... bapak-bapak....  saya sendiri telah merasainya. Saya kenal Shaklee melalui ESP dan hingga kini ianya menjadi minuman kesihatan kegemaran saya.


Verbal Testimoni dari kawan-kawan : 

  • 2 hari yang lepas, ada seorang isteri kepada kawan suami saya wassap nak order ESP untuk 'Boost Susu' sebab dia baru lepas bersalin.
  • Minggu lepas seorang lagi kawan saya beritahu dia dah bebas 'sembelit' selepas ambil ESP.
  • Yang bestnyer, ada seorang customer yang x jadi 'Gastrik' selepas minum ESP.
  • Dan yang paling-paling BEST, seorang kenalan saya kata, dia dah dapat 'Control Makan' selepas ambil ESP..(kenalan sedang berdiet)
----->> Alhamdulillah.. semuanya berlaku dengan Izin Allah Jua :)


Nak tahu lagi kelebihan-kelebihan ESP ni... (Meh pakat-pakat baca)




**Tips Pengambilan ESP : 

  1. Maksimum pengambilan ESP adalah 3 sudu besar sehari yer, supaya buah pinggan kita tidak terbeban untuk memproses protein dalam badan .
  2. ESP hendaklah dibancuh dengan air sejuk ataupun air suam pada suhu kurang dari 30 darjah celcius. Ini kerana protein akan rosak/musnah dalam air panas.
  3. Nak mudah dan cepat larut. Kita 'shake'kan saja ESP ni :).
So... Apa Tunggu Lagi... Jom dapatkan ESP sekarang!!! dengan setiap pembelian ESP Promo ni, bolehh dapat free membership lagi.
..

Dah la.. harga istimewa sempena promotion + kurang lagi rm65 untuk registeration....
Tahan sampai 2 bulan.... 



       
            MEMANG BERBALOI-BALOI! 



Semoga Perkongsian memberi manfaat :)
Thanks for reading :)


Feel free to contact :)






 

Panduan Blog

Segala catatan di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis.

Produk-produk yang di tonjolkan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

Berikan diri anda makanan kesihatan yang berkualiti.

'Mencegah itu lebih baik dari mengubati'

Chat

Dikuasakan oleh

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.