Social Icons

Showing posts with label Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Bersalin. Show all posts

Wednesday, 25 December 2013

Pantang 44 hari - Part 1 ---> Urut Untuk Ibu Bersalin

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Entri ni khas untuk ibu-ibu atau bakal2 ibu. Bapa2 pun boleh juga, mesti nak yang terbaik untuk ibu dan baby kan, adik2, kakak2 yang ada saudara tengah pregnant pun amatlah digalakkan membacanya.... Senang citer Entri ni saya share ngan semua orang.. haha...

Bila bercerita tentang berpantang ni, dah 5 kali saya melaluinya. Setiap kali berpantang, mesti ada pengalaman dan input baru yang saya dapat. Saya berpantang dikampung (rengit) dari anak pertama sampailah yang keempat. Berpantang di bawah jagaan mak saya.. fuhhhh syok bila mak jaga kita (walopun dah terlebih besonya hihi).

Untuk anak saya yang kelima, Ainul Huda, saya berpantang sendiri di senawang.. cara moden... (haha.. macam x berpantang pun sebenarnya ekekeke)

Masa berpantang anak kelima saya hanya ambil perkara-perkara yang asas sahaja untuk diaplikasikan. 
BERURUT

Penting sangat ke berurut ni? Ada sesetengah mommy yang kata tak payah berurut pun tak pe. Tapi bagi saya tersangat-sangatlah lah pentingnya. meh tengok  sedikit input yang saya dapat tentang berurut.

========================================================================
Menurut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, urutan selepas bersalin akan:
  • melancarkan perjalanan darah;
  • mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan bertakung;
  • menaikkan semula rahim;
  • membetulkan urat-urat yang tegang, terputus atau yang terkeluar daripada tempatnya;
  • memecahkan lemak;
  • menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali ke bentuk badan asal;
  • mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas bekerja keras melahirkan anak.
Yang menariknya, urutan traditional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payudara juga, dengan kepercayaan ia akan melancarkan susu ibu.

========================================================================


Pencarian Tukang Urut

Sewaktu kandungan saya berusia 9 bulan, saya dan suami dah memulakan pencarian tukang urut bersalin yang berada di sekitar senawang untuk dituju ketika berpantang...  cari punya cari... borak punya borak, akhirnya  salah seorang staff suami saya merekemenkan seorang tukang urut yang jarak rumahnya lebih kurang 5km dari rumah kami. berdasarkan pengalamannya, staff suami saya sangat berpuas hati dengan urutan yang diberikan.


Selepas melahirkan Ainul Huda, kami ke rumah tukang urut yang dimaksudkan. Temujanji telah dibuat pada hari sebelumnya. Tukang urut lebih suka dipanggil dengan nama 'kak Kas'. berasal dari Indonesia, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.


Hari Pertama

Pengalaman pertama kali berurut dengan kak Kas memang best. Orangnya sangat peramah. Urutan dimulakan dengan bacaan doa dan surah An-Nas. Urutan adalah seluruh badan menggunakan minyak urut yang dihasilkan sendiri. Urutan akan dijalankan selama 2 jam.  Ainul Huda diletakkan di sisi saya, supaya mudah untuk disusukan ketika dia haus. Urutan akan diulang sehingga 3 pusingan (meniarap dan terlentang).

Siap berurut, saya dipakaikan bengkung dan pilis. Sebelum berbengkung, bahagian perut akan di sapukan dengan losyen pati halia. Selepas berurut dan bengkung, badan rasa semakin mantap, perut pun makin selesa. 

Ketika hendak pulang, kami dibekalkan dengan pelbagai jenis daunan (daun pandan, daun serai wangi, daun sireh,daun limau purut dan daun kunyit) untuk dimasukkan ke dalam air mandian saya. Daunan dibekalkan untuk stok 3 hari.

Ainul Huda pun siap dimandikan dan dibedakkan oleh kak Kas.. ( membahasakan dirinya sebagai 'Mak Kas' dengan Ainul Huda).


Hari Kedua

Urutan hari kedua, lebih tertumpu kepada bertungku. Selepas proses urutan seperti di hari pertama dan ditambah dengan sengkak. Sebagai penutupnya, saya ditungku dengan menggunakan batu sungai. wah... syoknya... sampai terlelap-lelap saya jadinya... haha... (buat malu jek :p).  Proses bertungku dilakukan di seluruh badan. memang best.. percayalah!! hihihi..


Hari Ketiga
Pada hari ketiga, proses urutan berjalan seperti hari kedua. Saya mengambil khidmat urutan selepas bersalin selama 3 hari. secara keseluruhannya saya sangat berpuashati dengan urutan kak Kas. Banyak petua2 yang diberikan daripada petua semasa berpantang, menjaga anak, sehinggalah kepada petua untuk menjaga badan agar sentiasa cantik untuk suami tercinta hehehe..

Sewaktu hendak pulang, suami saya ada menegur... "ni dah macam nyonya menir je :)" hahaha mana taknyer bengkung memang kelasss.. sanggul sket punyer tinggi ditambah ngan pilis.... hihi

Sehingga hari ini, saya masih menghubungi kak Kas jika mahu diurut :).


Kak Kas Tukang Urut

Saya rasa seronok untuk share dengan anda semua. Nak mencari tukang urut yang serasi dengan kita memang agak payah , lagi2 dibandar. Saya pernah berurut di Seremban dulu, tetapi mungkin urutannya tidak serasi dengan saya... badan bertambah sakit2. Sanggup travel balik kampung dengan suami semata2 untuk berurut.. huhuhu..

Kak Kas ni, muda lagi, saya rasa dalam lingkungan 40an. Dari segi penampilan memang meletop.. bukannya ranggi atau berpakaian moden, tetapi bertudung dan menutup aurat walaupun sewaktu mengurut.

Perkhidmatan berurut akan dilakukan dirumahnya sahaja, memandangkan suami kak Kas bekerja sebagai kontraktor dan dia menolak untuk diambil oleh suami yang mahu isteri mereka diurut. Pelbagai perkhidmatan urutan di sediakan seperti urutan terseliuh, sakit2 badan, bersalin dan untuk ikhtiar mendapatkan zuriat.  Urutan hanyalah sebagai ikhtiar, kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan.

Perkhidmatan urutan kak Kas untuk WANITA SAHAJA :) hehehe

Dalam sehari cuma ada 4 sesi urutan... bagi yang tercari2 tukang urut, cubalah.. InsyaAllah serasi dengan anda :)

Sedikit petunjuk arah bagi mereka yang berada di sekitar Negeri Sembilan dan Senawang khususnya dan masih mencari2 tukang urut tradisional yang memang best! :)

Papan tanda Taman Senawang Indah.
Jalan masuk ke dalam taman berada di sebelah kanan
sebelum berjumpa dengan Taman Bandar Senawang.


Nama jalan.
Jalan Orkid 6 


Tanyalah dengan orang di mana 'Kak Kas tukang urut'
pasti ditunjukkan di mana rumahnya


Semoga perkongsian memberi manfaat...
Thank you for reading :)

 **gambar ihsan dari www.whitewakgreen.blogspot.com






 

Panduan Blog

Segala catatan di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis.

Produk-produk yang di tonjolkan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

Berikan diri anda makanan kesihatan yang berkualiti.

'Mencegah itu lebih baik dari mengubati'

Chat

Dikuasakan oleh

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.