Social Icons

Wednesday, 5 March 2014

Yummy!!! -- Variasi Hidangan ESP

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Lagi cerita tentang ESP !!

Mari saya share dengan anda beberapa cadangan minuman yang boleh digayakan dengan ESP...
Bagi yang rasa tak boleh nak telan ESP sebab rasa soya katanya.. bleh la cuba yer :).

Anda mesti cuba... sebab ESP 100% soya tulen NON-GMO tau.


NON-GMO??? Apa tu???

 
NON-GMO (Non-Genetically Modified Organism) ialah soya yang digunakan tidak diubah suai secara genetic. Dari benih sampailah ke penyimpanan Shaklee hanya menggunakan ramuan yang berkualiti dan semulajadi.


Kalau SOYA GMO? Camaner pulak???

Soya GMO ialah produk yang dah diubahsuai sifat genetiknya supaya produk menjadi lebih besar.  Dah tak natural jadinya kerana tercemar dengan bahan-bahan yang tidak sepatutnya.... 

So... Lepas ni beralihlah ke produk-produk makanan yang lebih menyihatkan okey :)
Salah satunya... ESP Shaklee...

Ok Jom2 tengok resepi cadangan minuman ESP.... taraaa....




Thanks for reading :)
Semoga Perkongsian memberi manfaat :)









Promotion March 2014----->> Energizing Soy Protein (ESP)

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Salam ceria buat semua... :).

Hohoho.... ESP promo bulan nih... best2. Rugi kalau sesiapa tak ambil peluang untuk dapatkan ESP.


Kenapa???

Sebab ESP ni tersangatlah BEST!. Bukan sekadar omongan saja ya ibu-ibu... bapak-bapak....  saya sendiri telah merasainya. Saya kenal Shaklee melalui ESP dan hingga kini ianya menjadi minuman kesihatan kegemaran saya.


Verbal Testimoni dari kawan-kawan : 

  • 2 hari yang lepas, ada seorang isteri kepada kawan suami saya wassap nak order ESP untuk 'Boost Susu' sebab dia baru lepas bersalin.
  • Minggu lepas seorang lagi kawan saya beritahu dia dah bebas 'sembelit' selepas ambil ESP.
  • Yang bestnyer, ada seorang customer yang x jadi 'Gastrik' selepas minum ESP.
  • Dan yang paling-paling BEST, seorang kenalan saya kata, dia dah dapat 'Control Makan' selepas ambil ESP..(kenalan sedang berdiet)
----->> Alhamdulillah.. semuanya berlaku dengan Izin Allah Jua :)


Nak tahu lagi kelebihan-kelebihan ESP ni... (Meh pakat-pakat baca)




**Tips Pengambilan ESP : 

  1. Maksimum pengambilan ESP adalah 3 sudu besar sehari yer, supaya buah pinggan kita tidak terbeban untuk memproses protein dalam badan .
  2. ESP hendaklah dibancuh dengan air sejuk ataupun air suam pada suhu kurang dari 30 darjah celcius. Ini kerana protein akan rosak/musnah dalam air panas.
  3. Nak mudah dan cepat larut. Kita 'shake'kan saja ESP ni :).
So... Apa Tunggu Lagi... Jom dapatkan ESP sekarang!!! dengan setiap pembelian ESP Promo ni, bolehh dapat free membership lagi.
..

Dah la.. harga istimewa sempena promotion + kurang lagi rm65 untuk registeration....
Tahan sampai 2 bulan.... 



       
            MEMANG BERBALOI-BALOI! 



Semoga Perkongsian memberi manfaat :)
Thanks for reading :)


Feel free to contact :)






Wednesday, 19 February 2014

Parenting Tips ----> Kek Pisang Mak Long

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Alhamdulillah... berkesempatan lagi meng'update' blog.

Wah...wah...wah... tengok tajuk... cam orang professional jek, nak bagi tip-tip tengtang keibu-bapaan nih. hihihii...

Bila difikirkan betul2 tak semestinya bila kita pi belajar ilmu2 parenting jer kita bleh dapat ilmukan. Pada saya pengalaman pun penting. Dengan ilmu2 yang ada, bila dipraktikkan lagi membawa maknakan :).

Okay.. hari ni, saya share dengan pembaca semua tips dari keluarga kami yang pertama :)

=================================================================
TIPS 1 # Libatkan semua anak-anak dengan aktiviti dirumah yang dapat membina sahsiah mereka.
==================================================================

Apabila kita melibatkan anak2 dalam aktiviti yang sihat dirumah, secara automatik, kuranglah perhatian mereka terhadap gadget-gadget yang berlambak dipasaran. ramai yang tahukan penggunaan gadget yang keterlaluan menyebabkan anak2 kita kurang bergerak, dan pasif dalam menggunakan anggota2 fizikal mereka.

Aktiviti 1 : Kek Pisang Mak Long.

Resepi diperolehi dari kakak ipar saya Mazlina Salikon ( Mak Long kepada anak2 saya). :)


Bahan-Bahan yang diperlukan:

Bahan A
  • 10 biji pisang monyet ( ataupun apa2 jenis pisang, bleh adjust :))
  • 1 camca kecil soda bikarbonat
  • 2 cawan minyak masak
Bahan B
  • 5 biji telur ayam ( dah siap dicuci kulitnya )
  • 2 cawan gula pasir
Bahan C
  • 2 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 penutup kecil esen pisang
Cara-cara membuatnya :
  • Baca Bismillah dan berdoa moga dipermudahkan urusan buat kek ( ada anak saya siap berdoa semoga kek pisang mereka jadi :) hihi ).
  • Blender semua bahan A .

  •  Pukul Bahan B menggunakan mixer sampai kembang ( dalam +- 15 minit )
  • Campurkan Bahan A (yang dah siap blender) ke dalam Bahan B ( yang dah kembang).
  • Masukkan tepung  ( sambil mengacau adunan)
  • Masukkan esen pisang.
  • Gaul hingga sebati.Siap! :).
  • Bolehlah masukkan dalam loyang yang telah disediakan.
  • **Tips : sapukan loyang dengan minyak masak dan taburkan tepung sehingga menjadi lapisan nipis atas minyak tu. InsyaAllah kek tak lekat kat loyang. Bila dikeluarkan, halusss saja bawah kek tu nanti).

  • Dah siap adunan kek pisang kita. Boleh di bakar atau kukus.

  • Dan inilah hasilnya :)...

  •  Alhamdulillah So yummy...
Simple je dan mudahkan. Kepada yang berminat bolehlah cuba buat. Buat dengan anak2... memang best, kecoh2 jugak.. keje 30 minit, boleh jadi berjam. tapi pengalaman tu yang lebih bernilai :). Lihatlah keseronokkan dan kepuasan di wajah anak2 kita. Bila lagi nak seronok2 macam nikan hihihi :).

Sambil berseronok.. boleh dapat ilmu...tambah kemesraan keluarga...dan apa yang pentingggg KERJASAMA! :)


Selamat mencuba yer :)

Semoga perkongsian memberikan manafaat :)
Thanks for reading :)






    Wednesday, 25 December 2013

    Pantang 44 hari - Part 1 ---> Urut Untuk Ibu Bersalin

    Bismillah hirrahman nirrahim

    Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
    Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

    Entri ni khas untuk ibu-ibu atau bakal2 ibu. Bapa2 pun boleh juga, mesti nak yang terbaik untuk ibu dan baby kan, adik2, kakak2 yang ada saudara tengah pregnant pun amatlah digalakkan membacanya.... Senang citer Entri ni saya share ngan semua orang.. haha...

    Bila bercerita tentang berpantang ni, dah 5 kali saya melaluinya. Setiap kali berpantang, mesti ada pengalaman dan input baru yang saya dapat. Saya berpantang dikampung (rengit) dari anak pertama sampailah yang keempat. Berpantang di bawah jagaan mak saya.. fuhhhh syok bila mak jaga kita (walopun dah terlebih besonya hihi).

    Untuk anak saya yang kelima, Ainul Huda, saya berpantang sendiri di senawang.. cara moden... (haha.. macam x berpantang pun sebenarnya ekekeke)

    Masa berpantang anak kelima saya hanya ambil perkara-perkara yang asas sahaja untuk diaplikasikan. 
    BERURUT

    Penting sangat ke berurut ni? Ada sesetengah mommy yang kata tak payah berurut pun tak pe. Tapi bagi saya tersangat-sangatlah lah pentingnya. meh tengok  sedikit input yang saya dapat tentang berurut.

    ========================================================================
    Menurut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, urutan selepas bersalin akan:
    • melancarkan perjalanan darah;
    • mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan bertakung;
    • menaikkan semula rahim;
    • membetulkan urat-urat yang tegang, terputus atau yang terkeluar daripada tempatnya;
    • memecahkan lemak;
    • menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali ke bentuk badan asal;
    • mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas bekerja keras melahirkan anak.
    Yang menariknya, urutan traditional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payudara juga, dengan kepercayaan ia akan melancarkan susu ibu.

    ========================================================================


    Pencarian Tukang Urut

    Sewaktu kandungan saya berusia 9 bulan, saya dan suami dah memulakan pencarian tukang urut bersalin yang berada di sekitar senawang untuk dituju ketika berpantang...  cari punya cari... borak punya borak, akhirnya  salah seorang staff suami saya merekemenkan seorang tukang urut yang jarak rumahnya lebih kurang 5km dari rumah kami. berdasarkan pengalamannya, staff suami saya sangat berpuas hati dengan urutan yang diberikan.


    Selepas melahirkan Ainul Huda, kami ke rumah tukang urut yang dimaksudkan. Temujanji telah dibuat pada hari sebelumnya. Tukang urut lebih suka dipanggil dengan nama 'kak Kas'. berasal dari Indonesia, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.


    Hari Pertama

    Pengalaman pertama kali berurut dengan kak Kas memang best. Orangnya sangat peramah. Urutan dimulakan dengan bacaan doa dan surah An-Nas. Urutan adalah seluruh badan menggunakan minyak urut yang dihasilkan sendiri. Urutan akan dijalankan selama 2 jam.  Ainul Huda diletakkan di sisi saya, supaya mudah untuk disusukan ketika dia haus. Urutan akan diulang sehingga 3 pusingan (meniarap dan terlentang).

    Siap berurut, saya dipakaikan bengkung dan pilis. Sebelum berbengkung, bahagian perut akan di sapukan dengan losyen pati halia. Selepas berurut dan bengkung, badan rasa semakin mantap, perut pun makin selesa. 

    Ketika hendak pulang, kami dibekalkan dengan pelbagai jenis daunan (daun pandan, daun serai wangi, daun sireh,daun limau purut dan daun kunyit) untuk dimasukkan ke dalam air mandian saya. Daunan dibekalkan untuk stok 3 hari.

    Ainul Huda pun siap dimandikan dan dibedakkan oleh kak Kas.. ( membahasakan dirinya sebagai 'Mak Kas' dengan Ainul Huda).


    Hari Kedua

    Urutan hari kedua, lebih tertumpu kepada bertungku. Selepas proses urutan seperti di hari pertama dan ditambah dengan sengkak. Sebagai penutupnya, saya ditungku dengan menggunakan batu sungai. wah... syoknya... sampai terlelap-lelap saya jadinya... haha... (buat malu jek :p).  Proses bertungku dilakukan di seluruh badan. memang best.. percayalah!! hihihi..


    Hari Ketiga
    Pada hari ketiga, proses urutan berjalan seperti hari kedua. Saya mengambil khidmat urutan selepas bersalin selama 3 hari. secara keseluruhannya saya sangat berpuashati dengan urutan kak Kas. Banyak petua2 yang diberikan daripada petua semasa berpantang, menjaga anak, sehinggalah kepada petua untuk menjaga badan agar sentiasa cantik untuk suami tercinta hehehe..

    Sewaktu hendak pulang, suami saya ada menegur... "ni dah macam nyonya menir je :)" hahaha mana taknyer bengkung memang kelasss.. sanggul sket punyer tinggi ditambah ngan pilis.... hihi

    Sehingga hari ini, saya masih menghubungi kak Kas jika mahu diurut :).


    Kak Kas Tukang Urut

    Saya rasa seronok untuk share dengan anda semua. Nak mencari tukang urut yang serasi dengan kita memang agak payah , lagi2 dibandar. Saya pernah berurut di Seremban dulu, tetapi mungkin urutannya tidak serasi dengan saya... badan bertambah sakit2. Sanggup travel balik kampung dengan suami semata2 untuk berurut.. huhuhu..

    Kak Kas ni, muda lagi, saya rasa dalam lingkungan 40an. Dari segi penampilan memang meletop.. bukannya ranggi atau berpakaian moden, tetapi bertudung dan menutup aurat walaupun sewaktu mengurut.

    Perkhidmatan berurut akan dilakukan dirumahnya sahaja, memandangkan suami kak Kas bekerja sebagai kontraktor dan dia menolak untuk diambil oleh suami yang mahu isteri mereka diurut. Pelbagai perkhidmatan urutan di sediakan seperti urutan terseliuh, sakit2 badan, bersalin dan untuk ikhtiar mendapatkan zuriat.  Urutan hanyalah sebagai ikhtiar, kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan.

    Perkhidmatan urutan kak Kas untuk WANITA SAHAJA :) hehehe

    Dalam sehari cuma ada 4 sesi urutan... bagi yang tercari2 tukang urut, cubalah.. InsyaAllah serasi dengan anda :)

    Sedikit petunjuk arah bagi mereka yang berada di sekitar Negeri Sembilan dan Senawang khususnya dan masih mencari2 tukang urut tradisional yang memang best! :)

    Papan tanda Taman Senawang Indah.
    Jalan masuk ke dalam taman berada di sebelah kanan
    sebelum berjumpa dengan Taman Bandar Senawang.


    Nama jalan.
    Jalan Orkid 6 


    Tanyalah dengan orang di mana 'Kak Kas tukang urut'
    pasti ditunjukkan di mana rumahnya


    Semoga perkongsian memberi manfaat...
    Thank you for reading :)

     **gambar ihsan dari www.whitewakgreen.blogspot.com






    Wednesday, 18 December 2013

    Arggghh.... You Positive!!!

    Bismillah hirrahman nirrahim

    Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
    Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.


    Percaya tak.. kalo saya bagitau.. selepas 10 tahun usia perkahwinan saya dan suami, masih ada yang dok mempertikaikan kenapa saya tidak bekerja. Kenapa mesti memilih untuk menjadi seorang surirumah meskipun mempunyai segulung Ijazah Kepujian di dalam tangan... Dan yang paling pedas bila ada yang mengeluarkan ayat begini.."Ko jangan jadi manusia parasit, menumpang kesenangan suami semata2"...Aduhai...sodih2.. Tapi itu lah hakikat dunia..

    Kata arwah mak saya dulu.... mulut manusia memang macam tu, susah nak ditutup. payah nak dilayan. suka jaga tepi kain orang. Dok menyindir2 bila rasa ada yang tak kene dimata mereka. Sedangkan saya tak susahkan mereka pun...



    Cuba tengok gambar kat atas tu... aduhai.. satu gambar yang diadaptasi dan diolah sedikit dari kisah Luqman Al-Hakim dan anaknya di dalam Al-Quran. Kalau nak dilayan memang parah....

    Ok2 saya ambil sindiran itu sebagai suatu yang positif.. supaya itu menjadi 'push factor' bagi saya untuk menjadi seorang isteri yang lebih berbakti pada suami. Pedulilah apa orang nak kata.. mereka tidak berada dalam situasi kita..


    Apa yang saya dah buat.....

    • Kami dikurniakan dengan 5 orang cahayamata. Antara perbelanjaan yang tinggi untuk anak2 ialah susu dan pampers. Untuk tidak memeningkan kepala suami, saya berusaha untuk memberikan susu ibu sepenuhnya, supaya anak2 saya memperolehi yang terbaik dan budget untuk susu dapat dialihkan kepada keperluan lain.
    Tautan bertambah erat dengan susu ibu ;)

    • Semua anak2 bijak saya diwajibkan untuk melalui 'toilet train' sebelum berumur 2 tahun. Ini dapat menjimatkan banyak kos perbelanjaan pampers.

    • Penggunaan cloth diaper ( lampin kain) untuk si bijak saya yang kelima,Ainul Huda. Selain lebih sihat, ia juga lebih menjimatkan dari penggunaan pampers (lampin pakai buang), sebab lampin kain ini boleh dibasuh dan diguna semula. Budget untuk pampers sudah tiada dalam senarai belanjawan keluarga kami.
                                                                                     Cloth Diapers pilihan hati :)
    • Budget untuk anak2 dihantar ke nurseri atau taska juga tidak tersenarai kerana saya sebagai suri rumah tentunya menjaga anak sendiri.
    ***Banyakkan penjanaan wang yang dapat 'diselamatkan' :).


     
    Apa lagi yang saya buat.....

    Ha... nilah part yang paling best :).

    Saya buat bisnes sabun 3U. Pengkritik saya berkata lagi.." Siannya suami ko kene drive ujung minggu anto sabun..., kene drive malam2 ambil stok sabun...( aikkk... komplen lagi.... dulu nak sangat tgk saya bekerja, cari pendapatan sendiri ). Takpe positif...positif...


    Fikir punya fikir... cari punya cari saya dipertemukan dengan shaklee. Saat yang paling best bagi saya.
    SHAKLEE  tau. Satu jenama makanan tambahan kesihatan(supplement) semulajadi yang selamat dan berkesan. Telah terbukti berkesan  lebih 50 tahun.


     
    Kenapa saya pilih Shaklee?
    • Sistem Dropship Terbaik - Kemudahan untuk saya menguruskan bisnes. Tak perlu ke pejabat pos untuk mengepos barang, hanya perlu memberikan alamat tempat penghantaran kepada database shaklee semasa membuat pesanan.
    • Tidak memerlukan modal - Saya hanya perlu mengambil pesanan dari pelanggan dan membuat pesanan kepada pihak shaklee dengan bayaran terus dari pelanggan.
    • Keahlian seumur hidup - Tak perlu renew keahlian setiap tahun
    • Cash rebate / Bonus - Cash bonus akan dimasukkan ke dalam akaun setiap ahli shaklee yang layak dengan  jumlah pembelian yang ditetapkan. 
    • Sistem Shopping Online - Mulai Oktober 2013 Semua urusan Shaklee dilakukan secara online. Kita main 'klik-klik' je dari rumah :).
    • Dapat menyertai Group2 Bisnes Exclusive Shaklee di Fb - Barulah nampak mentor2 yang hebat dan bersemangat waja. Menaikkan juga semangat kita untuk berbisnes.
    • Dapat membantu menambah baik kehidupan keluarga dan semua orang di sekeliling yang mula menyedari peri pentingnya penjagaan kesihatan. Dengan Izin Allah jua...
    Dengan kelebihan-kelebihan bisnes shaklee semoga saya dapat membantu suami dan sahabat-sahabat menambahbaik kehidupan kita.InsyaAllah..



    Kisah Kami dan Shaklee :)

    2,3 tahun yang lepas, bila saya melihat encik suami membuat belanjawan akhir tahun sempena anak-anak naik sekolah, saya hanya mampu
    • tolong buat air.........
    • tolong kira-kira........
    • tolong tulis-tulis.......
    • tolong urut kepala encik suami bila buku belanjawan ditutup...huhu
    Tapi Sekarang... bila encik suami bukak buku belanjawan akhir tahun sempena anak-anak naik sekolah... banyak dah boleh di tolong...
    • tolong-tolong tengok...
    • tolong-tolong jeling....
    • tolong-tolong kira....
    • tolong-tolong tulis....
    • DAN...saya dah boleh buat ayat "Ada bahagian yang boleh umi tolong?"
    Alhamdulillah senyum terukir dibibir encik suami.... sebelum buku belanjawan ditutup :)

                                   SYUKUR BONUS SHAKLEE MASUK DITENGAH BULAN :)


    **Kepada pengkritik saya... thank you very much....
    **Kepada yang nak join jadi positif dengan saya... U are Most Welcome! 

    Thanks for Reading :) 


     


    Semangat Permata Hati

    Bismillah hirrahman nirrahim

    Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
    Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

    Alhamdulillah pagi tadi sempat mendaftarkan anak perempuan saya, Ain sofiah di PASTI AL HAAZIM, Taman Desa Ixora, Senawang.
     Betapa seronoknya dia. Almaklum dari tahun lepas lagi dah menunggu turn nak register di pasti. :).

                                                                                                  PASTI AL-HAAZIM


    Seperti 2 orang abang-abangnya yang terdahulu, Abdul Aziz dan Abdul Hadi, Kami masih lagi setia memilih PASTI sebagai 'Universiti' pertama untuk anak-anak bijak menimba ilmu dan mendidik sahsiah dalam pergaulan.
    Kami sangat  gembira dengan keterujaan anak saya, semoga beliau dapat menerima pengajaran di PASTI dengan baik sekali.

                                                                                    Bergaya dengan beg sekolah :)

    Kenapa PASTI?
    • Kami pilih PASTI kerana silibus pembelajran yang ditawarkan. Anak-anak lebih didedahkan kepada persekitaran yang islami. Berpakaian menutup aurat dan menjaga tingkah laku serta adab yang amat dititikberatkan.
    • Latihan pembelajaran yang selari dengan pendidikan Al-Quran dan Sunnah serta kokurikulum pendidikan formal bagi kanak2 pra-sekolah.
    • Untuk tahun hadapan, satu lagi subjek baru diperkenalkan iaitu 'Pra-Tahfiz'.  Subjek ini mempunyai visi untuk melahirkan anak2 'generasi Al-Quran'.
    • Yuran yang ditawarkan setanding dengan pendidikan yang diberikan.

                                                                                Antara buku-buku teks pasti

                                                                                             Subjek Hadith

    Kisah dan Pengalaman

    Sewaktu kami mencari2 'universiti' pertama untuk Abdul Aziz dahulu, saya lebih banyak berkomunikasi dengan ibu2 yang pernah menghantar anak2 mereka ke tadika, tabika dan yang sewaktunya di taman kami.  Berbagai cerita diperolehi. Untuk yang terbaik bagi anak2 saya, saya dan suami perlu membuat pilihan yang bijak. . saya ringkaskan begini...



                                                         Anda mahu anak anda seperti ini?    

                                                                              ATAU

                                                           Seperti Ini?

    Jiwa kami sebagai ibu bapa lebih dekat kepada pilihan yang kedua. kami telah pun merasai kemanisannya melalui dua orang anak bujang kami... dan InsyaAllah akan diteruskan oleh anak kami yang ketiga, keempat dan kelima..


    Untuk ibu bapa diluar sana pilihlah yang terbaik di dalam pendidikan anak2. Bak kata Ustaz Hamdan...

    " Jika mahu anak yang BIJAK, berdoalah... InsyaAllah akan diperkenankan oleh Allah. kerana itu permintaan yang baik. TETAPI.. Alangkah beruntungnya ibu bapa yang berdoa untuk memiliki Anak BIJAK YANG BERTAQWA. kerana ia bukan sahaja menguntungkan di dunia tetapi juga menjadi pendinding dari Api Neraka. InsyaAllah"



    "Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa"


    Semoga Perkongsian memberikan manfaat :)
    Bertemu di entri akan datang :)

    Thanks for reading :)

    **beberapa gambar ihsan daripada encik google dan whitewakgreen.blogspot.com









     

    Panduan Blog

    Segala catatan di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis.

    Produk-produk yang di tonjolkan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

    Berikan diri anda makanan kesihatan yang berkualiti.

    'Mencegah itu lebih baik dari mengubati'

    Chat

    Dikuasakan oleh

    Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.