Bismillah hirrahman nirrahim
Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.
Alhamdulillah pagi tadi sempat mendaftarkan anak perempuan saya, Ain sofiah di PASTI AL HAAZIM, Taman Desa Ixora, Senawang.
Betapa seronoknya dia. Almaklum dari tahun lepas lagi dah menunggu turn nak register di pasti. :).
PASTI AL-HAAZIM
Seperti 2 orang abang-abangnya yang terdahulu, Abdul Aziz dan Abdul Hadi, Kami masih lagi setia memilih PASTI sebagai 'Universiti' pertama untuk anak-anak bijak menimba ilmu dan mendidik sahsiah dalam pergaulan.
Kami sangat gembira dengan keterujaan anak saya, semoga beliau dapat menerima pengajaran di PASTI dengan baik sekali.
Bergaya dengan beg sekolah :)
Kenapa PASTI?
- Kami pilih PASTI kerana silibus pembelajran yang ditawarkan. Anak-anak lebih didedahkan kepada persekitaran yang islami. Berpakaian menutup aurat dan menjaga tingkah laku serta adab yang amat dititikberatkan.
- Latihan pembelajaran yang selari dengan pendidikan Al-Quran dan Sunnah serta kokurikulum pendidikan formal bagi kanak2 pra-sekolah.
- Untuk tahun hadapan, satu lagi subjek baru diperkenalkan iaitu 'Pra-Tahfiz'. Subjek ini mempunyai visi untuk melahirkan anak2 'generasi Al-Quran'.
- Yuran yang ditawarkan setanding dengan pendidikan yang diberikan.
Antara buku-buku teks pasti
Kisah dan Pengalaman
Sewaktu kami mencari2 'universiti' pertama untuk Abdul Aziz dahulu, saya lebih banyak berkomunikasi dengan ibu2 yang pernah menghantar anak2 mereka ke tadika, tabika dan yang sewaktunya di taman kami. Berbagai cerita diperolehi. Untuk yang terbaik bagi anak2 saya, saya dan suami perlu membuat pilihan yang bijak. . saya ringkaskan begini...
Anda mahu anak anda seperti ini?
ATAU
Seperti Ini?
Jiwa kami sebagai ibu bapa lebih dekat kepada pilihan yang kedua. kami telah pun merasai kemanisannya melalui dua orang anak bujang kami... dan InsyaAllah akan diteruskan oleh anak kami yang ketiga, keempat dan kelima..
Untuk ibu bapa diluar sana pilihlah yang terbaik di dalam pendidikan anak2. Bak kata Ustaz Hamdan...
" Jika mahu anak yang BIJAK, berdoalah... InsyaAllah akan diperkenankan oleh Allah. kerana itu permintaan yang baik. TETAPI.. Alangkah beruntungnya ibu bapa yang berdoa untuk memiliki Anak BIJAK YANG BERTAQWA. kerana ia bukan sahaja menguntungkan di dunia tetapi juga menjadi pendinding dari Api Neraka. InsyaAllah"
"Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa"
Semoga Perkongsian memberikan manfaat :)
Bertemu di entri akan datang :)
Thanks for reading :)
**beberapa gambar ihsan daripada encik google dan whitewakgreen.blogspot.com
No comments:
Post a Comment