Social Icons

Tuesday, 3 September 2013

Apa itu Mentor.

Saya teruskan lagi begini...

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Kepentingan adanya mentor dalam bisnes dan kita berhubung dengannya adalah sama pentingnya hubungan antara anak murid dengan guru dalam sistem pendidikan.Mungkin ia bukanlah contoh yang tepat,tapi ia adalah contoh dan gambaran yang terdekat yang dapat saya gambarkan untuk dipahami oleh teman-teman.

Atau pun saya bagi contoh begini....

Pernah melihat cerita terbitan Walt Disney Pictures/keluaran Pixar Animation Studios yang bertajuk Finding Nemo? Kenapa Finding Nemo? Maklumlah,saya ni bekas pelajar Multimedia.Jadi unsur-unsur yang ada kaitan dengan multimedia itu menarik minat saya.

Finding Nemo.

Mungkin ada yang sudah tahu,Finding Nemo adalah kisah sepasang clownfish bernama Marlin dan isterinya Coral.Mereka pasangan yang gembira dan bakal menerima anak di rumah baru mereka di Great Barrier Reef. Dalam keseronokkan mereka berbincang-bincang akan perihal masa depan dan angan-angan berdekatan dengan terumbu karang mereka,ditakdirkan tiba-tiba seekor baraccuda telah menyerang mereka yang mengakibatkan Coral dan telur-telurnya terkorban.Namun salah 1 telur telah terselamat dan telur itulah yang menjadi satu-satunya anak Marlin dan dinamakan Nemo.

Marlin dan anaknya Nemo.

Dipendekkan cerita Nemo pun membesar dan akhirnya pergi ke sekolah. Dek kerana sifat ingin tahu yang tinggi dan cabaran dari rakan-rakan dan keegoan,Nemo telah pergi ke laut lepas pada hari pertama dia ke sekolah.Akibat dari itu,Nemo akhirnya di tangkap oleh sepasukan penyelam skuba dan di bawa pergi.Tragedi ini berlaku di hadapan mata Marlin sendiri.

Di atas sifat kebapaan,Marlin memberanikan diri mengejar bot yang menangkap Nemo.Akhirnya kerana terlepas jejak,Marlin hampir sahaja putus asa untuk peneruskan pencarian Nemo.Di sinilah permulaan cerita pengembaraan seekor ikan terumbu karang ke laut lepas demi menuju satu MISI menyelamatkan anak tunggalnya-NEMO.

Dalam keadaan terpinga-pinga di tempat yang luas dan penuh cabaran tak terduga itulah,Marlin menemui Dory seekor regal blue tang yang baik hati dan optimis terhadap laut lepas.Dorylah yang membantu Martin dan bersama-sama mengembara mencari NEMO.

Sebenarnya Dory perasan akan bot yang membawa pergi Nemo.Kerana Martin menganggap Dory dapat membantunya,lalu Martin mengekori Dory dari belakang untuk menjejak semula Nemo.Kerana Dory mempunyai penyakit mudah lupa menyebabkan Dory lupa ke mana arah bot yang dia lihat tadi.

Dalam keadaan putus hala tuju inilah,Marlin dan Dory berjumpa dengan Bruce seekor jerung.

Selepas berjumpa denga Marlin dan Dory,Bruce telah membawa mereka ke tempat tinggalnya dengan umpan bahawa akan diadakan 1 party.Rupanya tempat tinggal Bruce terdapat 2 ekor jerung yang lain.Kumpulan jerung ini sebenarnya sedang cuba untuk menjadi vegiterian-dengan tidak memakan ikan. "Fish Are Friends, Not Food" ini adalah slogan yang mereka war-warkan ketika Marlin dan Dory mula-mula sampai ke tempat mereka.

Entah bagaimana,ketika memperkenalkan diri pada kawan-kawan Bruce,berlaku perselisihan faham antara Dory dan Martin menyebabkan mereka bergaduh kecil yang mengakibatkan pendarahan kecil pada Dory.Pada ketika inilah juga Martin ternampak mask yang dipakai oleh salah seorang penyelam skuba yang telah terjatuh sebelumnya. Darah yang keluar dari luka kecil pada Dory tadi telah mengakibatkan Bruce hilang kawalan.Akibat hilang kawalan,Bruce telah terlupa dengan slogannya lalu mengejar mereka berdua.Nasib menyebelahi Martin dan Dory mereka terselamat dari Bruce dengan menggunakan kebijaksanaan dan tipu helah mereka.

Setelah terselamat dari kumpulan jerung ganas itu,Dory telah dapat membaca tulisan pada mask yang mereka jumpai sebelum itu.Berdasarkan hint yang tertulis Sydney itulah mereka meneruskan pengembaran mereka.

Kemudian dalam pengembaraan itu lagi Marlin dan Dory telah menemui sekumpulan moonfish.Moonfish itulah yang menunjukkan tunjukarah menuju ke Sydney tetapi mereka perlu melalui EAC.Dalam perjalanan menuju ke EAC itu,Martin dan Dory telah terperangkap di dalam jellyfish.Insiden itulah yang membawa mereka bertemu dengan seekor kura-kura bernama Crush yang telah membawa mereka ke East Australian Current (EAC)-sebuah highway bawah laut.Di current itu jugalah mereka bertemu dengan sekumpulan kura-kura kecil lain yang bergerak bersama Crush.

Marlin yang begitu gembira dalam suasana itu telah berkongsi ceritanya dengan kumpulan kura-kura kecil itu.Dan dari situlah cerita pengembaraan Marlin dan Dory mengejar MISI mereka mencari Nemo diceritakan mulut ke mulut hingga merentasi lautan hinggalah sampai ke pendengaran Nigel,seekor burung Pelican yang tinggal di Sydney.

Setelah keluar dari lebuhraya EAC,Marlin dan Dory tersesat dalam kumpulan plankton yang akhirnya menyebabkan mereka di telan oleh seekor Paus Biru.Dalam pada Marlin sibuk untuk melepaskan diri dari dalam perut Paus Biru berkenaan,Dory telah berkomunikasi dengan Paus Biru itu.Memahami permintaan Dory,paus biru itu telah membawa mereka ke Port Jackson.Di situlah mereka berjumpa dengan Nigel,yang telah mengetahui kisah mereka.

Nigel,Marlin dan Dory menuju MISI mereka.

Mengetahui misi mereka, Nigel membawa Marlin dan Dory pergi ke tempat Nemo disimpan iaitu di dalam akuarium di sebuah klinik gigi.Akhirnya,sampailah hajat dan misi pengembaraan Marlin dan Dory.

Walau kisah Finding Nemo tidak habis di situ,tetapi saya hentikan di sini sinopsis cerita tersebut.

Dari cerita di atas,saya suka membawa anda semua untuk mengimbas semula kisah pengembaraan Marlin.

1.Apa agaknya akan jadi jika Marlin tidak menemui Dory?

Dory walaupun mempunyai penyakit short-term memory loss,namun dia amat baik hati ,berani mencuba sesuatu yang baru dan tidak mudah putus asa.Sifat inilah yang susah untuk kita perolehi terutama apabila kita membuat sesuatu yang baru dan atas sebab inilah kita perlukan MENTOR.

Mentor dari 1 sudut mungkin ada kelemahan,tapi dari 1 sudut lain,Mentor kadangkala menjadi pembakar semangat.Kadangkala menjadi sumber inspirasi.Kadangkala menjadi tempat merujuk.Kadangkala menjadi rakan ketika susah.Tak mustahil juga pada suatu hari kita pula yang membantu Mentor.

2.Apa agaknya yang terjadi jika Dory tidak ada di sisi Marlin ketika Marlin bertemu Bruce?

Mungkin sahaja Marlin menjadikan Bruce sebagai Mentor yang akhirnya misi entah ke mana dan lebih malang lagi,Marlin sendiri mungkin menjadi mangsa si Bruce.

Dengan erti kata lain,amat bahaya jika kita bergerak sendirian di sebuah dunia yang baru.Risiko yang datang sudah tentu tidak terduga.Yang disangka Mentor rupanya pemangsa.

3.Ketika Marlin dan Dory putus hala tuju di tengah-tengah kumpulan plankton,apa yang Dory telah katakan? “Kalau kita nampak 1 peluang/harapan,kita kena berani mencuba.”-Lihat,mentor juga memberi idea ketika kita kebuntuan.

Alhamdulillah,saya telah cuba kongsikan sebaik mungkin apa erti dan kepentingan Mentor.

Lalu,mungkin ada yang berfikir begini. Mentor pun manusia.Ada kelemahan.Mereka juga ada misi mereka sendiri.Kita tidak boleh mengharap pada mereka sahaja.Lalu bagaimana?

Sabar teman-teman.Untuk maju kehadapan bukan dengan membuat 1 langkah sahaja.Ia perlu diteruskan dengan langkah-langkah seterusnya.

Berminat untuk melihat apa langkah yang perlu dibuat seterusnya,bolehlah PM/call/sms saya di 019 754 3130.

Ingat,saya tak mampu mengubah diri anda,anda harus mengubah diri anda sendiri.

Erti hidup dengan memberi.

Zaiton Othman.
Ajen Shaklee anda.



Oh Abdul Aziz......


Bismillah hirrahman nirrahim..
Dalam entri kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang anak sulung saya Abdul Aziz bin Mohd. Rizal.
Saya mulakan begini...

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Abdul Aziz adalah anak sulung kami.Kini umurnya sudahpun 9 tahun.Alhamdulillah.

Sejak dari bayi,kami diuji olehNya dgn eczema yang Abdul Aziz hidapi. Kalau nak dikenang,bermacam ragam dan kerenah Abdul Aziz yang telah kami hadapi dengan penuh kesabaran berkat doa semua,termasuk doa dari arwah emak tersayang. Mana ada mak yang tidak mahu melihat anaknya sihat dan cergas.Mana ada nenek yang tidak risau melihat cucunya menggaru sana menggaru sini.
Dalam sesi perjumpaan kami dengan doktor kesihatan dan doktor pakar kulit, semuanya menyarankan kami menggunakan krim2 anti radang kulit untuk meredakan eczema Abdul Aziz. Apa yang membimbangkan saya, krim2 tersebut mengandungi steroid yang dikatakan akan memberikan kesan masa panjang. Bermulalah episod Abdul Aziz berbekalkan krim steroid ini walau kemana sahaja. Alhamdulillah,semakin hr eczema Abdul Aziz menampakkan peningkatan dari segi kadar kesembuhannya.Bermacam ikhtiar dan bermacam usaha yg telah kami lakukan demi mahu melihat Abdul Aziz boleh riang gembira bermain tanpa dibatasi oleh enzimanya.

Setelah Abdul Aziz berumur 4 tahun, kami sepakat untuk menghentikan khidmat krim2 anti radang terhadapnya. Kami perlu lebih peka untuk mengawasi Abdul Aziz agar tidak menggaru, supaya eczemanya tidak melarat.


Allah Maha Berkuasa

Baru2 ini,eczema Abdul Aziz muncul lagi. Kali ini pada bahagian pergelangan kakinya.agak teruk juga keadaannya.puas kami usahakan,namun tetap belum menampakkan kesan.Agak risau dengan keadaan anak saya itu,atas nasihat dan idea seorang kawan,saya pun membaca tentang Omega Guard,produk dari Shaklee. Setelah meneliti bahan bacaan yg berkaitan berserta pautan2 yg menyokong hasil tulisan yang saya baca itu,maka saya rasa ada sinar harapan untuk saya usahakan apa yg terbaik untuk Abdul Aziz kali ini.

Setelah berbincang dengan suami,Alhamdulillah kami mendapat kata persetujuan.Double Alhamdulillah juga,duit hasil jualan sabun 3U masih ada ditangan. Dengan diiringi doa dan tawakal kpd Allah swt,saya pun memesan order Omega Guard dari syarikat Shaklee menggunakan duit hasil jualan sabun 3U.

Eczema kembali lagi
Setelah 4 hari = 4 biji pengambilan Omega Guard sebagai vitamin tambahan


Triple Alhamdulillah.nampaknya ada keserasian selepas pengambilan Omega Guard berkenaan.Lega rasanya hati ini. Kini Abdul Aziz tidak lagi menggaru dek kerana gatalkan kakinya dan dia pun  tidak perlu lagi berasa malu kerana kulit kakinya sudah semakin sembuh. Dan yang paling penting bagi saya, kami sudah benar2 berhenti daripada menggunakan krim anti radang yang mempunyai steroid :)
Ya Allah aku amat gembira dengan keadaan anakku kini.

Untuk menzahirkan kegembiraan ini, saya kongsikan pengalaman saya ini kepada kawan2 dan teman2 sekalian. Semoga ada manafaatnya kalaupun tidak secara langsung.


Bagi mereka2 yang mengalami masalah yang sama,bolehlah pm saya masalah anda. Saya akan bantu anda semampunya. Saya juga gembira jika melihat anda semua gembira. Kita cuma perlu ingat 1 perkara,penyakit itu datang dari Allah, dan dariNya juga kesembuhan itu datang. Tugas kita hanya ikhtiar,usaha dan diiringi dengan doa.

Semoga perkongsian memberikan manfaat.
terima kasih kerana meluangkan masa :)
Erti hidup pada memberi :).



Zaiton Othman (965312)
0197543130
zaitonothman81@gmail.com



Monday, 2 September 2013

Energizing Soy Protein - ESP



Bismilla hirrahman nirrahim....

Tada... seperti yang dijanjikan, entri kali ni saya akan kongsikan tentang Shaklee ESP - Energizing Soy Protein


Saya dah ceritakan pengalaman saya dengan ESP dalam entri terdahulu klik disini. Betapa bersyukurnya saya ditemukan dengan ESP. Walaupun dalam keadaan secara tidak sengaja. Sungguh hebat aturan dari Allah, Alhamdulillah..

Dengan izin Allah, ESP banyak membantu saya. sebagai seorang ibu yang masih lagi menyusukan, ESP membantu saya lebih rasa cergas dan lebih bertenaga. Bayangkanlah nak uruskan keperluan suami tercinta, 5 orang anak-anak bijak berbagai karenah dan menguruskan rumahtangga juga.

ESP merupakan protein dari jenama Shaklee. Oleh kerana komposisi utama susu adalah protein, apabila badan ibu mendapat protein yang cukup maka ia dapat membantu menambah pengeluaran susu  ibu. susu yang dihasilkan juga lebih berkualiti dan lebih pekat.Berdasarkan pengalaman saya dari anak pertama hingga yang ke-empat, saya akan kering susu apabila anak-anak berumur sekitar 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah untuk anak yang kelima ini, bekalan susu masih mencukupi walaupun anak saya kini telah berusia 1 tahun 10 bulan. Semoga dapat mencapai target saya untuk menyusukannya sehingga berumur 2 tahun InsyaAllah.



Lagi tentang Khasiat Energizing Soy Protein (ESP)



Apa yang saya ingin sampaikan kepada anda ESP Shaklee memang terbaikk! :)

Semoga perkongsian memberikan manfaat buat semua.
terima kasih meluangkan masa anda :)



Hanya yang TERBAIK untuk semua. Buatlah pilihan yang bijak :)


Zaiton Othman (965312)
0197543130
zaitonothman81@gmail.com














Monday, 19 August 2013

Alamak Bawasir Dalaman!



Bismilla hirrahman nirrahim

Alhamdulillah, berjaya gak saya siapkan entri ni :). Almaklum dengan 5 orang bodyguard kecil ni...agak mencabar untuk ummi duduk menaip depan komputer.. hehe

Hari ni saya nak kongsi dengan anda semua tentang nikmat yang Allah berikan pada kita. Nikmat apa tu? Nikmat kesihatan.... 

Nikmat kesihatan mesti ramai tak perasankan termasuklah saya. Bila diserang bakteria dan terganggu sihatnyer barulah sedar... 'Ya Allah bestnyer kalo x rasa sakit cam ni'..

Ceritanya bermula begini...

      Selepas melahirkan anak yang kelima hujung tahun lepas, saya sering rasa sakit kalo nak 'membuang' (maaf yer guna bahasa senang paham). lepas tu siap berdarah2 lagi. Kesannya, saya jadi fobia nak pergi tandas. Bila saya pergi ke klinik dan bagitau simptom-simptom yang saya lalui, doktor bertugas kata saya ada 'inner bawasir'.  Apa pulak la inner bawasir, tak pernah dengar pun. ( sebenarnya tak pernah ambil tahu pun tentang bawasir huhu...).

Jom kita baca info yang saya jumpa tentang bawasir dalaman..

Pendarahan dari dubur boleh berlaku kepada mana-mana individu. Terdapat 2 punca rasa sakit yang biasa di rasakan oleh individu yang membawa kepada simptom-simptom bawasir. 
  1. Jika rasa sakit datang dari dubur semasa atau selepas tinja dibuang. dan ada rembesan darah selepas itu, kemungkinan darah tersebut terhasil daripada rekahan atau koyakan kecil dalam lapisan dalam saluran dubur.
  2. Jika tiada rasa sakit, darah mungkin terhasil daripada bawasir.
gambarajah menunjukkan bawasir yng berlaku pada vena sebelah kanan.

      Vena sebelah kiri adalah vena yang normal manakala bawasir telah berlaku pada vena di sebelah kanan (seperti dalam gambarajah) mungkin bawasir luaran atau bawasir dalaman. Bawasir dalaman berkembang pada tepi bahagian luar dubur dan mungkin dapat dirasa apabila kita membuang air besar.

      Bawasir adalah kusyen dubur yang telah tertolak kebawah saluran dubur.Bahagian ini merupakan gumpalan lembut yang mudah tercedera apabila tinja melaluinya. Pendarahan dari bawasir dalaman kelihatan mencemaskan tetapi tidak begitu serius.Bawasir ini terjadi kerana proses meneran semasa membuang air besar.


Pegawai perubatan yang saya temui menasihatkan supaya saya mengurangkan makan makanan pedas untuk mengelakkan bawasir ini berlarutan. 

Bermulalah satu episod 'jaga makan' dalam kamus hidup saya huhu.. saya pulak berasal dari johor.. sekali bila makan tak der sambal raser macam dalam 'pantang' la pulak.. kurang kenikmatannya. Sekali sekala curi-curi juga makan pedas, berjaga-jagalah bila pergi tandas lepas tu... haru-biru.. huhu..


Sayang punya pasal.. 

Dipendekkan cerita, satu hari semasa saya balik ke rumah mertua. Kakak ipar saya bagi ESP shaklee pada saya. Katanya dia tak lalu nak minum. Bau dan rasa soya yang amat kuat. Kakak ipar saya ni memang tak minum air soya dan dia baru lepas bersalin masa tu. Dapat ESP pun dari kawan, untuk membantu dia memperbanyakkan lagi hasil pengeluaran susu ibu, nak dijadikan stok bila mula bekerja nanti.

Saya sebenarnya pun memang kurang minat kalo bab-bab makanan tambahan ni. Sayang kakak ipar punya pasal... ambik jugaklah, percuma lagi pun hehe... Bila dah sampai umah saya semula, seminggu ESP tu tak bersentuh. sehinggalah anak saya Abdul Hadi bertanya kat saya.

Abdul Hadi : " Ummi, kenapa hadi tak pernah tengok ummi buat air yang cik Ta bagi tu. Tak  
                         sedap eh."
Saya           :  " Ummi blom rasa pun lagi.karang ummi buat eh. Tak pe sekarang masih bulan 6. 
                         Xpired date
                         bulan tujuh.Sempat lagi."
Abdul Hadi :  " Apa la ummi ni. Tak baik membazir tau ummi. Rezeki tu."
 ( Wah sudah kene komplen ngan anak sendiri... )

Sayang anak punya pasal dan sayang rezeki yang Allah bagi saya pun mula la buat ESP. Emmm boleh tahan sedap.Bermula dari hari itu, ESP menjadi minuman untuk sarapan pagi saya. saya buat ESP campur Milo. hoho... so yummy.. dan sehingga kini ianya menjadi menu sarapan pagi yang terbaik untuk saya.


Allah Maha Berkuasa

Selepas seminggu mengambil ESP sebagai menu sarapan saya, saya mula rasa kelainan.

  1. Badan rasa lebih bertenaga.
  2. Selera makan dapat dikawal 
  3. Tiada lagi sembelit
  4. Inner Bawasir saya sembuh ( ni yang paling best)
  5. Tiada lagi masalah keputihan (Extra)
  6. Perut yang buncit pun dah susut...( Extra lagi)
  7. Pengeluaran susu badan pun amat memberansangkan (saya masih lagi menyusukan anak saya berumur 1 tahun 10 bulan - Super Extra)  
Allahuakbar.. gembiranya hati tak terkata. Sujud syukur saya. Benarlah doa itu senjata orang mukmin. Setiap hari saya berdoa Allah sembuhkan bawasir saya. Bukan saja bawasir saya dapat dirawat, Allah bagi lebih, dan lebih lagi nikmat... dengan ESP shaklee :) Alhamdulillah... 

Dengan itu, saya mengambil langkah untuk memasuki dunia shaklee. Jika Allah berikan ESP untuk membantu dalam masalah kesihatan saya. Saya juga mahu orang lain mendapat manfaat dari vitamin-vitamin Shaklee untuk membantu dalam masalah kesihatan mereka. InsyaAllah..

Untuk entri akan datang, saya akan kongsikan berkenaan ESP dari Shaklee yer. InsyaAllah.
Terima kasih meluangkan masa anda :).



  Menu Sarapan favourite: Epok-epok (home made) & ESP + coklat


Hanya yang TERBAIK untuk diri, keluarga dan masyarakat...


Zaiton Othman (ID 965312)
0197543130


Sunday, 14 July 2013

Travelog- Ikhlas Kerana Allah

Bismillah hirrahman nirrahim...

Dalam usaha saya menerapkan sifat mahmudah- Ikhlas terhadap anak2.


Abdul Hadi : Ummi, pegilah masak kat dapo..
Saya            : Aik, sekarang ker? Sape yang nak makan? Kan semua orang puasa.
Abdul Hadi : Ala... kita nak g toilet ni, x de orang nak teman.
Saya            : oooo tu yang sebenarnya...( hanya dalam hati).

Saya pun panggil Ain Sofiah, minta tolong dia temankan Abdul Hadi ke toilet. Sebab saya sedang menidurkan Ainul Huda. Tiba2 Abdul Halim bersuara,

Abdul Halim : kenape kene teman ummi? Ade ape kat dapo?
Saya              : x de ape2 pun kat dapo tu.
Abdul Halim : Dia takut hantu la tu. Semalam halim g toilet, halim tengok kat dapo tak
                         de hantu pun..
Ain Sofiah     : hantu mana ader, kan syaitan semua tu, bulan puasa ni semua syaitan  
                         kan kene ikat.
Abdul Hadi   : cepatlah adik, nak teman ke tak ni? Ikhlas ke tak nak teman abang ni?
Ain sofiah     : Yelah..yelah.. adik nak g teman la ni...

Dalam diam saya berfikir, belum cukup ikhlas lagi ank2 saya ni.perlu berusaha lagi untuk diri dan keluarga.


Moralnye... Bila kita dapat merasai 'Ikhlas kerana Allah' kita pasti akan YAKIN Allah itu  wujud. Dan tidak ada sebarang perkara yang boleh memberikan kemudaratan dan kelebihan kepada kita tanpa izinNya.

Mengambil kata dari mentor saya " Ikhlaskan diri kita dalam membantu orang lain, InsyaAllah, apa yang kita hajati akan diperolehi".

' The more u give, the more u get back' .

Langkah pertama saya ialah :

Saya MAHU  membantu anda mengenali supplement terbaik buat keluarga anda!




Zaiton Othman (ID965312)
0197543130
zaitonothman81@gmail.com



Saturday, 13 July 2013

Ahli Tupperware???


Bismillah hirrahman nirrahim...

Entri kali ni, saya nak berkongsi dengan anda kenapa saya dan anda mesti jadi 'AHLI TUPPERWARE'.

Hehe mesti ramai yang terfikir kenapa tak beli jer? Tak perlu bayar yuran keahlian.

Berdasarkan pengalaman saya, sekali dah jatuh cinta ngan produk tupperware ni... huhu memang melekat di hati. Anda pasti akan membeli...dan membeli... dan membeli dan terus membeli... cuba bayangkan anda membeli sebagai ahli tupperware.. diskaunnya mesti berganda2.. hehe sangat berbaloi.

Andaikata ada kenalan-kenalan anda yang inginkan produk tupperware, anda hanya perlu menunjukkan katalog kepada mereka. InsyaAllah... masyuk :).
Saya sedang melaluinya.. hanya dengan sekeping katalog, tanpa perlu berkata2 pun saya masih boleh mendapat order.. Alhamdulillah :).

Tunggu ape lagi. Jom join saya dan mentor2 hebat dalam Team Power.
Satu2nya team yang supportive & mempunyai semangat kekeluargaan yang tinggi.








Monday, 8 July 2013

Kenali Blog

Assalamualaikum,

Pagi ni kami di faezarham.blogspot.com nak berkongsi sedikit tentang perkara-perkara asas yang patut diketahui oleh mana-mana individu yang baru nak berkecimpung dalam dunia blog. Kalau lesen kereta, entri pagi ni mcm buku yang sekolah memandu bagi kat kita untuk hafal before ambil exam bertulis tu la. Memang entri introduksi kepada dunia blogging.

Sebenarnya, kandungan di dalam entri ini adalah sedutan daripada mini-tutorial yang kami sediakan semalam untuk para pelanggan yang memerlukan bantuan pihak Zulfae Solution membangunkan blog bagi pihak mereka. Kami merasakan yang para 'pelanggan' terutama yang baru pertama kali ingin terlibat dalam dunia blog perlu diberi pendedahan asas sebelum blog mereka dibangunkan sebab setiap individu mempunyai cita-rasa yang berbeza. Sesetengah orang sukakan blog yang comel dan pinki manakala individu lain mungkin sukakan blog yang 'clean and clear'. Dan oleh kerana kami merasakan yang nama, alamat blog dan gaya sepatutnya lebih bersifat personal dan mencerminkan jati diri blogger, kami rasa adalah menjadi tanggung jawab kami untuk pimpin pelanggan kami dan juga pengunjung blog kami agar anda dapat memperoleh blog yang ideal bagi diri dan keperluan perniagaan atau institusi anda.

Kita mulakan perjalanan mengenali blog kita ni dengan melihat gambarajah dibawah. Lihat dengan muka yang senyum dan beritahu diri anda "senang je blog ni, tak banyak pun nak kena amik kisah". Ye, blog memang senang tuan-tuan dan puan-puan. Sungguh mudah sekiranya kita faham apa yang dia tawarkan dan tahu apa yang kita nak buat dengannya. Ok, dah puas tengok gambarajah ni dah? Oh, belum lagi. Ok ok..tengok dulu. Dah habis, skroll down sebab kita nak sembang sikit setiap part yang kita highlight ni okay? Cun :)



Alamat blog:

Ini adalah amat penting. Pengunjung akan sampai ke blog anda melalui alamat ini. Cuba fikirkan alamat blog yang tidak terlalu panjang dan tidak sukar untuk dieja seperti arnoldschwarzenegger.blogspot.com (contoh).

Bagaimana untuk tahu alamat itu masih wujud atau pun tidak? Senang je, katakana anda nak alamat tu adalah sususihat.blogspot.comCuba taip alamat tu di Internet browser anda (Chrome ke Firefox ke). Kalau keluar blog orang lain, maksudnya alamat blog tu telah diambil orang la. Cuba alamat yang lain pulak. Gambar dibawah menunjukkan yang alamat blog kami adalah faezarham.blogspot.com. 

Latihan: Cuba check sususihat.blogspot.com dimiliki oleh siapa?

Hukumnya: Wajib ada.


Nama Blog:

Ini lah identity blog anda. Nama yang terpapar di banner blog anda. Nama blog tidak semestinya sama dengan alamat blog. Namun, kebiasaannya blogger menggunakan nama blog yang hampir sama dengan alamat blognya. Contohnya, blog kami menggunakan faezarham.blogspot.com dan nama blog yang kami pilih adalah Faeza & Arham.

Latihan: Cuba google "Shaklee Blog" dan tengok hasilnya. Cuba tengok apa nama-nama blog top Shaklee. Pada hemat kami, nama-nama blog top Shaklee lebih bersifat kekeluargaan. Anda rasa bagaimana?

Hukumnya: Wajib Ada


Tag Line :

Tag line adalah seperti deskripsi blog anda. Contoh tagline; Sihat Cantik Menawan dengan Shaklee atau Shaklee Independent Distributor. Secara asasnya, bila pengunjung bukak je blog anda, terus dia tau blog anda ni blog apa. Macam tagline di atas tu, pengunjung terus la faham yang blog ni blog pengedaran Shaklee. Be creative.

Hukumnya: Sunat


Kategori:

Kategori ni sebenarnya memudahkan pengunjung anda melayari blog anda. Katakan anda pengedar Shaklee dan Premium Beautiful, anda boleh gabungkan dua usaha murni anda ni dalam satu blog. Kita boleh buat dua kategori, Shaklee dan Premium Beautiful. Jadi, bila pengguna klik butang kategori Shaklee, hanya post-post berkaitan Shaklee sahaja lah yang dipaparkan. Begitu juga dengan Premium beautiful. Sekiranya anda hanyalah pengedar Shaklee, anda boleh gabungkan dengan kategori-kategori yang lain seperti perkongsian ilmu kesihatan atau kecantikan atau perihal mendidik anak-anak. Apa sahaja yang bermanfaat.

Kenapa saya cadangkan begini? Bukan nak tambah kerja anda tetapi nak bagi lebih banyak pengunjung yang jumpa blog anda sebab blog anda informatif. Ada nilai tambah. Contohnya seperti blog contoh kami, saya bercadang untuk kongsikan ilmu pemasaran dan tips blog. 

Malah, blog sahabat kami, mariafirdaus.com.my juga berkongsi pelbagai maklumat yang cukup menarik. Ada motivasi, hal kesihatan, kecantikan, keagamaan dan Shaklee. Tidak la saya nak suruh anda buat sedimikian, tapi cuba tanya diri anda, selain dari Shaklee, apa yang anda ingin kongsikan dengan orang lain. Benda yang anda suka dan minat. Benda yang kalau orang tak suruh pun anda nak menulis dan post jugak. Kalau dapat yang macam tu.. awesome!

Tips #1: Anda boleh join-force dengan pasangan untuk memeriahkan lagi kandungan blog anda. Dua orang, dua minat berbeza (hatta minat yang sama pun tidak mengapa). Secara tidak langsung, blog anda akan menjadi lebih informatif. 

Things to ponder: Ramai orang boleh ada blog seperti ramai yang boleh masak nasi goreng. Tapi, nasi goreng pun ada maqam dan pengisian yang berbeza. Ada nasi goreng kosong, ada nasi goreng yang penuh dengan isi. Rata-rata kita mestilah gemar nasi goreng penuh isi kan, begitu juga lah pengungjung blog. Mereka sukakan blog yang penuh dengan maklumat dengan gaya yang santai (Kalau ilmiah sangat, rasa macam back to school pulak nanti.)

Tips #2 : Elakkan dari copy paste semata-mata. Walaupun copy paste lebih baik dari kosong, jadi la luar biasa dengan tulis dengan gaya bahasa dan style anda. Acapakali, bahasa yang macam kita tulis email atau message di Facebook lebih mudah diterima pengunjung dari bahasa yang kaku seperti bahasa buku. So, kalau la anda jumpa satu artikel menarik di majalah ke atau website rasmi (Health Digest contohnya), anda baca, fahamkan dan tulis dengan gaya bahasa anda. Bam! Unique content detected. Kena pulak gaya bahasa anda sama frequency dengan gaya bahasa org yang search kat Google. Terpaksa la orang tu datang ke blog anda dan rela ke tidak, terpaksa la anda biarkan dia baca artikel yang dia nak baca berserta dengan entri-entri Shaklee anda yang lain. Dalam 100 yang masuk, takkan 5 pun tak lekat kan. Kalau 1000 per hari? Haa, dah berapa tu?

Hukumnya: Sunat yang dituntut.


Page Fan FB

Ini merupakan amat penting. Blog tanpa Fan FB ibarat telaga yang kontang. Statik dan kurang bermaya. Dengan adanya FB fan page dan pengunjung like fan page anda anda sebenarnya bagaikan telah berjabat tangan dan bertukar-tukar kad perniagaan. Manakan tidak, bila dia dah like fanpage anda, setiap yang anda post di FB Fan page anda, besar kemungkinan akan terpapar di wall fan anda. Justeru, apa juga yang anda post di blog (still kena post di blog, untuk amik hati Google), repost ke Facebook Fan Page. So kalau taka da lagi, kita kena buat la. Rugi sangat-sangat kalau tak buat.

Tips #3: Elakkan pakai tool yang repost entri blog anda ke Facebook secara automatik. In fact, saya berani kata JANGAN PAKAI. Siap dengan huruf besar lagi. Tapi kenapa? Kan mudah ye tak? Betul, memang mudah. Tapi jom kita recall balik, apa tujuan kita repost kat FB? Sebab kita nak lebih ramai yang aware pasal entri blog kita kan? Tapi kalau kita pakai tool yang automatically repost to our FB fan page tu, kita bagaikan dengan sengaja sabotaj diri dan blog kita sebab Facebook dengan muka selamba badaknya dan dengan sengajanya meng-anak tirikan mana post yang dibuat oleh automatic tool tu. Elok-elok 400 dari 1000 kawan anda boleh tengok apa yang anda post (secara manual), kalau pakai tool, silap-silap tak sampai 100 pun. Itu lah cerita sebenarnya. Lebih lanjut anda boleh baca kat sini : http://www.elirose.com/2011/05/networked-blogs/

Ala, bukannya susah pun untuk repost manually. Tak sampai 30 saat. Copy alamat entri kat browser tu, masuk FB dan paste. Komen la sikit-sikit dan hantar. Siap. Jika anda mmg tidak pernah berhajat untuk menggunakan tool automatik ini, tahniah kami ucapkan kerana anda adalah orang yang rajin dan bersemangat waja.

Hukumnya: Wajib


Instagram Feed.

Bergantung pada Mak Shaklee anda, hukum instagram boleh jatuh sunat ataupun wajb. Apa yang bagus dengan Instagram Feed ini, ia akan membuatkan blog anda kelihatan lebih personal dan jujur. Secara tanpa sedarnya, pengunjung bagaikan telah di program yang manusia kalau dia dedahkan nama dan mukanya secara terbuka demikian, manusia ini lebih takut untuk menipu atau memperdayakan pengunjung. Sebab tu kita lihat, blog Shaklee yang top-top, rata-rata owner mereka tidak bersembunyi disebalik screen kan. Semuanya tunjuk profile picture atau instagram feed dengan yakinnya. Keyakinan ini lah yang akan terpindah kepada pengunjung blog anda. Tapi ingat, memandangkan apa yang anda share di Instagram adalah bersifat ‘public sharing’, jangan la tersilap hantar pulak ye. Susah nanti.

Nota: Untuk dptkan akaun instagram, anda memerlukan telefon pintar (Android ataupun iPhone) dan install Instagram app dari market (Google Play untuk Android, Apple Apstore untuk iPhone). Register akaun dari app tersebut.

Hukumnya: Sunat / Wajib



Okay, dah habis dah sembang-sembang kita pasal perihal asas blog. Sebenarnya tak la asas sangat bila kita dah cakap implikasi dan kelebihan setiap perihal di atas tu.

Next entry akan saya letak sekali soalan-soalan yang boleh anda gunakan sebagai panduan memperoleh blog impian anda. Kepada mereka yang rasa nak minta kami bantu mereka realisasikan blog kalian, cuba jawab soalan-soalan dibawah dan kita sembang di FB untuk fine tune blog yang macam mana anda ingin kami buatkan. Lagi detail anda boleh jawab, lagi awesome la anda :)


 

Panduan Blog

Segala catatan di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis.

Produk-produk yang di tonjolkan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

Berikan diri anda makanan kesihatan yang berkualiti.

'Mencegah itu lebih baik dari mengubati'

Chat

Dikuasakan oleh

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.