Bismillah hirrahman nirrahim..
Dalam entri kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang anak sulung saya Abdul Aziz bin Mohd. Rizal.
Saya mulakan begini...
Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.
Abdul Aziz adalah anak sulung kami.Kini umurnya sudahpun 9 tahun.Alhamdulillah.
Sejak dari bayi,kami diuji olehNya dgn eczema yang Abdul Aziz hidapi. Kalau nak dikenang,bermacam ragam dan kerenah Abdul Aziz yang telah kami hadapi dengan penuh kesabaran berkat doa semua,termasuk doa dari arwah emak tersayang. Mana ada mak yang tidak mahu melihat anaknya sihat dan cergas.Mana ada nenek yang tidak risau melihat cucunya menggaru sana menggaru sini.

Dalam sesi perjumpaan kami dengan doktor kesihatan dan doktor pakar kulit, semuanya menyarankan kami menggunakan krim2 anti radang kulit untuk meredakan eczema Abdul Aziz. Apa yang membimbangkan saya, krim2 tersebut mengandungi steroid yang dikatakan akan memberikan kesan masa panjang. Bermulalah episod Abdul Aziz berbekalkan krim steroid ini walau kemana sahaja. Alhamdulillah,semakin hr eczema Abdul Aziz menampakkan peningkatan dari segi kadar kesembuhannya.Bermacam ikhtiar dan bermacam usaha yg telah kami lakukan demi mahu melihat Abdul Aziz boleh riang gembira bermain tanpa dibatasi oleh enzimanya.
Setelah Abdul Aziz berumur 4 tahun, kami sepakat untuk menghentikan khidmat krim2 anti radang terhadapnya. Kami perlu lebih peka untuk mengawasi Abdul Aziz agar tidak menggaru, supaya eczemanya tidak melarat.
Allah Maha Berkuasa
Baru2 ini,eczema Abdul Aziz muncul lagi. Kali ini pada bahagian pergelangan kakinya.agak teruk juga keadaannya.puas kami usahakan,namun tetap belum menampakkan kesan.Agak risau dengan keadaan anak saya itu,atas nasihat dan idea seorang kawan,saya pun membaca tentang Omega Guard,produk dari Shaklee. Setelah meneliti bahan bacaan yg berkaitan berserta pautan2 yg menyokong hasil tulisan yang saya baca itu,maka saya rasa ada sinar harapan untuk saya usahakan apa yg terbaik untuk Abdul Aziz kali ini.
Setelah berbincang dengan suami,Alhamdulillah kami mendapat kata persetujuan.Double Alhamdulillah juga,duit hasil jualan sabun 3U masih ada ditangan. Dengan diiringi doa dan tawakal kpd Allah swt,saya pun memesan order Omega Guard dari syarikat Shaklee menggunakan duit hasil jualan sabun 3U.
Eczema kembali lagi
Setelah 4 hari = 4 biji pengambilan Omega Guard sebagai vitamin tambahan
Triple Alhamdulillah.nampaknya ada keserasian selepas pengambilan Omega Guard berkenaan.Lega rasanya hati ini. Kini Abdul Aziz tidak lagi menggaru dek kerana gatalkan kakinya dan dia pun tidak perlu lagi berasa malu kerana kulit kakinya sudah semakin sembuh. Dan yang paling penting bagi saya, kami sudah benar2 berhenti daripada menggunakan krim anti radang yang mempunyai steroid :)
Ya Allah aku amat gembira dengan keadaan anakku kini.
Untuk menzahirkan kegembiraan ini, saya kongsikan pengalaman saya ini kepada kawan2 dan teman2 sekalian. Semoga ada manafaatnya kalaupun tidak secara langsung.
Untuk menzahirkan kegembiraan ini, saya kongsikan pengalaman saya ini kepada kawan2 dan teman2 sekalian. Semoga ada manafaatnya kalaupun tidak secara langsung.
Bagi mereka2 yang mengalami masalah yang sama,bolehlah pm saya masalah anda. Saya akan bantu anda semampunya. Saya juga gembira jika melihat anda semua gembira. Kita cuma perlu ingat 1 perkara,penyakit itu datang dari Allah, dan dariNya juga kesembuhan itu datang. Tugas kita hanya ikhtiar,usaha dan diiringi dengan doa.
Semoga perkongsian memberikan manfaat.
terima kasih kerana meluangkan masa :)
Erti hidup pada memberi :).
Semoga perkongsian memberikan manfaat.
terima kasih kerana meluangkan masa :)
Erti hidup pada memberi :).
Zaiton Othman (965312)
0197543130
zaitonothman81@gmail.com
No comments:
Post a Comment