Social Icons

Tuesday, 3 September 2013

Apa itu Mentor.

Saya teruskan lagi begini...

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Kepentingan adanya mentor dalam bisnes dan kita berhubung dengannya adalah sama pentingnya hubungan antara anak murid dengan guru dalam sistem pendidikan.Mungkin ia bukanlah contoh yang tepat,tapi ia adalah contoh dan gambaran yang terdekat yang dapat saya gambarkan untuk dipahami oleh teman-teman.

Atau pun saya bagi contoh begini....

Pernah melihat cerita terbitan Walt Disney Pictures/keluaran Pixar Animation Studios yang bertajuk Finding Nemo? Kenapa Finding Nemo? Maklumlah,saya ni bekas pelajar Multimedia.Jadi unsur-unsur yang ada kaitan dengan multimedia itu menarik minat saya.

Finding Nemo.

Mungkin ada yang sudah tahu,Finding Nemo adalah kisah sepasang clownfish bernama Marlin dan isterinya Coral.Mereka pasangan yang gembira dan bakal menerima anak di rumah baru mereka di Great Barrier Reef. Dalam keseronokkan mereka berbincang-bincang akan perihal masa depan dan angan-angan berdekatan dengan terumbu karang mereka,ditakdirkan tiba-tiba seekor baraccuda telah menyerang mereka yang mengakibatkan Coral dan telur-telurnya terkorban.Namun salah 1 telur telah terselamat dan telur itulah yang menjadi satu-satunya anak Marlin dan dinamakan Nemo.

Marlin dan anaknya Nemo.

Dipendekkan cerita Nemo pun membesar dan akhirnya pergi ke sekolah. Dek kerana sifat ingin tahu yang tinggi dan cabaran dari rakan-rakan dan keegoan,Nemo telah pergi ke laut lepas pada hari pertama dia ke sekolah.Akibat dari itu,Nemo akhirnya di tangkap oleh sepasukan penyelam skuba dan di bawa pergi.Tragedi ini berlaku di hadapan mata Marlin sendiri.

Di atas sifat kebapaan,Marlin memberanikan diri mengejar bot yang menangkap Nemo.Akhirnya kerana terlepas jejak,Marlin hampir sahaja putus asa untuk peneruskan pencarian Nemo.Di sinilah permulaan cerita pengembaraan seekor ikan terumbu karang ke laut lepas demi menuju satu MISI menyelamatkan anak tunggalnya-NEMO.

Dalam keadaan terpinga-pinga di tempat yang luas dan penuh cabaran tak terduga itulah,Marlin menemui Dory seekor regal blue tang yang baik hati dan optimis terhadap laut lepas.Dorylah yang membantu Martin dan bersama-sama mengembara mencari NEMO.

Sebenarnya Dory perasan akan bot yang membawa pergi Nemo.Kerana Martin menganggap Dory dapat membantunya,lalu Martin mengekori Dory dari belakang untuk menjejak semula Nemo.Kerana Dory mempunyai penyakit mudah lupa menyebabkan Dory lupa ke mana arah bot yang dia lihat tadi.

Dalam keadaan putus hala tuju inilah,Marlin dan Dory berjumpa dengan Bruce seekor jerung.

Selepas berjumpa denga Marlin dan Dory,Bruce telah membawa mereka ke tempat tinggalnya dengan umpan bahawa akan diadakan 1 party.Rupanya tempat tinggal Bruce terdapat 2 ekor jerung yang lain.Kumpulan jerung ini sebenarnya sedang cuba untuk menjadi vegiterian-dengan tidak memakan ikan. "Fish Are Friends, Not Food" ini adalah slogan yang mereka war-warkan ketika Marlin dan Dory mula-mula sampai ke tempat mereka.

Entah bagaimana,ketika memperkenalkan diri pada kawan-kawan Bruce,berlaku perselisihan faham antara Dory dan Martin menyebabkan mereka bergaduh kecil yang mengakibatkan pendarahan kecil pada Dory.Pada ketika inilah juga Martin ternampak mask yang dipakai oleh salah seorang penyelam skuba yang telah terjatuh sebelumnya. Darah yang keluar dari luka kecil pada Dory tadi telah mengakibatkan Bruce hilang kawalan.Akibat hilang kawalan,Bruce telah terlupa dengan slogannya lalu mengejar mereka berdua.Nasib menyebelahi Martin dan Dory mereka terselamat dari Bruce dengan menggunakan kebijaksanaan dan tipu helah mereka.

Setelah terselamat dari kumpulan jerung ganas itu,Dory telah dapat membaca tulisan pada mask yang mereka jumpai sebelum itu.Berdasarkan hint yang tertulis Sydney itulah mereka meneruskan pengembaran mereka.

Kemudian dalam pengembaraan itu lagi Marlin dan Dory telah menemui sekumpulan moonfish.Moonfish itulah yang menunjukkan tunjukarah menuju ke Sydney tetapi mereka perlu melalui EAC.Dalam perjalanan menuju ke EAC itu,Martin dan Dory telah terperangkap di dalam jellyfish.Insiden itulah yang membawa mereka bertemu dengan seekor kura-kura bernama Crush yang telah membawa mereka ke East Australian Current (EAC)-sebuah highway bawah laut.Di current itu jugalah mereka bertemu dengan sekumpulan kura-kura kecil lain yang bergerak bersama Crush.

Marlin yang begitu gembira dalam suasana itu telah berkongsi ceritanya dengan kumpulan kura-kura kecil itu.Dan dari situlah cerita pengembaraan Marlin dan Dory mengejar MISI mereka mencari Nemo diceritakan mulut ke mulut hingga merentasi lautan hinggalah sampai ke pendengaran Nigel,seekor burung Pelican yang tinggal di Sydney.

Setelah keluar dari lebuhraya EAC,Marlin dan Dory tersesat dalam kumpulan plankton yang akhirnya menyebabkan mereka di telan oleh seekor Paus Biru.Dalam pada Marlin sibuk untuk melepaskan diri dari dalam perut Paus Biru berkenaan,Dory telah berkomunikasi dengan Paus Biru itu.Memahami permintaan Dory,paus biru itu telah membawa mereka ke Port Jackson.Di situlah mereka berjumpa dengan Nigel,yang telah mengetahui kisah mereka.

Nigel,Marlin dan Dory menuju MISI mereka.

Mengetahui misi mereka, Nigel membawa Marlin dan Dory pergi ke tempat Nemo disimpan iaitu di dalam akuarium di sebuah klinik gigi.Akhirnya,sampailah hajat dan misi pengembaraan Marlin dan Dory.

Walau kisah Finding Nemo tidak habis di situ,tetapi saya hentikan di sini sinopsis cerita tersebut.

Dari cerita di atas,saya suka membawa anda semua untuk mengimbas semula kisah pengembaraan Marlin.

1.Apa agaknya akan jadi jika Marlin tidak menemui Dory?

Dory walaupun mempunyai penyakit short-term memory loss,namun dia amat baik hati ,berani mencuba sesuatu yang baru dan tidak mudah putus asa.Sifat inilah yang susah untuk kita perolehi terutama apabila kita membuat sesuatu yang baru dan atas sebab inilah kita perlukan MENTOR.

Mentor dari 1 sudut mungkin ada kelemahan,tapi dari 1 sudut lain,Mentor kadangkala menjadi pembakar semangat.Kadangkala menjadi sumber inspirasi.Kadangkala menjadi tempat merujuk.Kadangkala menjadi rakan ketika susah.Tak mustahil juga pada suatu hari kita pula yang membantu Mentor.

2.Apa agaknya yang terjadi jika Dory tidak ada di sisi Marlin ketika Marlin bertemu Bruce?

Mungkin sahaja Marlin menjadikan Bruce sebagai Mentor yang akhirnya misi entah ke mana dan lebih malang lagi,Marlin sendiri mungkin menjadi mangsa si Bruce.

Dengan erti kata lain,amat bahaya jika kita bergerak sendirian di sebuah dunia yang baru.Risiko yang datang sudah tentu tidak terduga.Yang disangka Mentor rupanya pemangsa.

3.Ketika Marlin dan Dory putus hala tuju di tengah-tengah kumpulan plankton,apa yang Dory telah katakan? “Kalau kita nampak 1 peluang/harapan,kita kena berani mencuba.”-Lihat,mentor juga memberi idea ketika kita kebuntuan.

Alhamdulillah,saya telah cuba kongsikan sebaik mungkin apa erti dan kepentingan Mentor.

Lalu,mungkin ada yang berfikir begini. Mentor pun manusia.Ada kelemahan.Mereka juga ada misi mereka sendiri.Kita tidak boleh mengharap pada mereka sahaja.Lalu bagaimana?

Sabar teman-teman.Untuk maju kehadapan bukan dengan membuat 1 langkah sahaja.Ia perlu diteruskan dengan langkah-langkah seterusnya.

Berminat untuk melihat apa langkah yang perlu dibuat seterusnya,bolehlah PM/call/sms saya di 019 754 3130.

Ingat,saya tak mampu mengubah diri anda,anda harus mengubah diri anda sendiri.

Erti hidup dengan memberi.

Zaiton Othman.
Ajen Shaklee anda.



No comments:

Post a Comment

 

Panduan Blog

Segala catatan di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis.

Produk-produk yang di tonjolkan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

Berikan diri anda makanan kesihatan yang berkualiti.

'Mencegah itu lebih baik dari mengubati'

Chat

Dikuasakan oleh

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.