Bismillah hirrahman nirrahim
Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.
Entri ni khas untuk ibu-ibu atau bakal2 ibu. Bapa2 pun boleh juga, mesti nak yang terbaik untuk ibu dan baby kan, adik2, kakak2 yang ada saudara tengah pregnant pun amatlah digalakkan membacanya.... Senang citer Entri ni saya share ngan semua orang.. haha...
Bila bercerita tentang berpantang ni, dah 5 kali saya melaluinya. Setiap kali berpantang, mesti ada pengalaman dan input baru yang saya dapat. Saya berpantang dikampung (rengit) dari anak pertama sampailah yang keempat. Berpantang di bawah jagaan mak saya.. fuhhhh syok bila mak jaga kita (walopun dah terlebih besonya hihi).
Untuk anak saya yang kelima, Ainul Huda, saya berpantang sendiri di senawang.. cara moden... (haha.. macam x berpantang pun sebenarnya ekekeke)
Masa berpantang anak kelima saya hanya ambil perkara-perkara yang asas sahaja untuk diaplikasikan.
Untuk anak saya yang kelima, Ainul Huda, saya berpantang sendiri di senawang.. cara moden... (haha.. macam x berpantang pun sebenarnya ekekeke)
Masa berpantang anak kelima saya hanya ambil perkara-perkara yang asas sahaja untuk diaplikasikan.
BERURUT
Penting sangat ke berurut ni? Ada sesetengah mommy yang kata tak payah berurut pun tak pe. Tapi bagi saya tersangat-sangatlah lah pentingnya. meh tengok sedikit input yang saya dapat tentang berurut.
========================================================================
Dipetik dari halaman :
http://www.babycenter.com.my/a1048836/berpantang-urut-mengurut#ixzz2o2J5X1jO
http://www.babycenter.com.my/a1048836/berpantang-urut-mengurut#ixzz2o2J5X1jO
========================================================================
Pencarian Tukang Urut
Sewaktu kandungan saya berusia 9 bulan, saya dan suami dah memulakan pencarian tukang urut bersalin yang berada di sekitar senawang untuk dituju ketika berpantang... cari punya cari... borak punya borak, akhirnya salah seorang staff suami saya merekemenkan seorang tukang urut yang jarak rumahnya lebih kurang 5km dari rumah kami. berdasarkan pengalamannya, staff suami saya sangat berpuas hati dengan urutan yang diberikan.
Selepas melahirkan Ainul Huda, kami ke rumah tukang urut yang dimaksudkan. Temujanji telah dibuat pada hari sebelumnya. Tukang urut lebih suka dipanggil dengan nama 'kak Kas'. berasal dari Indonesia, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Hari Pertama
Pengalaman pertama kali berurut dengan kak Kas memang best. Orangnya sangat peramah. Urutan dimulakan dengan bacaan doa dan surah An-Nas. Urutan adalah seluruh badan menggunakan minyak urut yang dihasilkan sendiri. Urutan akan dijalankan selama 2 jam. Ainul Huda diletakkan di sisi saya, supaya mudah untuk disusukan ketika dia haus. Urutan akan diulang sehingga 3 pusingan (meniarap dan terlentang).
Siap berurut, saya dipakaikan bengkung dan pilis. Sebelum berbengkung, bahagian perut akan di sapukan dengan losyen pati halia. Selepas berurut dan bengkung, badan rasa semakin mantap, perut pun makin selesa.
Ketika hendak pulang, kami dibekalkan dengan pelbagai jenis daunan (daun pandan, daun serai wangi, daun sireh,daun limau purut dan daun kunyit) untuk dimasukkan ke dalam air mandian saya. Daunan dibekalkan untuk stok 3 hari.
Ainul Huda pun siap dimandikan dan dibedakkan oleh kak Kas.. ( membahasakan dirinya sebagai 'Mak Kas' dengan Ainul Huda).
Hari Kedua
Urutan hari kedua, lebih tertumpu kepada bertungku. Selepas proses urutan seperti di hari pertama dan ditambah dengan sengkak. Sebagai penutupnya, saya ditungku dengan menggunakan batu sungai. wah... syoknya... sampai terlelap-lelap saya jadinya... haha... (buat malu jek :p). Proses bertungku dilakukan di seluruh badan. memang best.. percayalah!! hihihi..
Hari Ketiga
Pada hari ketiga, proses urutan berjalan seperti hari kedua. Saya mengambil khidmat urutan selepas bersalin selama 3 hari. secara keseluruhannya saya sangat berpuashati dengan urutan kak Kas. Banyak petua2 yang diberikan daripada petua semasa berpantang, menjaga anak, sehinggalah kepada petua untuk menjaga badan agar sentiasa cantik untuk suami tercinta hehehe..
Sewaktu hendak pulang, suami saya ada menegur... "ni dah macam nyonya menir je :)" hahaha mana taknyer bengkung memang kelasss.. sanggul sket punyer tinggi ditambah ngan pilis.... hihi
Sehingga hari ini, saya masih menghubungi kak Kas jika mahu diurut :).
Kak Kas Tukang Urut
Saya rasa seronok untuk share dengan anda semua. Nak mencari tukang urut yang serasi dengan kita memang agak payah , lagi2 dibandar. Saya pernah berurut di Seremban dulu, tetapi mungkin urutannya tidak serasi dengan saya... badan bertambah sakit2. Sanggup travel balik kampung dengan suami semata2 untuk berurut.. huhuhu..
Kak Kas ni, muda lagi, saya rasa dalam lingkungan 40an. Dari segi penampilan memang meletop.. bukannya ranggi atau berpakaian moden, tetapi bertudung dan menutup aurat walaupun sewaktu mengurut.
Perkhidmatan berurut akan dilakukan dirumahnya sahaja, memandangkan suami kak Kas bekerja sebagai kontraktor dan dia menolak untuk diambil oleh suami yang mahu isteri mereka diurut. Pelbagai perkhidmatan urutan di sediakan seperti urutan terseliuh, sakit2 badan, bersalin dan untuk ikhtiar mendapatkan zuriat. Urutan hanyalah sebagai ikhtiar, kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan.
Perkhidmatan urutan kak Kas untuk WANITA SAHAJA :) hehehe
Dalam sehari cuma ada 4 sesi urutan... bagi yang tercari2 tukang urut, cubalah.. InsyaAllah serasi dengan anda :)
Sedikit petunjuk arah bagi mereka yang berada di sekitar Negeri Sembilan dan Senawang khususnya dan masih mencari2 tukang urut tradisional yang memang best! :)
Papan tanda Taman Senawang Indah.
Jalan masuk ke dalam taman berada di sebelah kanan
sebelum berjumpa dengan Taman Bandar Senawang.
Nama jalan.
Jalan Orkid 6
Tanyalah dengan orang di mana 'Kak Kas tukang urut'
pasti ditunjukkan di mana rumahnya
Semoga perkongsian memberi manfaat...
Thank you for reading :)