Bismilla hirrahman nirrahim
Alhamdulillah, berjaya gak saya siapkan entri ni :). Almaklum dengan 5 orang bodyguard kecil ni...agak mencabar untuk ummi duduk menaip depan komputer.. hehe
Hari ni saya nak kongsi dengan anda semua tentang nikmat yang Allah berikan pada kita. Nikmat apa tu? Nikmat kesihatan....
Nikmat kesihatan mesti ramai tak perasankan termasuklah saya. Bila diserang bakteria dan terganggu sihatnyer barulah sedar... 'Ya Allah bestnyer kalo x rasa sakit cam ni'..
Ceritanya bermula begini...
Selepas melahirkan anak yang kelima hujung tahun lepas, saya sering rasa sakit kalo nak 'membuang' (maaf yer guna bahasa senang paham). lepas tu siap berdarah2 lagi. Kesannya, saya jadi fobia nak pergi tandas. Bila saya pergi ke klinik dan bagitau simptom-simptom yang saya lalui, doktor bertugas kata saya ada 'inner bawasir'. Apa pulak la inner bawasir, tak pernah dengar pun. ( sebenarnya tak pernah ambil tahu pun tentang bawasir huhu...).
Jom kita baca info yang saya jumpa tentang bawasir dalaman..
Pendarahan dari dubur boleh berlaku kepada mana-mana individu. Terdapat 2 punca rasa sakit yang biasa di rasakan oleh individu yang membawa kepada simptom-simptom bawasir.
- Jika rasa sakit datang dari dubur semasa atau selepas tinja dibuang. dan ada rembesan darah selepas itu, kemungkinan darah tersebut terhasil daripada rekahan atau koyakan kecil dalam lapisan dalam saluran dubur.
- Jika tiada rasa sakit, darah mungkin terhasil daripada bawasir.
gambarajah menunjukkan bawasir yng berlaku pada vena sebelah kanan.
Vena sebelah kiri adalah vena yang normal manakala bawasir telah berlaku pada vena di sebelah kanan (seperti dalam gambarajah) mungkin bawasir luaran atau bawasir dalaman. Bawasir dalaman berkembang pada tepi bahagian luar dubur dan mungkin dapat dirasa apabila kita membuang air besar.
Bawasir adalah kusyen dubur yang telah tertolak kebawah saluran dubur.Bahagian ini merupakan gumpalan lembut yang mudah tercedera apabila tinja melaluinya. Pendarahan dari bawasir dalaman kelihatan mencemaskan tetapi tidak begitu serius.Bawasir ini terjadi kerana proses meneran semasa membuang air besar.
Pegawai perubatan yang saya temui menasihatkan supaya saya mengurangkan makan makanan pedas untuk mengelakkan bawasir ini berlarutan.
Bermulalah satu episod 'jaga makan' dalam kamus hidup saya huhu.. saya pulak berasal dari johor.. sekali bila makan tak der sambal raser macam dalam 'pantang' la pulak.. kurang kenikmatannya. Sekali sekala curi-curi juga makan pedas, berjaga-jagalah bila pergi tandas lepas tu... haru-biru.. huhu..
Sayang punya pasal..
Dipendekkan cerita, satu hari semasa saya balik ke rumah mertua. Kakak ipar saya bagi ESP shaklee pada saya. Katanya dia tak lalu nak minum. Bau dan rasa soya yang amat kuat. Kakak ipar saya ni memang tak minum air soya dan dia baru lepas bersalin masa tu. Dapat ESP pun dari kawan, untuk membantu dia memperbanyakkan lagi hasil pengeluaran susu ibu, nak dijadikan stok bila mula bekerja nanti.
Saya sebenarnya pun memang kurang minat kalo bab-bab makanan tambahan ni. Sayang kakak ipar punya pasal... ambik jugaklah, percuma lagi pun hehe... Bila dah sampai umah saya semula, seminggu ESP tu tak bersentuh. sehinggalah anak saya Abdul Hadi bertanya kat saya.
Abdul Hadi : " Ummi, kenapa hadi tak pernah tengok ummi buat air yang cik Ta bagi tu. Tak
sedap eh."
Saya : " Ummi blom rasa pun lagi.karang ummi buat eh. Tak pe sekarang masih bulan 6.
Xpired date
bulan tujuh.Sempat lagi."
Abdul Hadi : " Apa la ummi ni. Tak baik membazir tau ummi. Rezeki tu."
( Wah sudah kene komplen ngan anak sendiri... )
Sayang anak punya pasal dan sayang rezeki yang Allah bagi saya pun mula la buat ESP. Emmm boleh tahan sedap.Bermula dari hari itu, ESP menjadi minuman untuk sarapan pagi saya. saya buat ESP campur Milo. hoho... so yummy.. dan sehingga kini ianya menjadi menu sarapan pagi yang terbaik untuk saya.
Allah Maha Berkuasa
Selepas seminggu mengambil ESP sebagai menu sarapan saya, saya mula rasa kelainan.
- Badan rasa lebih bertenaga.
- Selera makan dapat dikawal
- Tiada lagi sembelit
- Inner Bawasir saya sembuh ( ni yang paling best)
- Tiada lagi masalah keputihan (Extra)
- Perut yang buncit pun dah susut...( Extra lagi)
- Pengeluaran susu badan pun amat memberansangkan (saya masih lagi menyusukan anak saya berumur 1 tahun 10 bulan - Super Extra)
Allahuakbar.. gembiranya hati tak terkata. Sujud syukur saya. Benarlah doa itu senjata orang mukmin. Setiap hari saya berdoa Allah sembuhkan bawasir saya. Bukan saja bawasir saya dapat dirawat, Allah bagi lebih, dan lebih lagi nikmat... dengan ESP shaklee :) Alhamdulillah...
Dengan itu, saya mengambil langkah untuk memasuki dunia shaklee. Jika Allah berikan ESP untuk membantu dalam masalah kesihatan saya. Saya juga mahu orang lain mendapat manfaat dari vitamin-vitamin Shaklee untuk membantu dalam masalah kesihatan mereka. InsyaAllah..
Untuk entri akan datang, saya akan kongsikan berkenaan ESP dari Shaklee yer. InsyaAllah.
Terima kasih meluangkan masa anda :).

Menu Sarapan favourite: Epok-epok (home made) & ESP + coklat
Hanya yang TERBAIK untuk diri, keluarga dan masyarakat...
Zaiton Othman (ID 965312)
0197543130