Social Icons

Wednesday, 25 December 2013

Pantang 44 hari - Part 1 ---> Urut Untuk Ibu Bersalin

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Entri ni khas untuk ibu-ibu atau bakal2 ibu. Bapa2 pun boleh juga, mesti nak yang terbaik untuk ibu dan baby kan, adik2, kakak2 yang ada saudara tengah pregnant pun amatlah digalakkan membacanya.... Senang citer Entri ni saya share ngan semua orang.. haha...

Bila bercerita tentang berpantang ni, dah 5 kali saya melaluinya. Setiap kali berpantang, mesti ada pengalaman dan input baru yang saya dapat. Saya berpantang dikampung (rengit) dari anak pertama sampailah yang keempat. Berpantang di bawah jagaan mak saya.. fuhhhh syok bila mak jaga kita (walopun dah terlebih besonya hihi).

Untuk anak saya yang kelima, Ainul Huda, saya berpantang sendiri di senawang.. cara moden... (haha.. macam x berpantang pun sebenarnya ekekeke)

Masa berpantang anak kelima saya hanya ambil perkara-perkara yang asas sahaja untuk diaplikasikan. 
BERURUT

Penting sangat ke berurut ni? Ada sesetengah mommy yang kata tak payah berurut pun tak pe. Tapi bagi saya tersangat-sangatlah lah pentingnya. meh tengok  sedikit input yang saya dapat tentang berurut.

========================================================================
Menurut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, urutan selepas bersalin akan:
  • melancarkan perjalanan darah;
  • mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan bertakung;
  • menaikkan semula rahim;
  • membetulkan urat-urat yang tegang, terputus atau yang terkeluar daripada tempatnya;
  • memecahkan lemak;
  • menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali ke bentuk badan asal;
  • mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas bekerja keras melahirkan anak.
Yang menariknya, urutan traditional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payudara juga, dengan kepercayaan ia akan melancarkan susu ibu.

========================================================================


Pencarian Tukang Urut

Sewaktu kandungan saya berusia 9 bulan, saya dan suami dah memulakan pencarian tukang urut bersalin yang berada di sekitar senawang untuk dituju ketika berpantang...  cari punya cari... borak punya borak, akhirnya  salah seorang staff suami saya merekemenkan seorang tukang urut yang jarak rumahnya lebih kurang 5km dari rumah kami. berdasarkan pengalamannya, staff suami saya sangat berpuas hati dengan urutan yang diberikan.


Selepas melahirkan Ainul Huda, kami ke rumah tukang urut yang dimaksudkan. Temujanji telah dibuat pada hari sebelumnya. Tukang urut lebih suka dipanggil dengan nama 'kak Kas'. berasal dari Indonesia, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.


Hari Pertama

Pengalaman pertama kali berurut dengan kak Kas memang best. Orangnya sangat peramah. Urutan dimulakan dengan bacaan doa dan surah An-Nas. Urutan adalah seluruh badan menggunakan minyak urut yang dihasilkan sendiri. Urutan akan dijalankan selama 2 jam.  Ainul Huda diletakkan di sisi saya, supaya mudah untuk disusukan ketika dia haus. Urutan akan diulang sehingga 3 pusingan (meniarap dan terlentang).

Siap berurut, saya dipakaikan bengkung dan pilis. Sebelum berbengkung, bahagian perut akan di sapukan dengan losyen pati halia. Selepas berurut dan bengkung, badan rasa semakin mantap, perut pun makin selesa. 

Ketika hendak pulang, kami dibekalkan dengan pelbagai jenis daunan (daun pandan, daun serai wangi, daun sireh,daun limau purut dan daun kunyit) untuk dimasukkan ke dalam air mandian saya. Daunan dibekalkan untuk stok 3 hari.

Ainul Huda pun siap dimandikan dan dibedakkan oleh kak Kas.. ( membahasakan dirinya sebagai 'Mak Kas' dengan Ainul Huda).


Hari Kedua

Urutan hari kedua, lebih tertumpu kepada bertungku. Selepas proses urutan seperti di hari pertama dan ditambah dengan sengkak. Sebagai penutupnya, saya ditungku dengan menggunakan batu sungai. wah... syoknya... sampai terlelap-lelap saya jadinya... haha... (buat malu jek :p).  Proses bertungku dilakukan di seluruh badan. memang best.. percayalah!! hihihi..


Hari Ketiga
Pada hari ketiga, proses urutan berjalan seperti hari kedua. Saya mengambil khidmat urutan selepas bersalin selama 3 hari. secara keseluruhannya saya sangat berpuashati dengan urutan kak Kas. Banyak petua2 yang diberikan daripada petua semasa berpantang, menjaga anak, sehinggalah kepada petua untuk menjaga badan agar sentiasa cantik untuk suami tercinta hehehe..

Sewaktu hendak pulang, suami saya ada menegur... "ni dah macam nyonya menir je :)" hahaha mana taknyer bengkung memang kelasss.. sanggul sket punyer tinggi ditambah ngan pilis.... hihi

Sehingga hari ini, saya masih menghubungi kak Kas jika mahu diurut :).


Kak Kas Tukang Urut

Saya rasa seronok untuk share dengan anda semua. Nak mencari tukang urut yang serasi dengan kita memang agak payah , lagi2 dibandar. Saya pernah berurut di Seremban dulu, tetapi mungkin urutannya tidak serasi dengan saya... badan bertambah sakit2. Sanggup travel balik kampung dengan suami semata2 untuk berurut.. huhuhu..

Kak Kas ni, muda lagi, saya rasa dalam lingkungan 40an. Dari segi penampilan memang meletop.. bukannya ranggi atau berpakaian moden, tetapi bertudung dan menutup aurat walaupun sewaktu mengurut.

Perkhidmatan berurut akan dilakukan dirumahnya sahaja, memandangkan suami kak Kas bekerja sebagai kontraktor dan dia menolak untuk diambil oleh suami yang mahu isteri mereka diurut. Pelbagai perkhidmatan urutan di sediakan seperti urutan terseliuh, sakit2 badan, bersalin dan untuk ikhtiar mendapatkan zuriat.  Urutan hanyalah sebagai ikhtiar, kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan.

Perkhidmatan urutan kak Kas untuk WANITA SAHAJA :) hehehe

Dalam sehari cuma ada 4 sesi urutan... bagi yang tercari2 tukang urut, cubalah.. InsyaAllah serasi dengan anda :)

Sedikit petunjuk arah bagi mereka yang berada di sekitar Negeri Sembilan dan Senawang khususnya dan masih mencari2 tukang urut tradisional yang memang best! :)

Papan tanda Taman Senawang Indah.
Jalan masuk ke dalam taman berada di sebelah kanan
sebelum berjumpa dengan Taman Bandar Senawang.


Nama jalan.
Jalan Orkid 6 


Tanyalah dengan orang di mana 'Kak Kas tukang urut'
pasti ditunjukkan di mana rumahnya


Semoga perkongsian memberi manfaat...
Thank you for reading :)

 **gambar ihsan dari www.whitewakgreen.blogspot.com






Wednesday, 18 December 2013

Arggghh.... You Positive!!!

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.


Percaya tak.. kalo saya bagitau.. selepas 10 tahun usia perkahwinan saya dan suami, masih ada yang dok mempertikaikan kenapa saya tidak bekerja. Kenapa mesti memilih untuk menjadi seorang surirumah meskipun mempunyai segulung Ijazah Kepujian di dalam tangan... Dan yang paling pedas bila ada yang mengeluarkan ayat begini.."Ko jangan jadi manusia parasit, menumpang kesenangan suami semata2"...Aduhai...sodih2.. Tapi itu lah hakikat dunia..

Kata arwah mak saya dulu.... mulut manusia memang macam tu, susah nak ditutup. payah nak dilayan. suka jaga tepi kain orang. Dok menyindir2 bila rasa ada yang tak kene dimata mereka. Sedangkan saya tak susahkan mereka pun...



Cuba tengok gambar kat atas tu... aduhai.. satu gambar yang diadaptasi dan diolah sedikit dari kisah Luqman Al-Hakim dan anaknya di dalam Al-Quran. Kalau nak dilayan memang parah....

Ok2 saya ambil sindiran itu sebagai suatu yang positif.. supaya itu menjadi 'push factor' bagi saya untuk menjadi seorang isteri yang lebih berbakti pada suami. Pedulilah apa orang nak kata.. mereka tidak berada dalam situasi kita..


Apa yang saya dah buat.....

  • Kami dikurniakan dengan 5 orang cahayamata. Antara perbelanjaan yang tinggi untuk anak2 ialah susu dan pampers. Untuk tidak memeningkan kepala suami, saya berusaha untuk memberikan susu ibu sepenuhnya, supaya anak2 saya memperolehi yang terbaik dan budget untuk susu dapat dialihkan kepada keperluan lain.
Tautan bertambah erat dengan susu ibu ;)

  • Semua anak2 bijak saya diwajibkan untuk melalui 'toilet train' sebelum berumur 2 tahun. Ini dapat menjimatkan banyak kos perbelanjaan pampers.

  • Penggunaan cloth diaper ( lampin kain) untuk si bijak saya yang kelima,Ainul Huda. Selain lebih sihat, ia juga lebih menjimatkan dari penggunaan pampers (lampin pakai buang), sebab lampin kain ini boleh dibasuh dan diguna semula. Budget untuk pampers sudah tiada dalam senarai belanjawan keluarga kami.
                                                                                 Cloth Diapers pilihan hati :)
  • Budget untuk anak2 dihantar ke nurseri atau taska juga tidak tersenarai kerana saya sebagai suri rumah tentunya menjaga anak sendiri.
***Banyakkan penjanaan wang yang dapat 'diselamatkan' :).


 
Apa lagi yang saya buat.....

Ha... nilah part yang paling best :).

Saya buat bisnes sabun 3U. Pengkritik saya berkata lagi.." Siannya suami ko kene drive ujung minggu anto sabun..., kene drive malam2 ambil stok sabun...( aikkk... komplen lagi.... dulu nak sangat tgk saya bekerja, cari pendapatan sendiri ). Takpe positif...positif...


Fikir punya fikir... cari punya cari saya dipertemukan dengan shaklee. Saat yang paling best bagi saya.
SHAKLEE  tau. Satu jenama makanan tambahan kesihatan(supplement) semulajadi yang selamat dan berkesan. Telah terbukti berkesan  lebih 50 tahun.


 
Kenapa saya pilih Shaklee?
  • Sistem Dropship Terbaik - Kemudahan untuk saya menguruskan bisnes. Tak perlu ke pejabat pos untuk mengepos barang, hanya perlu memberikan alamat tempat penghantaran kepada database shaklee semasa membuat pesanan.
  • Tidak memerlukan modal - Saya hanya perlu mengambil pesanan dari pelanggan dan membuat pesanan kepada pihak shaklee dengan bayaran terus dari pelanggan.
  • Keahlian seumur hidup - Tak perlu renew keahlian setiap tahun
  • Cash rebate / Bonus - Cash bonus akan dimasukkan ke dalam akaun setiap ahli shaklee yang layak dengan  jumlah pembelian yang ditetapkan. 
  • Sistem Shopping Online - Mulai Oktober 2013 Semua urusan Shaklee dilakukan secara online. Kita main 'klik-klik' je dari rumah :).
  • Dapat menyertai Group2 Bisnes Exclusive Shaklee di Fb - Barulah nampak mentor2 yang hebat dan bersemangat waja. Menaikkan juga semangat kita untuk berbisnes.
  • Dapat membantu menambah baik kehidupan keluarga dan semua orang di sekeliling yang mula menyedari peri pentingnya penjagaan kesihatan. Dengan Izin Allah jua...
Dengan kelebihan-kelebihan bisnes shaklee semoga saya dapat membantu suami dan sahabat-sahabat menambahbaik kehidupan kita.InsyaAllah..



Kisah Kami dan Shaklee :)

2,3 tahun yang lepas, bila saya melihat encik suami membuat belanjawan akhir tahun sempena anak-anak naik sekolah, saya hanya mampu
  • tolong buat air.........
  • tolong kira-kira........
  • tolong tulis-tulis.......
  • tolong urut kepala encik suami bila buku belanjawan ditutup...huhu
Tapi Sekarang... bila encik suami bukak buku belanjawan akhir tahun sempena anak-anak naik sekolah... banyak dah boleh di tolong...
  • tolong-tolong tengok...
  • tolong-tolong jeling....
  • tolong-tolong kira....
  • tolong-tolong tulis....
  • DAN...saya dah boleh buat ayat "Ada bahagian yang boleh umi tolong?"
Alhamdulillah senyum terukir dibibir encik suami.... sebelum buku belanjawan ditutup :)

                               SYUKUR BONUS SHAKLEE MASUK DITENGAH BULAN :)


**Kepada pengkritik saya... thank you very much....
**Kepada yang nak join jadi positif dengan saya... U are Most Welcome! 

Thanks for Reading :) 


 


Semangat Permata Hati

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Alhamdulillah pagi tadi sempat mendaftarkan anak perempuan saya, Ain sofiah di PASTI AL HAAZIM, Taman Desa Ixora, Senawang.
 Betapa seronoknya dia. Almaklum dari tahun lepas lagi dah menunggu turn nak register di pasti. :).

                                                                                              PASTI AL-HAAZIM


Seperti 2 orang abang-abangnya yang terdahulu, Abdul Aziz dan Abdul Hadi, Kami masih lagi setia memilih PASTI sebagai 'Universiti' pertama untuk anak-anak bijak menimba ilmu dan mendidik sahsiah dalam pergaulan.
Kami sangat  gembira dengan keterujaan anak saya, semoga beliau dapat menerima pengajaran di PASTI dengan baik sekali.

                                                                                Bergaya dengan beg sekolah :)

Kenapa PASTI?
  • Kami pilih PASTI kerana silibus pembelajran yang ditawarkan. Anak-anak lebih didedahkan kepada persekitaran yang islami. Berpakaian menutup aurat dan menjaga tingkah laku serta adab yang amat dititikberatkan.
  • Latihan pembelajaran yang selari dengan pendidikan Al-Quran dan Sunnah serta kokurikulum pendidikan formal bagi kanak2 pra-sekolah.
  • Untuk tahun hadapan, satu lagi subjek baru diperkenalkan iaitu 'Pra-Tahfiz'.  Subjek ini mempunyai visi untuk melahirkan anak2 'generasi Al-Quran'.
  • Yuran yang ditawarkan setanding dengan pendidikan yang diberikan.

                                                                            Antara buku-buku teks pasti

                                                                                         Subjek Hadith

Kisah dan Pengalaman

Sewaktu kami mencari2 'universiti' pertama untuk Abdul Aziz dahulu, saya lebih banyak berkomunikasi dengan ibu2 yang pernah menghantar anak2 mereka ke tadika, tabika dan yang sewaktunya di taman kami.  Berbagai cerita diperolehi. Untuk yang terbaik bagi anak2 saya, saya dan suami perlu membuat pilihan yang bijak. . saya ringkaskan begini...



                                                     Anda mahu anak anda seperti ini?    

                                                                          ATAU

                                                       Seperti Ini?

Jiwa kami sebagai ibu bapa lebih dekat kepada pilihan yang kedua. kami telah pun merasai kemanisannya melalui dua orang anak bujang kami... dan InsyaAllah akan diteruskan oleh anak kami yang ketiga, keempat dan kelima..


Untuk ibu bapa diluar sana pilihlah yang terbaik di dalam pendidikan anak2. Bak kata Ustaz Hamdan...

" Jika mahu anak yang BIJAK, berdoalah... InsyaAllah akan diperkenankan oleh Allah. kerana itu permintaan yang baik. TETAPI.. Alangkah beruntungnya ibu bapa yang berdoa untuk memiliki Anak BIJAK YANG BERTAQWA. kerana ia bukan sahaja menguntungkan di dunia tetapi juga menjadi pendinding dari Api Neraka. InsyaAllah"



"Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa"


Semoga Perkongsian memberikan manfaat :)
Bertemu di entri akan datang :)

Thanks for reading :)

**beberapa gambar ihsan daripada encik google dan whitewakgreen.blogspot.com









Monday, 2 December 2013

---> from senawang with love

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.


Nasi Lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Turutkan emak, kumpulkan saudara,
Menjalin kasih moga berpanjangan.


Alhamdulillah... syukur... syukur... tarikh 29 November yang lepas, genap usia perkahwinan kami 10 tahun. Menurut pandangan ustaz Amin (slot Pesona D'Zahra - IKIM), apabila usia perkahwinan menjangkau 10 tahun, layak untuk di ucapkan selamat pengantin baru :)..


Sepanjang 9 tahun yang lepas, kami menerima ucapan 'Happy Anniversary'. tahun ini kami menerima ucapan 'Selamat Pengantin Baru' untuk kali yang kedua... Terima kasih diatas doa dari semua sahabat dan kenalan agar rumahtanggan kami kekal hingga ke jannah. Amin :).



Mengimbau Kenangan

Kami di ijabkabulkan pada 29 November 2003.  Sewaktu gambar ini diambil, mulut tersenyum tapi ketaq lutut sebenarnya, sebab 1st time saya bergambar 'berdua' dengan orang lelaki. Mula-mula siap kene marah lagi ngan photographer sebab seorang di timur, seorang dibarat.. :p hehehehe..




Kini.....

Tanggal 29 November 2013. Kini kami bergelar 'Pengantin Baru' lagi berserta dengan 5 orang pengiring. 3 orang hulubalang dan 2 orang dayang yang menjadi penyeri rumahtangga.. :). Semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Penyejuk Dimata, Penawar Dihati. Menjadi pencen kubur yang bermanafaat untuk kami. Amin...




 Memetik kata-kata dari buku 'Aku Terima Nikahnya' - oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ;


 "Kebahagiaan itu boleh diukur dengan tahap ketenangan yang dikecapi oleh suami dan isteri. Jika suami beroleh tenang tatkala pulang ke pangkuan isteri, juga isteri hilang tekanan dan kerunsingan hidup tatkala pulang ke pangkuan suami, maka adalah tenang di situ. "



Antara hadiah Anniversary yang begitu dekat dihati saya.



Buat Suami Tercinta : Mohd. Rizal Salikon

Semoga ikatan suci ini sentiasa dalam redha Allah. Pimpinlah kami, keluargamu untuk menyusuri liku-liku perjalanan Islam yang indah. Kami akan sentiasa menjadi penyokong dalam pimpinananmu  hingga ke syurga. Andai tersadung dan dirimu terluka, bahu-bahu kami ada untuk kau letakkan tanganmu dan bangun kembali. Jiwa-jiwa kami bersedia untuk bersama merawati rawan dan luka-lukamu.

Sesungguhnya Percintaan Selepas Perkahwinan itu adalah segala-galanya bagi diriku. dan Allah telah berjanji "Tidak akan menyesal bagi orang-orang yang melakukan istikharoh didalam membuat apa jua keputusan." InsyaAllah :).


SELAMAT PENGANTIN BARU @ ANNIVERSARY KE 10 - 29 November 2013

Thanks for reading :)


 

Panduan Blog

Segala catatan di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis.

Produk-produk yang di tonjolkan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

Berikan diri anda makanan kesihatan yang berkualiti.

'Mencegah itu lebih baik dari mengubati'

Chat

Dikuasakan oleh

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.