Social Icons

Tuesday, 2 December 2014

Pimp My Furniture!!!


Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

INI KISAH SUAMIKU ;)

Alhamdulillah.. bersyukur dengan limpah dan rahmat dariNya. Sekarang suami saya dah full time bisnes dari rumah.
Gelaran glamernyer Working-At-Home-Dad :).
Bukan saya je happy. Anak-anak double-tripple happy hehehe. Seronok bukan kepalang.

Double Alhamdulillah :).

Urusan rumahtangga pun bertambah mudah.
Kebebasan dalam menguruskan sendiri masa yang Allah peruntukkan pun dapat.
Dan yang paling penting, suami saya dapat memberikan peruntukkan masa yang cukup tenang untuk bersolat. Tiada lagi unsur tergesa-gesa untuk mengerjakan perintah Allah yang paling utama itu :).

Ianya turut menjadi motivasi kepada anak-anak. Mereka dapat melihat sendiri, bagaimana gigihnya bapak mereka berusaha bagi mencari rezeki untuk menyara keluarga :).

Apa bisnes suami saya?...

 Hihihi ni yang nak citer ni :).

Suami saya buat bisnes, MENJUAL DAN MERESTORASI PERABOT LAMA.

Contohnya macam kat gambar bawah ni :   
     
                                                           Sebelum restorasi


                                                             Selepas proses restorasi


Banyak lagi perabot-perabot hasil restorasi suami saya.
Anda semua di jemput ke page bisnes suami saya AnjungKarat

Hehehe promosi.. promosi... :).

Untuk anda yang masih ada perabot-perabot lama tinggalan ibu-ayah, datuk-nenek, moyang... yang dah bergenerasi lamanya,jangan sia-siakan perabot tersebut yang telah lama menabur bakti dan jasa kepada keluarga kita.

Barang lama.... off course lusuh nampaknya :). Tapi sangat sayang untuk ditinggalkan..

Apalagi... contact-contactlah kami di wassap 018 2888 396 atau call 012 7820 701.

InsyaAllah.. kami bersedia membantu anda :).


Semoga perkongsian memberikan manfaat :).
Thank you for reading :).













For Sale - Kabinet Jati Antik

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan Pentadbir sekelian alam.
Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad dan para ahli keluarga Baginda.

Pagi ini, saya share dengan anda produk hasil restorasi AnjungKarat :)

Kabinet Jati Antik :

1. Dengan lapisan fomica asal.
2.Rak bertingkat semi bulatan untuk dijadikan display.
3.Rak tingkat kaca.
4.Laci bentuk V untuk dijadikan tempat simpan barang.
                                                                       
                                               

Gambar sebelum proses restorasi


Gambar-gambar dibawah adalah selepas proses restorasi dijalankan :






Berminat :)

  Whats up : 018 2888 396 
Call 012 7820 701
WAK Anjung Karat

Semoga perkongsian memberi manfaat :).
Thanks for reading :).



Wednesday, 5 March 2014

Yummy!!! -- Variasi Hidangan ESP

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Lagi cerita tentang ESP !!

Mari saya share dengan anda beberapa cadangan minuman yang boleh digayakan dengan ESP...
Bagi yang rasa tak boleh nak telan ESP sebab rasa soya katanya.. bleh la cuba yer :).

Anda mesti cuba... sebab ESP 100% soya tulen NON-GMO tau.


NON-GMO??? Apa tu???

 
NON-GMO (Non-Genetically Modified Organism) ialah soya yang digunakan tidak diubah suai secara genetic. Dari benih sampailah ke penyimpanan Shaklee hanya menggunakan ramuan yang berkualiti dan semulajadi.


Kalau SOYA GMO? Camaner pulak???

Soya GMO ialah produk yang dah diubahsuai sifat genetiknya supaya produk menjadi lebih besar.  Dah tak natural jadinya kerana tercemar dengan bahan-bahan yang tidak sepatutnya.... 

So... Lepas ni beralihlah ke produk-produk makanan yang lebih menyihatkan okey :)
Salah satunya... ESP Shaklee...

Ok Jom2 tengok resepi cadangan minuman ESP.... taraaa....




Thanks for reading :)
Semoga Perkongsian memberi manfaat :)









Promotion March 2014----->> Energizing Soy Protein (ESP)

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Salam ceria buat semua... :).

Hohoho.... ESP promo bulan nih... best2. Rugi kalau sesiapa tak ambil peluang untuk dapatkan ESP.


Kenapa???

Sebab ESP ni tersangatlah BEST!. Bukan sekadar omongan saja ya ibu-ibu... bapak-bapak....  saya sendiri telah merasainya. Saya kenal Shaklee melalui ESP dan hingga kini ianya menjadi minuman kesihatan kegemaran saya.


Verbal Testimoni dari kawan-kawan : 

  • 2 hari yang lepas, ada seorang isteri kepada kawan suami saya wassap nak order ESP untuk 'Boost Susu' sebab dia baru lepas bersalin.
  • Minggu lepas seorang lagi kawan saya beritahu dia dah bebas 'sembelit' selepas ambil ESP.
  • Yang bestnyer, ada seorang customer yang x jadi 'Gastrik' selepas minum ESP.
  • Dan yang paling-paling BEST, seorang kenalan saya kata, dia dah dapat 'Control Makan' selepas ambil ESP..(kenalan sedang berdiet)
----->> Alhamdulillah.. semuanya berlaku dengan Izin Allah Jua :)


Nak tahu lagi kelebihan-kelebihan ESP ni... (Meh pakat-pakat baca)




**Tips Pengambilan ESP : 

  1. Maksimum pengambilan ESP adalah 3 sudu besar sehari yer, supaya buah pinggan kita tidak terbeban untuk memproses protein dalam badan .
  2. ESP hendaklah dibancuh dengan air sejuk ataupun air suam pada suhu kurang dari 30 darjah celcius. Ini kerana protein akan rosak/musnah dalam air panas.
  3. Nak mudah dan cepat larut. Kita 'shake'kan saja ESP ni :).
So... Apa Tunggu Lagi... Jom dapatkan ESP sekarang!!! dengan setiap pembelian ESP Promo ni, bolehh dapat free membership lagi.
..

Dah la.. harga istimewa sempena promotion + kurang lagi rm65 untuk registeration....
Tahan sampai 2 bulan.... 



       
            MEMANG BERBALOI-BALOI! 



Semoga Perkongsian memberi manfaat :)
Thanks for reading :)


Feel free to contact :)






Wednesday, 19 February 2014

Parenting Tips ----> Kek Pisang Mak Long

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Alhamdulillah... berkesempatan lagi meng'update' blog.

Wah...wah...wah... tengok tajuk... cam orang professional jek, nak bagi tip-tip tengtang keibu-bapaan nih. hihihii...

Bila difikirkan betul2 tak semestinya bila kita pi belajar ilmu2 parenting jer kita bleh dapat ilmukan. Pada saya pengalaman pun penting. Dengan ilmu2 yang ada, bila dipraktikkan lagi membawa maknakan :).

Okay.. hari ni, saya share dengan pembaca semua tips dari keluarga kami yang pertama :)

=================================================================
TIPS 1 # Libatkan semua anak-anak dengan aktiviti dirumah yang dapat membina sahsiah mereka.
==================================================================

Apabila kita melibatkan anak2 dalam aktiviti yang sihat dirumah, secara automatik, kuranglah perhatian mereka terhadap gadget-gadget yang berlambak dipasaran. ramai yang tahukan penggunaan gadget yang keterlaluan menyebabkan anak2 kita kurang bergerak, dan pasif dalam menggunakan anggota2 fizikal mereka.

Aktiviti 1 : Kek Pisang Mak Long.

Resepi diperolehi dari kakak ipar saya Mazlina Salikon ( Mak Long kepada anak2 saya). :)


Bahan-Bahan yang diperlukan:

Bahan A
  • 10 biji pisang monyet ( ataupun apa2 jenis pisang, bleh adjust :))
  • 1 camca kecil soda bikarbonat
  • 2 cawan minyak masak
Bahan B
  • 5 biji telur ayam ( dah siap dicuci kulitnya )
  • 2 cawan gula pasir
Bahan C
  • 2 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 penutup kecil esen pisang
Cara-cara membuatnya :
  • Baca Bismillah dan berdoa moga dipermudahkan urusan buat kek ( ada anak saya siap berdoa semoga kek pisang mereka jadi :) hihi ).
  • Blender semua bahan A .

  •  Pukul Bahan B menggunakan mixer sampai kembang ( dalam +- 15 minit )
  • Campurkan Bahan A (yang dah siap blender) ke dalam Bahan B ( yang dah kembang).
  • Masukkan tepung  ( sambil mengacau adunan)
  • Masukkan esen pisang.
  • Gaul hingga sebati.Siap! :).
  • Bolehlah masukkan dalam loyang yang telah disediakan.
  • **Tips : sapukan loyang dengan minyak masak dan taburkan tepung sehingga menjadi lapisan nipis atas minyak tu. InsyaAllah kek tak lekat kat loyang. Bila dikeluarkan, halusss saja bawah kek tu nanti).

  • Dah siap adunan kek pisang kita. Boleh di bakar atau kukus.

  • Dan inilah hasilnya :)...

  •  Alhamdulillah So yummy...
Simple je dan mudahkan. Kepada yang berminat bolehlah cuba buat. Buat dengan anak2... memang best, kecoh2 jugak.. keje 30 minit, boleh jadi berjam. tapi pengalaman tu yang lebih bernilai :). Lihatlah keseronokkan dan kepuasan di wajah anak2 kita. Bila lagi nak seronok2 macam nikan hihihi :).

Sambil berseronok.. boleh dapat ilmu...tambah kemesraan keluarga...dan apa yang pentingggg KERJASAMA! :)


Selamat mencuba yer :)

Semoga perkongsian memberikan manafaat :)
Thanks for reading :)






     

    Panduan Blog

    Segala catatan di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis.

    Produk-produk yang di tonjolkan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

    Berikan diri anda makanan kesihatan yang berkualiti.

    'Mencegah itu lebih baik dari mengubati'

    Chat

    Dikuasakan oleh

    Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.