Social Icons

Monday, 16 March 2015

For Sale - Meja Jati Antik Laci Serong

Bismillah hirrahman nirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda.


Hari ni saya kongsikan satu lagi hasil restorasi Anjung Karat eh :).

MEJA JATI ANTIK LACI SERONG.

Condition memang tip-top. Maklum le kayu jatikan. Memang terbukti ketahanannya. Ditambah dengan lapisan formica retro hijau yang sememangnya menambah seri pada meja :).


Gambar sebelum restorasi.





Gambar selepas restorasi dan di hias.






 Gambar siap ada model lagi.... hihihihi.


This is the Anjung Karat : 
  Call 012 7820701
  Whatsapp : 018 2888 396



Semoga perkongsian memberi manfaat :).
Thanks for reading :).


Saturday, 7 March 2015

Very simple +very yummy!!!

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan para ahli keluarga Baginda.

Assalamualaikum. 

Semoga kita semua dalam keadaan sihat walafiat hari ni :).

Alhamdulillah... syukur.. syukur.... pokok pisang belakang rumah kami berbuah lagi.
Ini dah hasil kali ke berapa pun tak ingat... hihihi

Alhamdulillah syukur yang amat :).

Bila dah sampai masa yang sesuai encik suami pun tebang pokok pisang tersebut dan ini hasilnya :).....


Alhamdulillah, masa tebang off course la buah pisang blom masakkan. Kene di peram dulu :).Satu jangka masa yang sangat menggugat keimanan 5 askar pengintip kat rumah ni. Semua sukarela nak jadi pelapor kalo buah pisang dah masak... Hihihihi  

Dari pemerhatian ummi, buah pisangnya dijengah selalu, tapi laporannye tak sampai-sampai. 

Tup- tup bila ummi yang menjengah..... hah!.... dah habis 2 sisir... huhuhu.... 



Anak-anak bijak saya memang tak boleh tengok pisang masak. Favourite deranglah tu, kalo ke pasar tani, maunyer diborong sorang sesisir....hihihi. 

Kalo dah dapat pisang masak apalagi.... mengorder je la... hahaha. 

Antara menu olahan pisang masak yang menjadi kegemaran anak-anak bijak saya :)

 kek pisang ( sila klik untuk resepi) :).


Pisang goreng cheese 


Cekodok pisang ( maaf tiada gambo :)).

Ataupun....  

Makan cam gitu je..... natural taste gitu hihihi ( sebenarnya ni  bila kes ummi malas hihihi)

Tetiba je, encik suami bersuara 

"Cer try buat banana ice blended"... 

huhuhuhu..... first time ambe mendengonyer....
So buat-buat cam muka kering idea ;)?.. hahahaha

Setelah dipikior-pikiorkan oleh encik suami taste dan texture yang dibayangkan, kitorang pun test and try.... 

Hasilnye..... 

Jeng....Jeng...Jeng.....



Tak sangka..... memang sedap... very yummy... delicious.. marvellous....

korang mesti cube....... dah macam makan banana ice cream!!! :).

kat sini, saya tepek resepinya eh.... very simple + very yummy !!! :)

Bahan-bahannya : 
  1. Kasih sayang sebanyak-banyaknya :).
  2. 6 1/2 biji pisang (stgh lagi dah kene cukai... hihi ). Jenis pisang macam kat gambar eh, harap maaf le, nama pisang memang i kantoi uhukss.
  3. 3 sudu makan susu pekat ( kadar biasa sesudu).
  4. 12 ketul ice cube
  5. 2 cawan air sejuk
Cara-cara membuatnye : 

Campur semua dalam blender dan putarkan dalam 4 minit.
Sedia untuk di hidang :)

Cadangan hiasan :

susunkan hirisan pisang di atas banana shake tadi :).

**Tekstur yang lembut, ala2 aiskrim gitu :)

 Sila tahan air liur anda :). 

selamat mencuba! :)

Sekian terima kasih :).

semoga perkongsian memberi manfaat :)



 

Panduan Blog

Segala catatan di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis.

Produk-produk yang di tonjolkan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

Berikan diri anda makanan kesihatan yang berkualiti.

'Mencegah itu lebih baik dari mengubati'

Chat

Dikuasakan oleh

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.