Social Icons

Wednesday, 18 September 2013

Jutawan Muslimah Shaklee

Bismillah hirrahman nirrahim..

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Lalu... saya lanjutkan lagi menjadi begini...

Mengapa saya memilih shaklee? Bagaimana saya boleh begitu teruja dengan Group Jutawan?


Petua Dari Bapak dan Emak
Saya berasal dari keluarga peniaga. Bapak saya seorang peniaga. Walaupun pada asalnya beliau bekerja sebagai seorang anggota polis di Singapura, tetapi beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan membangunkan perniagaan sendiri. Apa perniagaan yang bapak saya buat?

Bapak saya mengusahakan pembuatan tauhu keping. Apabila ditanya mengapa beliau memilih perusahaan membuat tauhu. Jawapan bapak yang paling saya ingat "Kita kena tolong orang". Bapak menerangkan di masa beliau menceburkan diri dalam perniagaan, hampir keseluruhan tauhu yang dijual di kampung kami dan sekitarnya dibuat oleh orang bukan Islam.

Bapak pernah ke kilang pembuatan tauhu yang berdekatan dan melihat kehadiran anjing-anjing peliharaan yang tidak dilarang pun untuk bersama-sama tuan kilang semasa proses pembuatan dijalankan. Bapak amat meragui tahap 'kehalalan' tauhu keping yang di hasilkan. Untuk itu bapak mengambil keputusan untuk berniaga supaya dapat membantu orang-orang Islam sekitar kami mendapat bekalan tauhu keping yang tidak diragui kebersihannya. Sehingga kini, abang saya yang meneruskan perniagaan dan usaha murni bapak ini.

                                        Tauhu keping, memang sedap untuk pelbagai resepi

Emak saya juga seorang peniaga yang tegar. Selepas bapak saya diserang angin ahmar semasa saya darjah 6, emak saya mula memulakan perniagaan sebagai seorang penjaja  produk kesihatan, pinggan mangkuk, dan sabun basuh baju juga. Emak berjaja dari rumah ke rumah dengan barangan jualan ditemani abang saya dan sebuah motor buruk.

Adik beradik saya ramai tidak bersetuju, lantaran duit bulanan yang emak terima dari kakak-kakak dan abang-abang saya cukup untuk menyara kami dikampung. Untuk pengetahuan, saya ada 13 orang adik-beradik dan saya adalah anak bongsu.

Bila ditanya kepada emak, mengapa dia mahu berniaga. Penerangan yang mendidik dari emak " Dalam dunia ni, kita bukan hidup sorang2, kita kene tolong orang. Emak bukan berjaja dekat2 sini je. Emak berjaja hingga ke ceruk kampung. Kita tak tahu kalo ada nenek tua yang tinggal seorang di ceruk kampung dan memerlukan bantuan. mana tahu disaat2 sabun basuhnya habis, dan tiada siapa dapat ke kedai. mungkin saat itu, Allah hantarkan emak untuk membantu".

Saya terfikir... ada benarnya. Cara emak saya berniaga, memang tak nampak di mana untungnya. kadangkala barang-barang yang dimodalkan habis, tapi duit jualan cukup-cukup untuk membeli barangan yang baru. Saya yang menjadi akauntan tak bertauliahnya. Selalunya emak akan berkata, "Tak untung tak pe, asalkan emak boleh sampaikan hajat orang". Tapi yang  peliknya, duit memang tak putus-putus dalam tangan Emak. "Alhamdulillah.... biar pun sedikit, asalkan Barokah", pesan Emak.

Itu kisah saya dengan Bapak dan Emak hampir 20 tahun dahulu.



Shaklee dan Group Jutawan


Ketika ini Allah pertemukan saya dengan Shaklee dan Group Jutawan. Shaklee sebuah perniagaan Multi-Level marketing (MLM)  yang memenuhi syariah.  Group jutawan pula merupakan sebuah group shaklee yang amat mementingkan pendidikan jiwa. Setiap ahli di dalam group ini akan dibekalkan dengan Master Checklist.  Master Checklist adalah untuk mendidik kami mendekatkan diri kepada Allah dalam apa jua yang kami lakukan.

Kelainan inilah yang mengikat hati saya. Kami diajar untuk meyakini bahawa Allah yang memberi rezeki. Kita perlu berusaha dan berdoa. Kami dididik untuk menjadi jutawan muslimin dan jutawan muslimah. Saya diperkenalkan dengan slogan "Erti Hidup Pada Memberi". Satu slogan yang jika diungkaikan sama seperti ajaran Bapak dan Emak jika mahu berniaga. "Kita mesti membantu orang lain dalam berniaga". 'Bersedekah' antara amalan yang ditekankan oleh mentor-mentor saya. Amalan ini  juga pembuka pintu rezeki. Perkara inilah yang mendorong saya untuk menceburi perniagaan. Disamping membantu suami menjaga anak2,dapat menambah penjanaan pendapatan keluarga, saya juga dapat menambah pelaburan akhirat yang juga merupakan pelaburan jangka panjang saya. InsyaAllah.

Memetik Hadis Riwayat Muslim “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya”

Memberikan diri saya status sebagai Working-At-Home-Mum (WAHM), sebenarnya memasukkan diri kedalam bidang yang amat mementingkan pengurusan masa, banyak perkara yang perlu dilakukan. Menyediakan jadual untuk menguruskan keperluan suami, keperluan anak-anak dan rumahtangga serta mencari-cari peluang perniagaan dari rumah merupakan cabaran besar buat saya. Jiwa dan semangat yang kental perlu untuk istiqamah melakukannya. Semoga cabaran ini menjadikan saya seorang Ummi yang LUAR BIASA. InsyaAllah.


Inilah ebook yang telah mengubah pemikiran saya untuk bertindak menjadi LUAR BIASA.  Saya berikan linknya disini untuk anda. Anda boleh dapatkannya secara percuma. Kongsikan juga dengan rakan2 anda. Anda boleh berikan link ini kepada mereka. Siapa tahu, hasil pembacaan ebook ini akan mengubah dan menambah nilai kehidupan anda dan orang lain. Semoga ianya memberi pencerahan yang positif buat kita semua.

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/zaitonothman



Mohon Doa dan Restu dari semua untuk mendoakan kejayaan saya..
Semoga Perkongsian memberi manfaat.












Friday, 6 September 2013

Ebook LUAR BIASA untuk Anda!


Bismillah hirrahman nirrahim.
Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.


Assalamualaikum.



Anda Ingin Berniaga?  Tetapi Tidak Tahu Caranya. Tak Tahu Nak Buat Bisnes Apa? Tiada Siapa Yang Mahu Membimbing Anda? Jangan  Risau.
Saya mempunyai sebuah Ebook motivasi yang LUAR BIASA. 
  • Setebal 144 muka surat.
  • Di penuhi dengan kisah pengajaran, jatuh bangun seorang usahawan dalam perniagaan sebelum beliau berjaya.
  • Menceritakan peri pentingnya seorang suami sebagai pendorong dan pembakar semangat untuk dirinya bergerak maju, seterusnya berhenti kerja dan impiannya untuk menjadi Working At Home Mum (W.A.H.M) tercapai.
  • Memberikan pelbagai TIPS perniagaan dan RAHSIA untuk berjaya dengan mudah,
  • Info bagaimana untuk memulakan perniagaan, memilih jenis perniagaan di Malaysia dan banyak lagi.
  • Sebuah Ebook yang telah mengubah hidup saya dari Biasa-Biasa kepada LUAR BIASA.
Ebook ini diberikan PERCUMA kerana penulis mahu lebih ramai lagi yang berjaya selepas ini.
Bacalah, hayatilah dan ambillah pengajaran daripada kisah ini. Saya pasti, ia akan membakar semangat anda untuk berjaya dalam kehidupan anda di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
Mungkin!!! Ebook ini dapat mengubah kehidupan anda juga?
Mari menuju ke arah kecemerlangan! Gilaplah POTENSI DIRI anda!
Untuk mendapatkan EBOOK “SORRY BOSS!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA” secara PERCUMA;

Sila layari : www.ebookniaga.com/sorryboss/zaitonothman

Saya mohon anda SHARE POST ini agar lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.
Terima Kasih.





Mentorku Penggerak Semangat-updated

Dan saya teruskan lagi begini...

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Selain memberi tunjuk ajar, mentor juga berperanan sebagai penggerak semangat diri. Segala kata-kata dari mentor menjadi pembakar semangat. Masakan tidak. Mentor kita sudah melalui ranjau dan liku sebelum berjaya. Mereka telah mengetahui RAHSIA-RAHSIA untuk berjaya. Hanya mereka mengetahui 'Jalan Pintas' untuk berjaya. Yakinlah dengan mentor menjadi kerana mereka merupakan impak untuk kita mencipta kejayaan.

Gathering Hari Raya

Pada 31 ogos yang lalu, saya menghadiri gathering hari raya yang dianjurkan oleh mentor-mentor dalam kumpulan kami. Sebuah majlis yang cukup meriah,santai dan ceria. Walaupun ianya sebuah majlis untuk meng'coaching' para ibu dan para bapa dalam bisnes. Ia tidak pernah menghalang untuk anak-anak turut serta.  

Antara yang dikongsikan oleh mentor kami;
  1. Untuk BERJAYA anda perlu MENDEKATKAN DIRI kepada ALLAH.
  2. Untuk BERJAYA anda perlu PERCAYA dan YAKIN.
  • Percaya dan Yakin kepada Allah
  • Percaya dan Yakin kepada produk
  • Percaya dan Yakin kepada diri.
    3.   Untuk BERJAYA anda perlu MENYUSUN MASA dengan BETUL.

Beberapa keping gambar menceritakan perjalanan majlis.

Khusyuk mendengar 'coaching' dari mentor


                                               'Kami Bersedia menjadi LUAR BIASA'
                                                                       Kek 'IDAMAN'

** Perasankah anda, betapa humblenya group kami?.  Dinamakan sebagai group 'Jutawan',    tetapi jika dilihat, kami masih lagi kami, dengan  pemakaian yang simple dan menutup aurat. Dalam pengisian dari mentor2 yang dikasihi, masih menekankan untuk kami MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Tiada cerita tentang bagaimana untuk menjana keuntungan semata2. Semuanya lebih kepada perkongsian dan pemberian. Alhamdulillah, inilah group perniagaan yang saya cari. Group perniagaan yang melekat di hati saya, InsyaAllah di hati anda juga. Sesi coaching ini berakhir dengan simpulan azimat "CARILAH AKHIRAT, KEJARLAH AKHIRAT. DUNIA AKAN DATANG KEPADAMU".


Semoga perkongsian memberi manfaat.
Mari menjadi LUAR BIASA.


Zaiton Othman
Ajen Shaklee Anda.



Working At Home Mum


Bismillah hirrahman nirrahim.

Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir sekelial alam.

Dalam kesibukan saya mengejar status sebagai seorang WAHM.Tanggungjawab yang lain yang telah sedia ada sebagai seorang dan isteri dan umi tidak boleh ditinggalkan Semuanya mesti berjalan seiring supaya 'yang dikejar dapat, yang dikendong tidak keciciran'.

Di waktu-waktu beginilah anak-anak sibuk bermain. celoteh itu ini.. sampaikan umi nak mengemas katil pun, masih ada yang melompat-lompat diatasnya.Bila umi ke depan dia ikut ke depan. Bila umi ke dapor pun dia ikut pegi dapor..bila umi lari-lari anak diajaknya pulak bermain kejo-kejo. hemmm bila la keje umi nak siap nih.. huhu.. Tiba-tiba dia berhenti depan cermin sakti umah kami..

Dia : Umi kenapa kalau halim tengok cermin, nampak halim jugak.
Umi : Oh.. itu namanya imej pantulan.
Dia : Oh... pantulan
Umi : cam paham jek... hehe (dalam hati la)
Dia : Kalo halim angkat tangan pun dia angkat tangan? Kalo halim bye2 pun dia bye2?
umi : Cubalah buat, baru tau. (saya dah tesengih, apa agaknya bijak sorang ni fikir)

Dia pun membuat gaya angkat tangan, bye2, pejam celik- pejam celik, sengih2 depan cermin tu. Lepas tu saya nampak dia tersengih panjang cam orang malu2...

Umi : Dah kenapa pulak ni?
Dia : hehe.. tadikan Halim yang dalam cermin tu cakap dengan halim umi.
Umi : Ehhh.. ye ke? Dia cakap apa?
Dia : Dia cakap.... ar... "Awak ni comellah"... (dengan gaya malu2 dia tu)
Umi : Hahaha (tergelak saya... sambil tu masih lagi tgk muka dia)
Dia : Umi ni....nak cakap Halim 'perasan' la tu (dengan gaya merajuk dia)
hehehe.. itulah statement yang membuatkan saya rasa cam nak pecah perut... kih3


                                                                Inilah dia bijak saya itu. :)


***This is my PRECIOUS TIME. masa yang begitu berharga. Melihat anak-anak membesar di depan mata, melayan karenah dan ngomelan yang kadang-kadang tak terjangka  oleh diri sendiri. Walaupun sesekali terpaksa berlakon sebagai 'Opah' ataupun 'Kak Ros' mahupun menjadi "Raksasa Tidur' (hehe:p) tetapi ianya AMAT BERHARGA.

Andainya waktu ini saya sedang bekerja di pejabat.. sibuk dengan kertas-kertas dan mesin-mesin, saya akan terlepas mendengar bicara Abdul Halim seperti diatas. juga bicara anak2 saya yang lain. Terlepas melihat peningkatan mereka sehari-hari. Ohh RUGINYA saya..

Syukur Ya Allah. Semoga pengorbanan ini melahirkan keluarga dan generasi yang bertaqwa. Amin.
Alhamdulillah.. Another benefit to be WAHM.
Erti hidup pada memberi




Termanggu seketika.....

 Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah tuhan Pentadbir sekelian Alam.

Dalam kehidupan yang sedang kita lalui, pelbagai karenah dan gelagat memenuhi layar kehidupan kita. Berbagai ragam manusia yang telah, sedang dan akan kita jumpa sepanjang jalan usaha mencapai impian dan keselesaan di dalam kehidupan.

Sebagai seorang surirumah, saya merasakan cukup selesa berada di samping suami dan anak2. melihat ragam dan keletah mereka. Mendidik dan menyantuni perlakuan mereka. Kadang kala hingga membawa kepada keterlupaan bahawa itu adalah NIKMAT PINJAMAN ALLAH semata2.  
Semalam semasa otw balik dari mengambil anak-anak bijak di sekolah, saya telah didatangi oleh seorang kenalan. Dari raut wajahnya, saya tahu dia di dalam kesusahan dan kesedihan.. semasa bersalaman dengan saya ayat pertama yang dikeluarkan ialah "Ton, akak tak larat dah.." selepas itu teros dia menangis....

Anak-anak yang sedang bermain dan bising dengan berbagai karenah dalam kereta, semua terkasima. Teros... duduk diam-diam, bila melihat akak ni menangis semahunya. Sambil menangis, satu persatu perkara dibangkitkan kepada saya.. saya hanya mendengar. Selepas dapat menenangkan dirinya, saya pun bergegas pulang. Semasa memandu, saya jadi tak keruan, jiwa jadi hiba, saya TAK MAHU membayangkan andainya saya berada ditempatnya.. Hanya doa tidak putus dari saya untuknya...
-"Ya Allah, Kau bantulah saudaraku ini, agar dia dapat memperbaiki kehidupanyya.
   Permudahkanlah urusannya di dunia dan diakhirat. AMIN ".

**Sedikit Kisahnya disini...

Saudara saya ini seorang ibu tunggal. Setelah kematian suaminya hampir 10 tahun dia mngharungi liku2 kehidupan seorang diri untuk membesarkan 2 orang anaknya dengan berniaga secara kecil-kecilan.Dalam masa yang sama dia mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan pergerakannya terbatas. Saya mengenalinya kerana secara kebetulan kedua2 anaknya sebaya dengan anak sulung dan anak kedua saya.

Dua hari yang lepas, anak keduanya jatuh sakit. Tak boleh berjalan. Hanya baring sahaja.Anaknya turut merasa gatal dibahagian tapak kakinya. Sudah dibawa ke klinik, diberitakan anaknya terkena jangkitan kuman dan diberikan suntikan. Bila pulang ke rumah, ubat diberikan mengikut aturan makan yang tertulis di botol ubat. Tetapi anaknya tiba2 muntah. Dengan anggapan ini mungkin tindakbalas dari ubat dan injection yang diberikan, ubat tros diberi mengikut sela masa yang ditentukan. Tapi setiap kali itu jugalah anaknya muntah. Dalam pada itu, rasa gatal telah beralih kebahagian perut pula. Dia kata anaknya menggaru sepenuh hati pada tapak kaki dan perutnya.

Saudara saya ini, beralih pula ke ubat homeopati, tetapi anaknya masih mengalami perkara yang sama. Dalam pada melayan karenah anaknya yang tidak sihat, kesihatannya pula terganggu, kerana tidak cukup rehat. Memikirkan duit ditangan yang semakin susut, kerana tidak dapat berniaga. Dia cuba meminta pertolongan kaum keluarga terdekat tetapi semua sedang sibuk dengan hal masing2...

**Saya hentikan disini, kerana kisahnya terlalu panjang. Banyak lagi yang diluahkan kepada saya semalam.

Hari ini, saya ingin berkongsi pengalaman tersebut dengan anda, cuba bayangkan jika anda berada ditempatnya. Apa yang boleh kita buat.. Hanya dengan mengeluh... masalah tidak akan selesai. Apa yang telah ditakdirkan Allah itu ada rahmat disebaliknya.

Menjadi pendengar semalam membuat saya semakin SEDAR ;

Saya MESTI berubah dan merancang perjalanan hidup saya. Saya mesti keluar dari kepompong ZON SELESA saya, dari seorang fulltime housewife kepada seorang Working At Home Mum (WAHM). InsyaAllah. Ini akan memberikan saya peluang bersama menjana income dan saving membantu suami dan keluarga.

Kita tidak tahu apa yang akan kita lalui di masa hadapan, dan kita perlu menyediakan 'PAYUNG SEBELUM HUJAN'.

Doakan saya ye teman-teman..
Erti Hidup pada Memberi....


Wednesday, 4 September 2013

Selamat hari raya!


 Bismillahir rahman nirrahim..

Alhamdulillah hari ini 3 September 2013 bersamaan dengan 27 Syawal 1434H. Selesai sudah puasa sunat hari raya saya. Anda bagaimana?.. belum cukup 6 hari? sempat lagi ni... kejor yeop kejor!. Walaupun agak lambat tapi kita blom habis bulan syawal lagikan... hehehe Peace!. 

Gambar sekeluarga di pagi raya.

Geng Dua pupu kecik

Ragam memujuk anak2 bijak kecil bergambar

Alhamdulillah saya berjaya puasa tahun ni..

Selamat hari raya! (gaya bebas)



 Moga perkongsian memberikan manfaat :)
 Terima kasih meluangkan masa anda.
 Islam cara hidup yang sempurna.


Tuesday, 3 September 2013

Apa itu Mentor.

Saya teruskan lagi begini...

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Kepentingan adanya mentor dalam bisnes dan kita berhubung dengannya adalah sama pentingnya hubungan antara anak murid dengan guru dalam sistem pendidikan.Mungkin ia bukanlah contoh yang tepat,tapi ia adalah contoh dan gambaran yang terdekat yang dapat saya gambarkan untuk dipahami oleh teman-teman.

Atau pun saya bagi contoh begini....

Pernah melihat cerita terbitan Walt Disney Pictures/keluaran Pixar Animation Studios yang bertajuk Finding Nemo? Kenapa Finding Nemo? Maklumlah,saya ni bekas pelajar Multimedia.Jadi unsur-unsur yang ada kaitan dengan multimedia itu menarik minat saya.

Finding Nemo.

Mungkin ada yang sudah tahu,Finding Nemo adalah kisah sepasang clownfish bernama Marlin dan isterinya Coral.Mereka pasangan yang gembira dan bakal menerima anak di rumah baru mereka di Great Barrier Reef. Dalam keseronokkan mereka berbincang-bincang akan perihal masa depan dan angan-angan berdekatan dengan terumbu karang mereka,ditakdirkan tiba-tiba seekor baraccuda telah menyerang mereka yang mengakibatkan Coral dan telur-telurnya terkorban.Namun salah 1 telur telah terselamat dan telur itulah yang menjadi satu-satunya anak Marlin dan dinamakan Nemo.

Marlin dan anaknya Nemo.

Dipendekkan cerita Nemo pun membesar dan akhirnya pergi ke sekolah. Dek kerana sifat ingin tahu yang tinggi dan cabaran dari rakan-rakan dan keegoan,Nemo telah pergi ke laut lepas pada hari pertama dia ke sekolah.Akibat dari itu,Nemo akhirnya di tangkap oleh sepasukan penyelam skuba dan di bawa pergi.Tragedi ini berlaku di hadapan mata Marlin sendiri.

Di atas sifat kebapaan,Marlin memberanikan diri mengejar bot yang menangkap Nemo.Akhirnya kerana terlepas jejak,Marlin hampir sahaja putus asa untuk peneruskan pencarian Nemo.Di sinilah permulaan cerita pengembaraan seekor ikan terumbu karang ke laut lepas demi menuju satu MISI menyelamatkan anak tunggalnya-NEMO.

Dalam keadaan terpinga-pinga di tempat yang luas dan penuh cabaran tak terduga itulah,Marlin menemui Dory seekor regal blue tang yang baik hati dan optimis terhadap laut lepas.Dorylah yang membantu Martin dan bersama-sama mengembara mencari NEMO.

Sebenarnya Dory perasan akan bot yang membawa pergi Nemo.Kerana Martin menganggap Dory dapat membantunya,lalu Martin mengekori Dory dari belakang untuk menjejak semula Nemo.Kerana Dory mempunyai penyakit mudah lupa menyebabkan Dory lupa ke mana arah bot yang dia lihat tadi.

Dalam keadaan putus hala tuju inilah,Marlin dan Dory berjumpa dengan Bruce seekor jerung.

Selepas berjumpa denga Marlin dan Dory,Bruce telah membawa mereka ke tempat tinggalnya dengan umpan bahawa akan diadakan 1 party.Rupanya tempat tinggal Bruce terdapat 2 ekor jerung yang lain.Kumpulan jerung ini sebenarnya sedang cuba untuk menjadi vegiterian-dengan tidak memakan ikan. "Fish Are Friends, Not Food" ini adalah slogan yang mereka war-warkan ketika Marlin dan Dory mula-mula sampai ke tempat mereka.

Entah bagaimana,ketika memperkenalkan diri pada kawan-kawan Bruce,berlaku perselisihan faham antara Dory dan Martin menyebabkan mereka bergaduh kecil yang mengakibatkan pendarahan kecil pada Dory.Pada ketika inilah juga Martin ternampak mask yang dipakai oleh salah seorang penyelam skuba yang telah terjatuh sebelumnya. Darah yang keluar dari luka kecil pada Dory tadi telah mengakibatkan Bruce hilang kawalan.Akibat hilang kawalan,Bruce telah terlupa dengan slogannya lalu mengejar mereka berdua.Nasib menyebelahi Martin dan Dory mereka terselamat dari Bruce dengan menggunakan kebijaksanaan dan tipu helah mereka.

Setelah terselamat dari kumpulan jerung ganas itu,Dory telah dapat membaca tulisan pada mask yang mereka jumpai sebelum itu.Berdasarkan hint yang tertulis Sydney itulah mereka meneruskan pengembaran mereka.

Kemudian dalam pengembaraan itu lagi Marlin dan Dory telah menemui sekumpulan moonfish.Moonfish itulah yang menunjukkan tunjukarah menuju ke Sydney tetapi mereka perlu melalui EAC.Dalam perjalanan menuju ke EAC itu,Martin dan Dory telah terperangkap di dalam jellyfish.Insiden itulah yang membawa mereka bertemu dengan seekor kura-kura bernama Crush yang telah membawa mereka ke East Australian Current (EAC)-sebuah highway bawah laut.Di current itu jugalah mereka bertemu dengan sekumpulan kura-kura kecil lain yang bergerak bersama Crush.

Marlin yang begitu gembira dalam suasana itu telah berkongsi ceritanya dengan kumpulan kura-kura kecil itu.Dan dari situlah cerita pengembaraan Marlin dan Dory mengejar MISI mereka mencari Nemo diceritakan mulut ke mulut hingga merentasi lautan hinggalah sampai ke pendengaran Nigel,seekor burung Pelican yang tinggal di Sydney.

Setelah keluar dari lebuhraya EAC,Marlin dan Dory tersesat dalam kumpulan plankton yang akhirnya menyebabkan mereka di telan oleh seekor Paus Biru.Dalam pada Marlin sibuk untuk melepaskan diri dari dalam perut Paus Biru berkenaan,Dory telah berkomunikasi dengan Paus Biru itu.Memahami permintaan Dory,paus biru itu telah membawa mereka ke Port Jackson.Di situlah mereka berjumpa dengan Nigel,yang telah mengetahui kisah mereka.

Nigel,Marlin dan Dory menuju MISI mereka.

Mengetahui misi mereka, Nigel membawa Marlin dan Dory pergi ke tempat Nemo disimpan iaitu di dalam akuarium di sebuah klinik gigi.Akhirnya,sampailah hajat dan misi pengembaraan Marlin dan Dory.

Walau kisah Finding Nemo tidak habis di situ,tetapi saya hentikan di sini sinopsis cerita tersebut.

Dari cerita di atas,saya suka membawa anda semua untuk mengimbas semula kisah pengembaraan Marlin.

1.Apa agaknya akan jadi jika Marlin tidak menemui Dory?

Dory walaupun mempunyai penyakit short-term memory loss,namun dia amat baik hati ,berani mencuba sesuatu yang baru dan tidak mudah putus asa.Sifat inilah yang susah untuk kita perolehi terutama apabila kita membuat sesuatu yang baru dan atas sebab inilah kita perlukan MENTOR.

Mentor dari 1 sudut mungkin ada kelemahan,tapi dari 1 sudut lain,Mentor kadangkala menjadi pembakar semangat.Kadangkala menjadi sumber inspirasi.Kadangkala menjadi tempat merujuk.Kadangkala menjadi rakan ketika susah.Tak mustahil juga pada suatu hari kita pula yang membantu Mentor.

2.Apa agaknya yang terjadi jika Dory tidak ada di sisi Marlin ketika Marlin bertemu Bruce?

Mungkin sahaja Marlin menjadikan Bruce sebagai Mentor yang akhirnya misi entah ke mana dan lebih malang lagi,Marlin sendiri mungkin menjadi mangsa si Bruce.

Dengan erti kata lain,amat bahaya jika kita bergerak sendirian di sebuah dunia yang baru.Risiko yang datang sudah tentu tidak terduga.Yang disangka Mentor rupanya pemangsa.

3.Ketika Marlin dan Dory putus hala tuju di tengah-tengah kumpulan plankton,apa yang Dory telah katakan? “Kalau kita nampak 1 peluang/harapan,kita kena berani mencuba.”-Lihat,mentor juga memberi idea ketika kita kebuntuan.

Alhamdulillah,saya telah cuba kongsikan sebaik mungkin apa erti dan kepentingan Mentor.

Lalu,mungkin ada yang berfikir begini. Mentor pun manusia.Ada kelemahan.Mereka juga ada misi mereka sendiri.Kita tidak boleh mengharap pada mereka sahaja.Lalu bagaimana?

Sabar teman-teman.Untuk maju kehadapan bukan dengan membuat 1 langkah sahaja.Ia perlu diteruskan dengan langkah-langkah seterusnya.

Berminat untuk melihat apa langkah yang perlu dibuat seterusnya,bolehlah PM/call/sms saya di 019 754 3130.

Ingat,saya tak mampu mengubah diri anda,anda harus mengubah diri anda sendiri.

Erti hidup dengan memberi.

Zaiton Othman.
Ajen Shaklee anda.



Oh Abdul Aziz......


Bismillah hirrahman nirrahim..
Dalam entri kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang anak sulung saya Abdul Aziz bin Mohd. Rizal.
Saya mulakan begini...

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Abdul Aziz adalah anak sulung kami.Kini umurnya sudahpun 9 tahun.Alhamdulillah.

Sejak dari bayi,kami diuji olehNya dgn eczema yang Abdul Aziz hidapi. Kalau nak dikenang,bermacam ragam dan kerenah Abdul Aziz yang telah kami hadapi dengan penuh kesabaran berkat doa semua,termasuk doa dari arwah emak tersayang. Mana ada mak yang tidak mahu melihat anaknya sihat dan cergas.Mana ada nenek yang tidak risau melihat cucunya menggaru sana menggaru sini.
Dalam sesi perjumpaan kami dengan doktor kesihatan dan doktor pakar kulit, semuanya menyarankan kami menggunakan krim2 anti radang kulit untuk meredakan eczema Abdul Aziz. Apa yang membimbangkan saya, krim2 tersebut mengandungi steroid yang dikatakan akan memberikan kesan masa panjang. Bermulalah episod Abdul Aziz berbekalkan krim steroid ini walau kemana sahaja. Alhamdulillah,semakin hr eczema Abdul Aziz menampakkan peningkatan dari segi kadar kesembuhannya.Bermacam ikhtiar dan bermacam usaha yg telah kami lakukan demi mahu melihat Abdul Aziz boleh riang gembira bermain tanpa dibatasi oleh enzimanya.

Setelah Abdul Aziz berumur 4 tahun, kami sepakat untuk menghentikan khidmat krim2 anti radang terhadapnya. Kami perlu lebih peka untuk mengawasi Abdul Aziz agar tidak menggaru, supaya eczemanya tidak melarat.


Allah Maha Berkuasa

Baru2 ini,eczema Abdul Aziz muncul lagi. Kali ini pada bahagian pergelangan kakinya.agak teruk juga keadaannya.puas kami usahakan,namun tetap belum menampakkan kesan.Agak risau dengan keadaan anak saya itu,atas nasihat dan idea seorang kawan,saya pun membaca tentang Omega Guard,produk dari Shaklee. Setelah meneliti bahan bacaan yg berkaitan berserta pautan2 yg menyokong hasil tulisan yang saya baca itu,maka saya rasa ada sinar harapan untuk saya usahakan apa yg terbaik untuk Abdul Aziz kali ini.

Setelah berbincang dengan suami,Alhamdulillah kami mendapat kata persetujuan.Double Alhamdulillah juga,duit hasil jualan sabun 3U masih ada ditangan. Dengan diiringi doa dan tawakal kpd Allah swt,saya pun memesan order Omega Guard dari syarikat Shaklee menggunakan duit hasil jualan sabun 3U.

Eczema kembali lagi
Setelah 4 hari = 4 biji pengambilan Omega Guard sebagai vitamin tambahan


Triple Alhamdulillah.nampaknya ada keserasian selepas pengambilan Omega Guard berkenaan.Lega rasanya hati ini. Kini Abdul Aziz tidak lagi menggaru dek kerana gatalkan kakinya dan dia pun  tidak perlu lagi berasa malu kerana kulit kakinya sudah semakin sembuh. Dan yang paling penting bagi saya, kami sudah benar2 berhenti daripada menggunakan krim anti radang yang mempunyai steroid :)
Ya Allah aku amat gembira dengan keadaan anakku kini.

Untuk menzahirkan kegembiraan ini, saya kongsikan pengalaman saya ini kepada kawan2 dan teman2 sekalian. Semoga ada manafaatnya kalaupun tidak secara langsung.


Bagi mereka2 yang mengalami masalah yang sama,bolehlah pm saya masalah anda. Saya akan bantu anda semampunya. Saya juga gembira jika melihat anda semua gembira. Kita cuma perlu ingat 1 perkara,penyakit itu datang dari Allah, dan dariNya juga kesembuhan itu datang. Tugas kita hanya ikhtiar,usaha dan diiringi dengan doa.

Semoga perkongsian memberikan manfaat.
terima kasih kerana meluangkan masa :)
Erti hidup pada memberi :).



Zaiton Othman (965312)
0197543130
zaitonothman81@gmail.com



Monday, 2 September 2013

Energizing Soy Protein - ESP



Bismilla hirrahman nirrahim....

Tada... seperti yang dijanjikan, entri kali ni saya akan kongsikan tentang Shaklee ESP - Energizing Soy Protein


Saya dah ceritakan pengalaman saya dengan ESP dalam entri terdahulu klik disini. Betapa bersyukurnya saya ditemukan dengan ESP. Walaupun dalam keadaan secara tidak sengaja. Sungguh hebat aturan dari Allah, Alhamdulillah..

Dengan izin Allah, ESP banyak membantu saya. sebagai seorang ibu yang masih lagi menyusukan, ESP membantu saya lebih rasa cergas dan lebih bertenaga. Bayangkanlah nak uruskan keperluan suami tercinta, 5 orang anak-anak bijak berbagai karenah dan menguruskan rumahtangga juga.

ESP merupakan protein dari jenama Shaklee. Oleh kerana komposisi utama susu adalah protein, apabila badan ibu mendapat protein yang cukup maka ia dapat membantu menambah pengeluaran susu  ibu. susu yang dihasilkan juga lebih berkualiti dan lebih pekat.Berdasarkan pengalaman saya dari anak pertama hingga yang ke-empat, saya akan kering susu apabila anak-anak berumur sekitar 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah untuk anak yang kelima ini, bekalan susu masih mencukupi walaupun anak saya kini telah berusia 1 tahun 10 bulan. Semoga dapat mencapai target saya untuk menyusukannya sehingga berumur 2 tahun InsyaAllah.



Lagi tentang Khasiat Energizing Soy Protein (ESP)



Apa yang saya ingin sampaikan kepada anda ESP Shaklee memang terbaikk! :)

Semoga perkongsian memberikan manfaat buat semua.
terima kasih meluangkan masa anda :)



Hanya yang TERBAIK untuk semua. Buatlah pilihan yang bijak :)


Zaiton Othman (965312)
0197543130
zaitonothman81@gmail.com














 

Panduan Blog

Segala catatan di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis.

Produk-produk yang di tonjolkan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

Berikan diri anda makanan kesihatan yang berkualiti.

'Mencegah itu lebih baik dari mengubati'

Chat

Dikuasakan oleh

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.