Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.
Alhamdulillah diberikan kesempatan lagi untuk saya mengupdate blog yang dah lama terabai ni.... uihhh lama betul. bak kata mentor saya " macam orang tidur tak nak bangun2 .. walaupun hari2 dikejut..." huhuhu..
Entri kali ni, saya nak kongsikan pada anda semua rasa kepuasan saya yang tak terhingga sebab dapat menyusukan anak saya Ainul Huda sehingga berumur 2 tahun.
Tanggal 29 Oktober yang lepas, Ainul Huda genap berumur 2 tahun. Seronoknya rasa, tercapai hasrat saya nak menyusukannya hingga cukup umur. Jika dibandingkan dengan anak-anak saya yang lain, paling lama dapat menyusu pun Abdul hadi hingga umurnya 1 tahun 7 bulan. Dah berbagai cara saya buat, bermacam petua saya ikut. Dah ditakdirkan rezeki mereka untuk menyusu tidak sampai 2 tahun..
Sewaktu menyusukan Ainul Huda, saya diperkenalkan dengan ESP Shaklee secara tidak langsung. Masa itu Ainul Huda sudah berumur 1 tahun 4 bulan. Tanda-tanda seperti kekurangan pengeluaran susu badan mula saya rasai.
Alhamdulillah sepanjang tempoh penyusuan selepas saya mengambil makanan tambahan ESP ni, sangat lancar. Salah satu daripada kelebihan ESP ialah ianya dapat membantu meningkatkan pengeluaran dan kualiti susu badan :).
ESP ni pun ada kesan sampingan tau bagi yang mengambilnya. Ha.... mesti ramai yang tak tahukan.. inilah rahsianya.... berat badanku MAINTAIN walaupun dah beranak 5 hihii... I likeeee :).
Happy Birthday Ainul huda! (bertudung putih--pic)
Meal Shake
Kita semua tahu bahawa susu ibu merupakan pembekal terbaik vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh si manja. Namun begitu dari sumber yang saya baca, setelah anak-anak berumur 2 tahun, mereka memerlukan tambahan kuantiti vitamin dari sumber-sumber selain susu ibu.
Disebabkan itu, saya berikan Meal Shake kepada Ainul Huda selain daripada hidangan makanan harian untuknya.
Meal shake ni rasanya sedapp. Anak-anak bijak saya menggelarkannya sebagai 'Susu Putih Aiskrim', kerana serbuknya berwarna putih dan mempunyai bau dan rasa vanilla yang sungguh menyelerakan. Kalau saya lambat sediakan mereka sanggup pergi buat sendiri.. huhuhu...(sukatan sudah di beritahu :)).
8 Sebab mengapa saya memilih Meal Shake sebagai makanan tambahan untuk anak-anak bijak saya.
- Nutrisi yang Lengkap - Meal Shake menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral dalam tubuh kita. Meal Shake turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
- Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh - Kaya dengan protin, (tidak mengandungi laktosa). Membantu pembinaan sel-sel kulit,kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
- Membantu Tumbesaran - Mengandungi Asid Folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.
- Anti-Oksida - Mengandungi vitamin A,C,E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksidayang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
- Mengembalikan Seri Kulit - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberi kompleksi kulit yang lebih cantik.
- Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
- Kelazatan Rasanya - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.
- Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
Ainul Huda sangat menggemari Meal Shake, lagi-lagi bila dah pandai bercakap ni...siap order lagik.... hehehe :).Modal lebih sedikit, tak mengapalah.. semoga anak umi sihat dan menjadi anak solehah yang bertaqwa. InsyaAllah.. :).
Opsss terlupa plak... Orang dewasa pun boleh minum juga tau... Untuk kanak-kanak disarankan bagi kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.
Sampai di sini dulu :).
Semoga Perkongsian memberi manfaat :).
No comments:
Post a Comment