Social Icons

Wednesday, 18 December 2013

Semangat Permata Hati

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Alhamdulillah pagi tadi sempat mendaftarkan anak perempuan saya, Ain sofiah di PASTI AL HAAZIM, Taman Desa Ixora, Senawang.
 Betapa seronoknya dia. Almaklum dari tahun lepas lagi dah menunggu turn nak register di pasti. :).

                                                                                              PASTI AL-HAAZIM


Seperti 2 orang abang-abangnya yang terdahulu, Abdul Aziz dan Abdul Hadi, Kami masih lagi setia memilih PASTI sebagai 'Universiti' pertama untuk anak-anak bijak menimba ilmu dan mendidik sahsiah dalam pergaulan.
Kami sangat  gembira dengan keterujaan anak saya, semoga beliau dapat menerima pengajaran di PASTI dengan baik sekali.

                                                                                Bergaya dengan beg sekolah :)

Kenapa PASTI?
  • Kami pilih PASTI kerana silibus pembelajran yang ditawarkan. Anak-anak lebih didedahkan kepada persekitaran yang islami. Berpakaian menutup aurat dan menjaga tingkah laku serta adab yang amat dititikberatkan.
  • Latihan pembelajaran yang selari dengan pendidikan Al-Quran dan Sunnah serta kokurikulum pendidikan formal bagi kanak2 pra-sekolah.
  • Untuk tahun hadapan, satu lagi subjek baru diperkenalkan iaitu 'Pra-Tahfiz'.  Subjek ini mempunyai visi untuk melahirkan anak2 'generasi Al-Quran'.
  • Yuran yang ditawarkan setanding dengan pendidikan yang diberikan.

                                                                            Antara buku-buku teks pasti

                                                                                         Subjek Hadith

Kisah dan Pengalaman

Sewaktu kami mencari2 'universiti' pertama untuk Abdul Aziz dahulu, saya lebih banyak berkomunikasi dengan ibu2 yang pernah menghantar anak2 mereka ke tadika, tabika dan yang sewaktunya di taman kami.  Berbagai cerita diperolehi. Untuk yang terbaik bagi anak2 saya, saya dan suami perlu membuat pilihan yang bijak. . saya ringkaskan begini...



                                                     Anda mahu anak anda seperti ini?    

                                                                          ATAU

                                                       Seperti Ini?

Jiwa kami sebagai ibu bapa lebih dekat kepada pilihan yang kedua. kami telah pun merasai kemanisannya melalui dua orang anak bujang kami... dan InsyaAllah akan diteruskan oleh anak kami yang ketiga, keempat dan kelima..


Untuk ibu bapa diluar sana pilihlah yang terbaik di dalam pendidikan anak2. Bak kata Ustaz Hamdan...

" Jika mahu anak yang BIJAK, berdoalah... InsyaAllah akan diperkenankan oleh Allah. kerana itu permintaan yang baik. TETAPI.. Alangkah beruntungnya ibu bapa yang berdoa untuk memiliki Anak BIJAK YANG BERTAQWA. kerana ia bukan sahaja menguntungkan di dunia tetapi juga menjadi pendinding dari Api Neraka. InsyaAllah"



"Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa"


Semoga Perkongsian memberikan manfaat :)
Bertemu di entri akan datang :)

Thanks for reading :)

**beberapa gambar ihsan daripada encik google dan whitewakgreen.blogspot.com









Monday, 2 December 2013

---> from senawang with love

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.


Nasi Lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Turutkan emak, kumpulkan saudara,
Menjalin kasih moga berpanjangan.


Alhamdulillah... syukur... syukur... tarikh 29 November yang lepas, genap usia perkahwinan kami 10 tahun. Menurut pandangan ustaz Amin (slot Pesona D'Zahra - IKIM), apabila usia perkahwinan menjangkau 10 tahun, layak untuk di ucapkan selamat pengantin baru :)..


Sepanjang 9 tahun yang lepas, kami menerima ucapan 'Happy Anniversary'. tahun ini kami menerima ucapan 'Selamat Pengantin Baru' untuk kali yang kedua... Terima kasih diatas doa dari semua sahabat dan kenalan agar rumahtanggan kami kekal hingga ke jannah. Amin :).



Mengimbau Kenangan

Kami di ijabkabulkan pada 29 November 2003.  Sewaktu gambar ini diambil, mulut tersenyum tapi ketaq lutut sebenarnya, sebab 1st time saya bergambar 'berdua' dengan orang lelaki. Mula-mula siap kene marah lagi ngan photographer sebab seorang di timur, seorang dibarat.. :p hehehehe..




Kini.....

Tanggal 29 November 2013. Kini kami bergelar 'Pengantin Baru' lagi berserta dengan 5 orang pengiring. 3 orang hulubalang dan 2 orang dayang yang menjadi penyeri rumahtangga.. :). Semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Penyejuk Dimata, Penawar Dihati. Menjadi pencen kubur yang bermanafaat untuk kami. Amin...




 Memetik kata-kata dari buku 'Aku Terima Nikahnya' - oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ;


 "Kebahagiaan itu boleh diukur dengan tahap ketenangan yang dikecapi oleh suami dan isteri. Jika suami beroleh tenang tatkala pulang ke pangkuan isteri, juga isteri hilang tekanan dan kerunsingan hidup tatkala pulang ke pangkuan suami, maka adalah tenang di situ. "



Antara hadiah Anniversary yang begitu dekat dihati saya.



Buat Suami Tercinta : Mohd. Rizal Salikon

Semoga ikatan suci ini sentiasa dalam redha Allah. Pimpinlah kami, keluargamu untuk menyusuri liku-liku perjalanan Islam yang indah. Kami akan sentiasa menjadi penyokong dalam pimpinananmu  hingga ke syurga. Andai tersadung dan dirimu terluka, bahu-bahu kami ada untuk kau letakkan tanganmu dan bangun kembali. Jiwa-jiwa kami bersedia untuk bersama merawati rawan dan luka-lukamu.

Sesungguhnya Percintaan Selepas Perkahwinan itu adalah segala-galanya bagi diriku. dan Allah telah berjanji "Tidak akan menyesal bagi orang-orang yang melakukan istikharoh didalam membuat apa jua keputusan." InsyaAllah :).


SELAMAT PENGANTIN BARU @ ANNIVERSARY KE 10 - 29 November 2013

Thanks for reading :)


Wednesday, 13 November 2013

Soya Panas! Do It Yourself :)

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.


Hari ni saya nak share dengan anda semua macam mana nak buat home made soya. Kalau di kampung saya lebih glamer dengan panggilan 'Air Tauhu' hehehe. Senang jer sebenarnya J. Ini resepi turun-temurun dan menjadi bisnes keluarga saya di kampong..


Saiz hidangan : 2 jug  (cukup untuk  sekeluarga)
Masa diperlukan : +- 30 minit


Jom2 buat air tauhu sendiri... :)

Langkah 1…

Mesti ada kacang soya, J. Saya sukat dengan menggunakan magkuk plastic yang biasa dibuat isi makanan yang dijual.

Untuk resepi ini, saya menggunakan 2 mangkuk mengikut sukatan seperti dalam gambar.

Langkah 2…

Rendamkan kacang soya hingga kembang. Camaner nak tahu kacang soya dah kembang?. Ha… bila kita Nampak selaput2 putih dah terapung2 atas air rendaman, tu tandanya kacang soya dah kembang. Kacang akan membesar sedikit saiznya dah kelihatan lembut dari yang asal.
 

                                            Rendamkan kacang soya dalam bekas yang bersesuaian
Langkah 3…

Blendkan kacang soya yang telah kembang tadi. Kalau dipasaran ada dijual blendar khas untuk buat air soya, tapi kita bukan buat selalukan, x beli pun takpe.Boleh blend dengan menggunakan blendar biasa, tapi jangan masukkan kacang terlalu banyak, nanti stuck.  Kene blendar sedikit-sedikit  dengan air yang mencukupi.
                                                                                     Kacang soya siap diblend
Langkah 4…

Dah siap blendar, masukkan dalam periuk dan jerang atas api hingga mendidih. Masukkan 3 helai daun pandan yang dah disimpul. Untuk dapat aroma soya yang lebih wangi dan mengancam.

Tips : Gunakan api yang sederhana jer tau, sebab api yang perlahan boleh menyebabkan kerak soya pada dasar periuk dan kalau api yang terlalu kuat akan menyebabkan soya cepat melimpah (pendidihan x berapa sempurna).

Lagi Tips  : gunakan periuk yang agak besar, sebab soya cepat membuak apabila mendidih. siramkan sedikit air dan kacau agar pembuakan turun kembali.

Ha... cam nilah rupa nya bila kacang soya kita mendidih di dalam periuk hampir2 nak melimpah tu :p


Langkah 5...

 Setelah mendidih, tutup api dan turunkan. inilah rupanya.



Langkah 6...

Sekarang masa untuk menapis hampas soya dan dapatkan susu soya sejati. Saya menggunakan kain cotton putih (biasanya digunakan untuk membuat bedung bayi).
  • Bentangkan dahulu kain di dalam periuk, dan tuangkan soya yang telah mendidih tadi kedalamnya, lepas tu poncotkan dia.
  • Ikut macam dalam gambar. dah nampak air soyanya kan... :)
  • Tekan-tekan buntilan hampas soya tu (gunakan senduk pun boleh), dan keluarkan buntilan hampas untuk mengalihkan air soya dari dalam periuk ke bekas lain. (Ulang langkah ini sampai habis air soya diperah dari buntilan hampas soya tadi).
Tips : Saya tidak menggunakan penapis kopi biasa, sebab hampas2 soya akan melepasinya. bila minum terasa hampasnya. 




Langkah 7...

Tuangkan air soya yang dah ditapis dan dikumpul tadi ke dalam jug minuman. Tadaa... dah siap :)


Jemput minum semua! :)

**psttt... jgn lupa.. letak gula dulu sebelum minum.. hehehe

Semoga perkongsian memberi manfaat :)










Monday, 11 November 2013

Meal Shake in the house!

Bismillah hirrahman nirrahim.

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Alhamdulillah diberikan kesempatan lagi untuk saya mengupdate blog yang dah lama terabai ni.... uihhh lama betul. bak kata mentor saya " macam orang tidur tak nak bangun2 .. walaupun hari2 dikejut..." huhuhu..

Entri kali ni, saya nak kongsikan pada anda semua rasa kepuasan saya yang tak terhingga sebab dapat menyusukan anak saya Ainul Huda sehingga berumur 2 tahun.

Tanggal 29 Oktober yang lepas, Ainul Huda genap berumur 2 tahun. Seronoknya rasa, tercapai hasrat saya nak menyusukannya hingga cukup umur. Jika dibandingkan dengan anak-anak saya yang lain, paling lama dapat menyusu pun Abdul hadi hingga umurnya 1 tahun 7 bulan. Dah berbagai cara saya buat, bermacam petua saya ikut. Dah ditakdirkan rezeki mereka untuk menyusu tidak sampai 2 tahun..

Sewaktu menyusukan Ainul Huda, saya diperkenalkan dengan ESP Shaklee secara tidak langsung. Masa itu Ainul Huda sudah berumur 1 tahun 4 bulan. Tanda-tanda seperti kekurangan pengeluaran susu badan mula saya rasai.

Alhamdulillah sepanjang tempoh penyusuan selepas saya mengambil makanan tambahan ESP ni, sangat lancar. Salah satu daripada kelebihan ESP ialah ianya dapat membantu meningkatkan pengeluaran dan kualiti susu badan :).

ESP ni pun ada kesan sampingan tau bagi yang mengambilnya. Ha.... mesti ramai yang tak tahukan.. inilah rahsianya.... berat badanku MAINTAIN walaupun dah beranak 5 hihii... I likeeee :).

                                                                      Happy Birthday Ainul huda! (bertudung putih--pic)
Meal Shake 

Kita semua tahu bahawa susu ibu merupakan pembekal terbaik vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh si manja. Namun begitu dari sumber yang saya baca, setelah anak-anak berumur 2 tahun, mereka memerlukan tambahan kuantiti  vitamin dari sumber-sumber selain susu ibu.

Disebabkan itu, saya berikan Meal Shake kepada Ainul Huda selain daripada hidangan makanan harian untuknya.

Meal shake ni rasanya sedapp. Anak-anak bijak saya menggelarkannya sebagai 'Susu Putih Aiskrim', kerana serbuknya berwarna putih dan mempunyai bau dan rasa vanilla yang sungguh menyelerakan. Kalau saya  lambat sediakan mereka sanggup pergi buat sendiri.. huhuhu...(sukatan sudah di beritahu :)).



8 Sebab mengapa saya memilih Meal Shake sebagai makanan tambahan untuk anak-anak bijak saya.

  • Nutrisi yang Lengkap - Meal Shake menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral dalam tubuh kita. Meal Shake turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

  •  Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh - Kaya dengan protin, (tidak mengandungi laktosa). Membantu pembinaan sel-sel kulit,kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

  • Membantu Tumbesaran - Mengandungi Asid Folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.

  • Anti-Oksida - Mengandungi vitamin A,C,E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksidayang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

  • Mengembalikan Seri Kulit - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberi kompleksi kulit yang lebih cantik.

  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

  • Kelazatan Rasanya - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.
Dan yang paling penting....
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.

Ainul Huda sangat menggemari Meal Shake, lagi-lagi bila dah pandai bercakap ni...siap order lagik.... hehehe :).Modal lebih sedikit, tak mengapalah.. semoga anak umi sihat dan menjadi anak solehah yang bertaqwa. InsyaAllah.. :).

Opsss terlupa plak... Orang dewasa pun boleh minum juga tau... Untuk kanak-kanak disarankan bagi kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.

Sampai di sini dulu :).
Semoga Perkongsian memberi manfaat :).








 







Saturday, 5 October 2013

Sijil Halal Shaklee 2013

Bismillah hirrahman nirrahim.

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Ramai pengguna produk shaklee yang bertanya kepada saya, sejauh mana produk shaklee halal digunakan memandangkan kilangnya terletak di luar negara.

Untuk menghilangkan keraguan ini, saya selitkan satu posting untuk memberikan pencerahan tentang status halal produk shaklee. Saya lampirkan sijil halal dan senarai produk Shaklee yang mendapat sijil Halal dari Islamic Services of America. Ia merupakan sebuah badan yang diikhtiraf oleh Jakim. Shaklee mempunyai rangkaian produk yang pelbagai dan semua produk Shaklee di Malaysia diperakui kehalalannya.

Semoga tiada  lagi keraguan selepas ini. Saya juga merupakan pengguna produk shaklee dan amat prihatin mengenai isu ini.


Sijil Sah Halal bagi Produk Shaklee di Malaysia.




 
Di bawah ini pula print screen dari 'portal Rasmi Halal Malaysia'  http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf  untuk mengesahkan logo tersebut diiktiraf oleh pihak JAKIM.



Semoga perkongsian memberi manfaat :)




 






Wednesday, 18 September 2013

Jutawan Muslimah Shaklee

Bismillah hirrahman nirrahim..

Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.

Lalu... saya lanjutkan lagi menjadi begini...

Mengapa saya memilih shaklee? Bagaimana saya boleh begitu teruja dengan Group Jutawan?


Petua Dari Bapak dan Emak
Saya berasal dari keluarga peniaga. Bapak saya seorang peniaga. Walaupun pada asalnya beliau bekerja sebagai seorang anggota polis di Singapura, tetapi beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan membangunkan perniagaan sendiri. Apa perniagaan yang bapak saya buat?

Bapak saya mengusahakan pembuatan tauhu keping. Apabila ditanya mengapa beliau memilih perusahaan membuat tauhu. Jawapan bapak yang paling saya ingat "Kita kena tolong orang". Bapak menerangkan di masa beliau menceburkan diri dalam perniagaan, hampir keseluruhan tauhu yang dijual di kampung kami dan sekitarnya dibuat oleh orang bukan Islam.

Bapak pernah ke kilang pembuatan tauhu yang berdekatan dan melihat kehadiran anjing-anjing peliharaan yang tidak dilarang pun untuk bersama-sama tuan kilang semasa proses pembuatan dijalankan. Bapak amat meragui tahap 'kehalalan' tauhu keping yang di hasilkan. Untuk itu bapak mengambil keputusan untuk berniaga supaya dapat membantu orang-orang Islam sekitar kami mendapat bekalan tauhu keping yang tidak diragui kebersihannya. Sehingga kini, abang saya yang meneruskan perniagaan dan usaha murni bapak ini.

                                        Tauhu keping, memang sedap untuk pelbagai resepi

Emak saya juga seorang peniaga yang tegar. Selepas bapak saya diserang angin ahmar semasa saya darjah 6, emak saya mula memulakan perniagaan sebagai seorang penjaja  produk kesihatan, pinggan mangkuk, dan sabun basuh baju juga. Emak berjaja dari rumah ke rumah dengan barangan jualan ditemani abang saya dan sebuah motor buruk.

Adik beradik saya ramai tidak bersetuju, lantaran duit bulanan yang emak terima dari kakak-kakak dan abang-abang saya cukup untuk menyara kami dikampung. Untuk pengetahuan, saya ada 13 orang adik-beradik dan saya adalah anak bongsu.

Bila ditanya kepada emak, mengapa dia mahu berniaga. Penerangan yang mendidik dari emak " Dalam dunia ni, kita bukan hidup sorang2, kita kene tolong orang. Emak bukan berjaja dekat2 sini je. Emak berjaja hingga ke ceruk kampung. Kita tak tahu kalo ada nenek tua yang tinggal seorang di ceruk kampung dan memerlukan bantuan. mana tahu disaat2 sabun basuhnya habis, dan tiada siapa dapat ke kedai. mungkin saat itu, Allah hantarkan emak untuk membantu".

Saya terfikir... ada benarnya. Cara emak saya berniaga, memang tak nampak di mana untungnya. kadangkala barang-barang yang dimodalkan habis, tapi duit jualan cukup-cukup untuk membeli barangan yang baru. Saya yang menjadi akauntan tak bertauliahnya. Selalunya emak akan berkata, "Tak untung tak pe, asalkan emak boleh sampaikan hajat orang". Tapi yang  peliknya, duit memang tak putus-putus dalam tangan Emak. "Alhamdulillah.... biar pun sedikit, asalkan Barokah", pesan Emak.

Itu kisah saya dengan Bapak dan Emak hampir 20 tahun dahulu.



Shaklee dan Group Jutawan


Ketika ini Allah pertemukan saya dengan Shaklee dan Group Jutawan. Shaklee sebuah perniagaan Multi-Level marketing (MLM)  yang memenuhi syariah.  Group jutawan pula merupakan sebuah group shaklee yang amat mementingkan pendidikan jiwa. Setiap ahli di dalam group ini akan dibekalkan dengan Master Checklist.  Master Checklist adalah untuk mendidik kami mendekatkan diri kepada Allah dalam apa jua yang kami lakukan.

Kelainan inilah yang mengikat hati saya. Kami diajar untuk meyakini bahawa Allah yang memberi rezeki. Kita perlu berusaha dan berdoa. Kami dididik untuk menjadi jutawan muslimin dan jutawan muslimah. Saya diperkenalkan dengan slogan "Erti Hidup Pada Memberi". Satu slogan yang jika diungkaikan sama seperti ajaran Bapak dan Emak jika mahu berniaga. "Kita mesti membantu orang lain dalam berniaga". 'Bersedekah' antara amalan yang ditekankan oleh mentor-mentor saya. Amalan ini  juga pembuka pintu rezeki. Perkara inilah yang mendorong saya untuk menceburi perniagaan. Disamping membantu suami menjaga anak2,dapat menambah penjanaan pendapatan keluarga, saya juga dapat menambah pelaburan akhirat yang juga merupakan pelaburan jangka panjang saya. InsyaAllah.

Memetik Hadis Riwayat Muslim “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya”

Memberikan diri saya status sebagai Working-At-Home-Mum (WAHM), sebenarnya memasukkan diri kedalam bidang yang amat mementingkan pengurusan masa, banyak perkara yang perlu dilakukan. Menyediakan jadual untuk menguruskan keperluan suami, keperluan anak-anak dan rumahtangga serta mencari-cari peluang perniagaan dari rumah merupakan cabaran besar buat saya. Jiwa dan semangat yang kental perlu untuk istiqamah melakukannya. Semoga cabaran ini menjadikan saya seorang Ummi yang LUAR BIASA. InsyaAllah.


Inilah ebook yang telah mengubah pemikiran saya untuk bertindak menjadi LUAR BIASA.  Saya berikan linknya disini untuk anda. Anda boleh dapatkannya secara percuma. Kongsikan juga dengan rakan2 anda. Anda boleh berikan link ini kepada mereka. Siapa tahu, hasil pembacaan ebook ini akan mengubah dan menambah nilai kehidupan anda dan orang lain. Semoga ianya memberi pencerahan yang positif buat kita semua.

http://www.ebookniaga.com/sorryboss/zaitonothman



Mohon Doa dan Restu dari semua untuk mendoakan kejayaan saya..
Semoga Perkongsian memberi manfaat.












Friday, 6 September 2013

Ebook LUAR BIASA untuk Anda!


Bismillah hirrahman nirrahim.
Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para ahli keluarga Baginda.


Assalamualaikum.



Anda Ingin Berniaga?  Tetapi Tidak Tahu Caranya. Tak Tahu Nak Buat Bisnes Apa? Tiada Siapa Yang Mahu Membimbing Anda? Jangan  Risau.
Saya mempunyai sebuah Ebook motivasi yang LUAR BIASA. 
  • Setebal 144 muka surat.
  • Di penuhi dengan kisah pengajaran, jatuh bangun seorang usahawan dalam perniagaan sebelum beliau berjaya.
  • Menceritakan peri pentingnya seorang suami sebagai pendorong dan pembakar semangat untuk dirinya bergerak maju, seterusnya berhenti kerja dan impiannya untuk menjadi Working At Home Mum (W.A.H.M) tercapai.
  • Memberikan pelbagai TIPS perniagaan dan RAHSIA untuk berjaya dengan mudah,
  • Info bagaimana untuk memulakan perniagaan, memilih jenis perniagaan di Malaysia dan banyak lagi.
  • Sebuah Ebook yang telah mengubah hidup saya dari Biasa-Biasa kepada LUAR BIASA.
Ebook ini diberikan PERCUMA kerana penulis mahu lebih ramai lagi yang berjaya selepas ini.
Bacalah, hayatilah dan ambillah pengajaran daripada kisah ini. Saya pasti, ia akan membakar semangat anda untuk berjaya dalam kehidupan anda di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
Mungkin!!! Ebook ini dapat mengubah kehidupan anda juga?
Mari menuju ke arah kecemerlangan! Gilaplah POTENSI DIRI anda!
Untuk mendapatkan EBOOK “SORRY BOSS!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA” secara PERCUMA;

Sila layari : www.ebookniaga.com/sorryboss/zaitonothman

Saya mohon anda SHARE POST ini agar lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.
Terima Kasih.





 

Panduan Blog

Segala catatan di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis.

Produk-produk yang di tonjolkan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

Berikan diri anda makanan kesihatan yang berkualiti.

'Mencegah itu lebih baik dari mengubati'

Chat

Dikuasakan oleh

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.